Tuesday, May 15, 2012

Kahwin Beramai-Ramai

Ahad lepas aku dan keluarga aku ke Masjid Besi di Precinct 3, Putrajaya untuk menghadiri majlis perkahwinan anak ketiga bekas rakan sepejabat aku semasa aku kerja dgn sykt kulit kerang.  Inilah kali kedua kami ke masjid tersebut.  Kali pertama semasa Pesta Belon Panas dua tahun lepas.

Dengan penuh konfidennya aku pun parking kereta di tingkat bawah masjid tersebut.  Orang lain aku lihat parking di tepi jalan besar.  Kalau kena saman, nasib koranglah, bisik hatiku.

Selepas parking kami pun carilah jalan utk ke tingkat atas masjid tersebut utk ke tempat pengantin konon2nya.  Panjat tangga sampai ke tingkat 2 di mana terletaknya dewan solat utama.  Bila aku jengah di luar tempat solat tu tiada pula nampak sebarang majlis perkahwinan.  Kami pun turun menggunakan lif (tak larat nak gunakan tangga).  Dalam lif tu kami jumpa sepasang suami isteri muda membawa door gift pengantin.  Bila sampai di tingkat bawah, akupun tanyalah si suami dia di mana majlis perkahwinan tersebut.

"Oh kat atas tadi.  Abang keluar lif terus belok kanan," katanya.

Kalau belok kiri setelah keluar lif ialah dewan solat.

Kamipun tekan butang tingkat 2 dan sesampainya di tingkat tersebut, aku sekali lagi dgn konfiden terus ke sebelah kanan.  Di tangan kami ialah selipar kami kerana di tingkat tersebut tak boleh gunakan kasut atau selipar.  Buat malu kompeni pergi tempat pengantin dgn membimbit selipar .... huhuhu.

Bila sampai di kawasan tengah, tiada tanda2 majlis sambutan pengantin di situ.  Tak guna punya budak tadi.  Dia kelentongnya aku.

"Telefonlah Kak Non," saran emak Adam yg aku lihat dah mula bengang kerana turun naik di dalam masjid yg besar itu.

Aku pun call bekas rakan sekerja aku tu yg juga merupakan Ketua Bahagian Pentadbiran jabatan kami.

"Assalamualaikum YB. YB kat mana ni?" kata Kak Non sebaik aku menelefon dia.

"Saya ada dalam masjid ni depan dewan solat," jawab aku.
"Majlis Kak Non buat kat mana?" tanya aku pula.

"Oh dia tepi masjid dekat tasik ni.  YB kena turun lepas tu jalan ke sebelah kanan masjid," Kak Non cuba memberi penerangan macamana nak ke khemah kahwin.

Dipendekkan cerita kami pun turun dan mengelilingi masjid sebelum ternampak khemah kahwin.

"Eh ada dua pasang pengantin," kata emak Adam apabila ternampak satu pasang pengantin berbaju oren dan satu lagi pasang berbaju biru muda.

"Mungkin anak sedara dia kahwin sekali kot," kata aku.  Setahu aku masa kat Non menjemput kami menggunakan sms dua minggu lepas dia kata nak kahwinkan anak ketiga dia aje.

Bila kami sampai ke kawasan khemah tersebut rupanya bukan setakat dua pasang pengantin tetapi ada 20 pasang.  Setiap dua pasang pengantin berkongsi 3 buah khemah.  Sebuah khemah utk tetamu menjamu selera dan setengah khemah lagi utk majlis makan adab pengantin.  Meja makan adab pengantin itu disambung dgn meja makan adab pengantin di khemah sebelah.




Dua deretan khemah.  Yang sebelah kiri utk 10 pasang pengantin manakala yg sebelah kanan utk 10 pasang pengantin yg lain.  Perhatikan kertas putih di kain depan khemah tersebut.  Itu adalah nama pasangan pengantin.  Pastikan anda tak tersalah masuk makan di khemah orang lain!  Masjid Besi terletak di sebelah kanan gambar ini

Apabila aku bertanya dgn Abg Najib iaitu suami Kak Non tentang majlis yg agak unik itu dia memberitahu setiap keluarga pengantin dikenakan bayaran RM5,000.  Pakej ini terdiri dari khemah, jamuan utk 300 orang jemputan, cruise utk pengantin di Tasik Putrajaya pada malam Ahad tersebut dan penginapan di sebuah hotel di bandar Kajang untuk pengantin baru pada malam tersebut.  Pihak penganjur iaitu JAKIM dan Yayasan Patriotik Bangsa menaja RM2,000 untuk setiap pasangan.

Kiranya macam ekspress honeymoon utk pasangan2 inilah.  Tapi mengikut kata pengantin, mereka terpaksa check out dari hotel pada pukul 6 pagi Ahad tersebut kerana ada program yg padat sepanjang hari termasuk majlis resepsi ini.    memang potong stim betul  

Menurut Abg Najib, dia menempah makanan utk 600 orang jemputan kerana takut tak cukup.  Pihak penganjur telah mengenakan cas tambahan sebanyak RM2,000 utk makanan tersebut.  Bagi pasangan yg menjemput tetamu lebih daripada bilangan yg ditetapkan, aku lihat tetamu mereka balik tanpa dapat makan.



Bergambar kenangan dgn Kak Non dan Abg Najib yg berbaju sedondong oren.  Masa kami bergambar ni pengantin sedang melilau bergambar di tepi tasik ... hehehe



Berita tentang majlis perkahwinan ini tersiar di media cetak dan elektronik sejak dari Sabtu lepas sehinggalah pagi semalam.  Aku sengaja buat n3 tentangnya hari ni.

Kepada sesiapa yg nak kahwin tapi tak cukup bajet, bolehlah mendaftar nama dgn pihak penganjur.  Mana tahu, hujung tahun ini ada majlis serupa.

21 comments:

  1. heheheh ...
    nice info ...
    ermmm rupa2nya pakej yang tersedia tak lah semudah yang disangka erk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana mendapati info ini menarik.

      Menurut anak Kak Non yg menjadi pengantin itu, pada mulanya pihak penganjur bercadang mengadakan majlis utk 100 pasangan tapi kerana ni kali pertama maka jumlahnya dikurangkan kpd 20 pasangan saja. Nasib baik juga tak buat utk terlalu ramai.

      Majlis nikah diadakan di masjid besi pada hari Sabtu.

      Delete
  2. Replies
    1. Apa yg panas tu pB?

      Kalau cakap pasal cuaca mmg pada hari Ahad tu panas.

      Delete
  3. ..lega kan bila dapat makan lepas penat turun naik n tawaf satu masjid hehe..bila pula uncle nak kahwinkan anak-anak uncle 3-3 sekali ?(tolak 3 yang muda)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dah kenyang sebelum pergi ke majlis tu lagi sebab emak Adam buat laksa penang pagi tu. Kami makan laksa pukul 11 lebih .... hehehe

      Mungkin tahun depan kot. Tak payahlah nak tunggu 3-3 sekali. Siapa yg dah sampai jodoh dia kahwin dulu.

      Zaren bila lagi pulak?

      Delete
  4. jimat betul! bagus jugak ni kan? :D

    yg penting keberkatannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira jimat ni. Dengan RM5,000 dah boleh kahwin. Itu tak masuk mas kahwin dan hantaran. Tapi kira masih ok.

      GB berminat ke nak buat yg macam ni bila kahwin nanti? .... ngeeee

      Delete
  5. Yg pentingnya, nikah kahwin...kan YB ? :)

    Lepas kawin nanti, lagi banyakkkkkkkkkkkkk nak pakai duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau terlampau banyak nak kena keluar belanja semasa majlis kahwin takut nanti dah takde duit utk memulakan hidup berkeluarga. Tambah memeritkan kalau berhutang masa kahwin tu.... huhuhu

      Delete
  6. sya pernah ke dewan masjid tu, bekas pengarah enpakwe buat kenduri anaknya disana
    memang berpusing cari lokasi, sedang dewan tu bebetul depan tempat parking sengal betul rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid sekarang ni banyak yg besar2. Kalau kali pertama kita datang dan tak biasa dgn tempat tu, haruslah berpusing2 dibuatnya.

      Yang saya kesian org2 tua dan OKU yg nak solat di masjid besar mcm tu. Tempat ambil wudhu dan tempat solat di tingkat yg berbeza. Kesian mereka ni.

      Delete
  7. Amboi bukan abang najib dan kak non je sedondon, abang yb dan isterri pun pakai baju warna sedondon kan.

    Saya ada baca dalam suratkbar kesah pekahwinan ini, dalam hati mesti seronok, tapi dalam hati pun ada cakap mereka ni kahwin tak perlu bayar ke beruntung nya. Rupa rupa nya kena juga keluar belanja elok lah macam tu kalau free ni takut2 pengantin lelaki tak menghargai perkahwinan tu ya lah kawin free kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedondon tu tanda sehati sejiwa .... cewah.

      Biasanya dalam suratkhabar atau tv tak citer hal2 bayaran ni. Skrg ni mana ada benda yg free. Benda subsidi banyaklah .... hahaha

      Dgn belanja RM5K dah boleh bernikah dan ada jamuan perkahwinan serta instant honeymoon kira oklah tu. Better than kahwin koboi .... ngeeee

      Delete
  8. Memang beberapa hari ni ada keluar kat paper pasal kawen ni...tambah jemputan 600 kene bayar RM2000 aje, so satu jemputan cuma RM3.33...kira pakej ni mmg value for money hah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tambah jemputan 600 org tapi tambah 300 org lagi dari 300 yg asal. Jadi setiap seorg di cas RM6.67. Kiranya masih murah juga sebab skrg susah nak dapat org buat katering yg cas kurang dari RM10 satu kepala .... huhuhu

      Delete
  9. Boleh bg info cne nk daftar? Klu ada bt hujung thn ni ok jgk...

    ReplyDelete
  10. sy mmg berminat tpi sy xthu macm ner nk daftr n dekt mne?untuk thun2013 ada lagi kn...nk thu sgt nie..

    ReplyDelete
  11. kat mane sy nk daftar erk?sy xthu la..sy mmg berminat..untuk tahun 2013 ada lagi x?

    ReplyDelete
  12. Btul tu..sy pn xtahu camne nak daftar... Dah cari kat internet tp x jumpa info

    ReplyDelete
  13. Bersempena Festival Belia Putrajaya, ada program kawhin ramai2 jugak katenye..cube cari majlis ijabkabul mega 2013 kat facebook...kali ni anjuran operator Festival Belia Putrajaya 2013...nampak mcm menarik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails