Saturday, May 12, 2012

Penangan Datuk Ismail Kamus

Dah lebih seminggu aku tak update blog ini.  Terima kasih kpd yg masih sudi singgah di sini.  Dari meter reading tu aku tengok ramai juga yg singgah.

Malam tadi ada program ceramah oleh Ustaz Ismail Kamus di surau tempat aku.  Pihak surau siap pasang kain rentang di jalan masuk ke taman perumahan kami.  Walaupun ada bantahan dari pihak2 tertentu kerana Ustaz Ismail Kamus ini org PAS sedangkan surau kami ini sepatutnya surau yg berkecuali, sambutan malam tadi di luar jangkaan.  Masa aku tiba utk solat Maghrib, surau dah penuh.  Mujur aku dapat masuk ke dalam surau utk berjemaah.  Selepas imam memberi salam aku lihat ada beberapa orang lelaki yg baru dapat masuk ke dalam surau kerana semasa org lain berjemaah mereka terhalang dari masuk ke dalam surau oleh org yg solat di depan pintu.

Selesai solat semasa berwirid, aku jengah2 juga utk melihat di mana Ustaz Ismail Kamus.  Tapi tak nampakpun kelibatnya.  Mungkin beliau terlambat agaknya.

Selepas para jemaah solat sunat, imam membuat pengumuman bahawa Ustaz Ismail tak dapat datang kerana tidak sihat! huhuhu  Ini merupakan penangguhan kali ketiga Ustaz Ismail dari memberi ceramah di surau kami.

Jelas terbayang kekecewaan di wajah sebahagian besar jemaah yg hadir termasuk yg datang dari kawasan sekitar dan juga dari tempat yg agak jauh.  Kami tahu mereka ini orang luar kerana kami tak pernah nampak muka mereka sebelum ini.

Untuk tidak terlalu menghampakan hadirin, Pengerusi surau kami yg juga seorang ustaz kelulusan Universiti Al-Azhar telah memberi tazkirah.  Banyak juga mutiara yg boleh diambil daripada tazkirah beliau malam tadi yg antara lain menyentuh tentang ibu sempena Hari Ibu esok.

Selepas solat Isyak para jemaah dijamu dgn makan malam berlaukkan kambing, ayam dan ikan yg didermakan oleh seorang jemaah wanita yg berhajat.

Tidak seperti ketika jamuan pada malam2 Jumaat di surau kami di mana aku akan duduk dengan jiran2, malam tadi aku memilih duduk dgn orang2 yg dari luar kawasan kami.  Salah seorang yg duduk di depan aku itu datang dari AU2 Hulu Klang manakala yg seorang lagi dari Batu 14 Hulu Langat.  Jauh tu dia datang.  Aku tanya macamana dia tahu ada program Ustaz Ismail Kamus di surau kami malam tadi.  Dia beritahu aku dia baca di fb Ustaz.

Sampai begitu sekali 'peminat' dia mengikuti program Datuk Ismail Kamus.

17 comments:

  1. kiranya tak ada rezeki nak dengar perkongsian ilmu dari ustaz ismail kamus tu, segar juga cara beliau sampaikan ceramah kan? patut lama dah tak bersiaran ustaz tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya mcm tu lah. Ramai jugalah yg kecewa malam tadi.

      Ada orang memberitahu ustaz ismail kamus sedang menjalani rawatan dailisis. Mungkin disebabkan itu pergerakan beliau agak terbatas.

      Semoga beliau cepat sembuh dan dapat berkongsi ilmu dgn kita.

      Delete
  2. ceramah agama tanpa batasan politik kan bagus.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ustaz2 mcm ni pun faham jika diberitahu. Mereka tak sentuh pasal politik kepartian. Cuma ada org yg dari parti yg berlainan rasa kurang senang.

      Delete
  3. salam YB dulu2 semua akset ceramah ustaz acik beli..setiap kali nk kemana2 dengan anak2 acik pasang..seronok dengar ceramah2 di masa tu..sebelum ustaz berpolitik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Acik Erna.

      Dulu memang ramai yg beli kaset ustaz Ismail kerana ceramahnya bersahaja dan diselitkan dgn unsur2 jenaka. Kadang2 tu tak kering gusi dibuatnya.

      Delete
  4. As-salam YB, ustaz dari Pas ke dari Umno ke tak kesah lah yang penting syarahan tu jangan ada unsur2 politik sudah, kita kan sama sama Islam di Masjid Telok ni kadang2 ustaz yang memihak kepada parti politik ni buat syarahan macam nak pilihanraya yang ini saya tak boleh terima ya lah di Masjid ceritalah benda benda lain selain dari politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      Betul tu. Pengerusi surau kami memberitahu tak kisahlah ustaz dari parti politik mana sekalipun yg berceramah atau mengajar asalkan yg diajarkan itu tak menyentuh politik secara berlebihan kerana ada org yg alergik.

      Kalau ada ustaz yg buat syarahan mcm nak pilihanraya, carilah pentas yg lain.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yb, sorry nak tanta off topik sikit, anak saya yang pergi interview TESL dah terima jawapan dia diterima so 2/6 akan mendaftar di Jengka, Pahang ( kat sini mendaftar je) dia akan masuk kampus Uitm Kuantan. Anak YB kemana?

      Delete
    2. Alhamdulillah dan tahniah kpd anak awak tu.

      Nampaknya kedua2 anak awak akan belajar di Kuantan w/p berlainan U. Senanglah kalau nak ambil atau hantar sebab satu jalan.

      Anak saya hanya akan tahu keputusan peperiksaan matriknya hujung bulan ni. Lepas tu kena tunggu jawapan dari UPU sebelum sambung bulan Sept nanti. Skrg ni dia kata nak kerja sambilan dulu kerana cuti panjang.

      Delete
  6. saya minat sangat dengan ustaz Ismail Kamus.. lama sungguh tak dengar suara dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia ramai peminat. Jadi Anaa pun minat juga dgn ceramah dia. Saya difahamkan skrg dia kurang aktif sebab kesihatannya yg tak berapa baik.

      Kalau nak tahu jadual ceramah beliau, bolehlah melawat fb nya.

      Delete
  7. sedihnya melayu islam...sebab perbezaan politik, surau pun jadi mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya org kita ni.

      Yang rugi nanti bangsa kita jugak.

      Delete
  8. dulu selalu ustaz ni keluar tv...tp lepas join politik terus susah nak nampka ustaz ni keluar tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu perkara biasa di negara kita ini. Jika seseorang itu menyertai parti pembangkang, semua avenue dia berceramah di tv dan radio milik kerajaan akan disekat. Ini risiko yg ustaz2 ni pun tahu..... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails