Wednesday, May 16, 2012

Rahsia Macamana Orang Jawa Boleh Jadi Pandai

Ada orang kata orang2 Jawa ini kuat berusaha.  Mereka ini ibarat orang Jerman atau orang Cina Foochow yg sentiasa bekerja keras.  Selain itu, sebahagian daripada mereka diberi kepandaian yang lebih jika dibandingkan dgn bangsa2 atau kaum2 lain.

Kalau korang tanya rahsianya, pahitlah mereka nak beritahu.  Dah nama pun rahsia.  Kenalah disimpan.  Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.

Tapi mood aku agak baik hari ni.  Aku selaku orang Jawa yg dilahirkan daripada emak bapak Jawa dan telah berkahwin dengan gadis Jawa (masa aku bernikah dgn emak Adam sudah tentulah dia masih gadis ... hehehe) yang dilahirkan daripada emak bapak Jawa juga ingin berkongsi rahsia tersebut.

Jawapannya mudah aje.







Kami banyak makan tempe!



Dulu sebungkus tempe yg dibungkus dgn daun pisang atau daun tempe hanya berharga 10 sen.  Boleh makan banyak sebab murah.  Boleh digoreng berempah, dicampur dgn sayur lemak pucuk ubi, pucuk meranti atau pucuk labu atau boleh juga dimasak pindang atau dibuat kerepek tempe.

Sekarang sebungkus tempe seperti di dalam gambar di atas berharga 80 sen.  Nampaknya bukan saja orang Jawa yg pandai tapi penjual tempe ini juga dah pandai.....  mereka dah pandai menaikkan harga tempe.  

Mungkin mereka menjadi pandai sebab memakan tempe .... hehehe

40 comments:

  1. org banjar pun suka makan teMPe, ehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah org banjar pun ramai yg pandai2 .... hehehe

      Delete
  2. lecturer aku org jawa
    kalu nak bg student senang faham akan teori
    kene bagi contoh TEMPE
    semua nya pasal tempe
    aku jawa pure
    duduk diam sambil gelak dlm hati
    betul ke?
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebatlah lecturer awak tu. Contoh tentang TEMPE aje. Lateral thinking tahap dewa ... hehehe

      Dia cakap Melayu ada telo Jawa tak?

      Delete
  3. haiii YB ni ...
    MEMANDAI-MANDAI jerrr
    makan tempe jadi pandai ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak pandai, memandai-mandai pun jadilah.

      Ini org tua yg bagi tahu. Kan mereka lebih dulu makan garam oopss tempe daripada kita ... hehehe

      Delete
  4. YB, mantan MB Selangor dulu, rajin makan tempe jugak. Tu pasal wajahnya berseri seri bagai di botox. Dia juga pandai, pandai simpan duit sampai boleh buat mahligai kat Seksyen 7 Shah Alam. Dan nak menunjukkan kepandaiannya, dia pernah bagi penjawat awam negeri Selangor batang penyapu dalam majlis besar besaran. Sekarang ni, dia tengok siapa yg pandai. ~ ahahahah..sorry terlebih komen sudah, nothing against the jawa, only I hate corruption & arrogance. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ini jawa makan katak kot hahahhahahah

      Delete
    2. Orang Jawa pun orang Islam, katak kan haram di makan. Cakap tu berhati-hati ye...

      Delete
    3. Daddy Ziyyad,

      Saya pun benci org yg korup dan sombong/bongkak.

      Masa dia kecik dan miskin dia biasa makan tempe. Mungkin sebab itu dia jadi pandai sehingga boleh jadi doktor gigi. Bila dah jadi MB dia jarang makan tempe sebab makanan dia dah tukar kpd masakan chef2 terkenal yg dihantar ke kediamannya setiap hari. Sebab itu dah mula kurang bijak masa tersebut sehingga melakukan perkara2 yg doc sebut tu.

      Oleh itu, kena teruskan makan tempe utk terus pandai .... hehehe

      Delete
    4. Pak Oncu,

      Dalam bab makanan ini org Islam sangat berhati2 - tak akan makan benda2 yg haram seperti katak, khinzir dsb. Tapi makanan dari sumber yg haram, ada sebahagian org tak beberapa kisah .... huhuhu

      Delete
    5. Mie,

      Kesuwon Bro.

      Enek seng ngomong angger mangep .... huhuhu

      Delete
  5. tempe tu makanan jawa, tapi kacang tu asal luar negara
    sungguh berdaya global org jawakan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Jawa memang berdaya global.

      Kalau tak, takkanlah bila roboh kota Melaka, papan di Jawa org dirikan

      Delete
  6. saya bukan org JAWA.


    tp suke makan tempe.pasal tue saya pon pandai. eh bole ke pakai teori itu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carilah pasangan orang Jawa ye... :D

      Delete
    2. MasZuber,

      eh sudah tentu boleh. Kepandaian itu bukan saya pada sesuatu kaum tapi pada makanan yg dimakannya .... ngeeee

      Hidup Jawa! Hidup tempe!

      Delete
    3. Mie,

      Tolonglah carikan pasangan utk MasZuber

      Delete
  7. saya dan keluarga yg tak jawa juga sangat suka makan tempe tapi malangnya kat Pilah ni tempe bungkus camtu singgit sebungkus... mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai org nogori yg suka makan tempe. Suami sepupu saya yg org Pilah tak makan tempe w/p dah kawin dekat 30 tahun.

      Baguslah ibuintan sukakan tempe kerana ianya sedap dan berkhasiat.
      RM1 tu kira mahal tu sebab 80 sen tu pun dah agak cekek jugak .... huhuhu

      Delete
  8. saya rindu tempe yg dibungkus dengan daun pisang dan kemudian dibungkus lagi dengan suratkhabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu lagi cuti sekolah. Boleh balik Sabak dan makan tempe puas2.

      eh UKM tak cuti ek time tu? hehehe

      Delete
  9. Saya melayu sarawak ni pun suka makan tempe . sedap di goreng cicah ngan sambal kicap pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah berniaga tempe goreng di Sarawak bila semakin ramai sidak di sinun pandei makan tempe ... ngeeee

      Delete
  10. i tersilap pilihan la ni.kalau i kawin dgn org jawa mesti anak i pandai berganda2.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum terlambat lagi. Sila beri anak2 awak tu makan tempe banyak2 .... ngeeee

      Delete
  11. dah la kecik,nipis pulak tu. mak adam tak pandai buat tempe? kalau pandai buat dan jual pada saya dengan harga yg berpatutan, kekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org nak untung mcm tulah. Kecik dan nipis. Tak banyak gunakan kacang soya... ngeeee


      Emak Adam tak pandai buat tempe. Jadi tak bolehlah nak jual kat awak. Jom kita sama2 ke pasar borong selayang esok utk borong tempe. Saya tunggu juliet kat depan Shell Batu Caves tu.

      Delete
  12. Yb bukan orang jawa je makan tempe, saya yang tak jawa ni pun pengemar tempe. Kalau masak apa pun mesti nak letak tempe tapi yang paling favourite sekali tempe goreng dengan ikan bilis berlada.

    Psssst yb, sebab dah terlalu banyak makan tempe banyak sangat lah ni otak saya jadi hyper active sampai pening room mate kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak pernah lagi buat tempe goreng dgn ikan bilis berlada. Kalau tempe yg digoreng mcm kerepek dan ditaruh ikan bilis tu adalah. Apapun, tempe mmg sedap terutama yg garing.

      Kenalah awak galakkan room mate tu sama2 makan tempe supaya dia pun jadi hyper active jugak .... hehehe

      Delete
  13. Sedap tempe ni... Kalau yang pure Jawa, tempe mentahpun dorang ngap macam tu je.. huhu..

    Kakak ipar dengan abang ipar saya Jawa gak.. Jawa Johor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mentah tu tak boleh makan banyak2. Nanti kulat dia membiak dalam perut ... hahaha


      Pandai abg dan kakak awak cari pasangan org Jawa. Cik Azz tak nak cari Jawa jugak ke? .... ngeeee

      Delete
  14. Dah diam disituk mcm ney nak bisnes disinun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sik ada hal. Kitak suruh sidak di sinun jalankan bisnes ya bagi pihak kitak. Jadi tauke ajak maaa

      Delete
  15. Salam kenal

    Makchaq sampai berharap nak kawin ngan orang jawa sebab suka makan tempe, terutama tempe goreng cicah sambal kicap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal makchaq.

      Kat Utara tak ramai org Jawa kot. Itu sebab makchaq tak bertemu jodoh dgn org Jawa. Tapi kalau cik abg dengar, kecik hati dia.

      Takpe. Tak kahwin dgn org Jawa pun masih boleh makan tempe.

      Delete
  16. walaupun melayu tulen , tapi ada unsur + + susur galur jawa jugak. suka makan tempe! anak2 pun suka - sebab tu bolehlah jadi pandai2 kot....! bakal menantu pun lagilah jawa tulen!!! hu3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah awak sekeluarga pandai2 semuanya. Ada unsur ++ susur galur jawa rupanya selain makan tempe.

      Kalau mcm ni kenalah cari bakal menantu yg seterusnya juga org2 Jawa sebab yg pertama nanti org Jawa.

      Delete
  17. ok, no wonder saya pandai..dah la jawa, suka pulak makan tempe.. kekekke..gurau manje.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa Anaa wong Jowo po? Jowo endi?

      Gurau manja tu yg tak tahan. Tengahari ni emak Adam masak lemak bayam taruk tempe di samping buat goreng tempe berempah. Jomlah sini.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails