Saturday, May 19, 2012

Pandaikah Diana Danielle Memasak?

Pagi tadi semasa aku dan emak Adam ke pasar tani di Setiawangsa kami melihat orang ramai berkerumun untuk melihat satu sesi pengambaran rancangan tv.  Bila kami dekati rupa-rupanya rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan.

Awal betul buat penggambaran.  Pengarah siap beritahu org ramai yg lalu lalang di situ sila jangan makan atau minum kerana sepatutnya ini suasana bulan Ramadan.

Seperti tahun lepas hos rancangan ini ialah Sheila Rusly.  Tetamu kali ini ialah Diana Danielle.


Sesi pengambaran sedang berjalan


Emak Adam kata Sheila dah nampak bertambah slim


Pandai ke memasak si Diana ni?


Mereka yg di belakang tabir pengambaran



Diana berbaju kurung warna hijau pagi tadi.  Semasa aku melihat dia memasak tadi atau lebih kepada mengacau apa yg ada di dalam kuali tu aku lihat mcm kekok aje dia.  Jarang turun ke dapur kot budak ni.  Anak-anak dara sekarang ramai yg tak pandai masak.  Bila dah kahwin, suami isteri (terutama jika kedua2nya bekerja) akan makan di luar.  Jimat belanja dan jimat masa kata mereka.

Kalau nak tahu Diana pandai masak ke tidak sebelum ni bolehlah tanya kat si Shamsul tu.  Tapi sekarang anak aku kata tanya kat Farid Kamil ..... ngeeeee

14 comments:

  1. Hamboii...

    Bukan main lagi si anak YB tu yaa.. Tau aje dia.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 sekarang ada banyak saluran infomasi yg mereka boleh ikuti. Kadang2 bila saya atau emak Adam tak tahu, mereka yg beritahu .... hehehehe

      Delete
  2. pandailah tu....@ pandai berlakon je kot....
    pssstt....lihat komen makan tempe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong2 kacau mcm tu pun dapat juga bayaran. Ini untungnya jadi artis. Lebih2 lagi yg ada rupa.

      Dah baca komen makan tempe tu. Nanti saya balas.

      Delete
  3. leka la YB kat situ ya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah sampai leka. Tugas saya mengangkat barang2 yg telah dibeli oleh emak Adam. Kebetulan mereka shooting di tengah2 kawasan pasar tani tu. Jadi setiap kali lalu saya singgah kejap ... ngeeee

      Delete
  4. ko mesti lalu lalang kat depan kamera tu kan yb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalu lalang belakang kamera tu aje kakpah. Emak Adam adalah lalu sekali depan kamera tu.

      Saya nak ambil gambar emak Adam dgn Diana masa dia rehat tapi emak Adam tak nak pulak .... huhuhu

      Delete
  5. YB hendak seribu daya kalau tak hendak seribu daleh, saya dulu kawin umur 19 tahun memang langsung tak pandai masak lagipun saya ada 4 0rang kakak yang boleh menolong emak saya buat kerja memasak ni tapi alhamdulillah saya boleh memasak apa sahaja sekarang ni, yang penting sikap mahu belajar tu ada dalam diri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau ada kemahuan dan kesedaran lama2 pandailah memasak tu. Bila kita tengok Master Chef hari tu, orang2 dari pelbagai latar belakang yg sebelumnya tak berapa pandai masak, akhirnya terer masak macam2 jenis hidangan.

      Bilalah agaknya kami boleh merasa masakan awak ni? hehehe

      Delete
  6. kepandaian tu boleh diasah. baru2 kawin dulu asik call mak tanya cara masak. sekarang tak sangka,,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya Ida dah pandai memasaklah sekarang ni. Tahniah! Tentu hubby awak gembira dapat merasa air tangan isteri.

      Delete
  7. kenapa YB tak bergambar ngan diana tu.. boleh tayang kat anak2 bujang haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tayang gambar saya dgn Diana nanti tentu anak2 bujang tu terutama Farid akan jeles ..... hehehe

      Silap2 emak Adam pun jeles sama ... hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails