Friday, May 4, 2012

Kesungguhan Yang Patut Dicontohi

Tak lama selepas aku balik dari berjemaah Asar di surau petang tadi, aku mendengar loceng pagar aku berbunyi.  Bila aku jengah dari jendela bilik aku melihat ada dua buah kenderaan di depan rumah aku.  Salah satunya 4WD salah seorang supervisor sykt kami manakala sebuah lagi Proton.

Akupun bergegas salin seluar panjang kerana aku memakai kain pelekat pada masa itu.

Supervisor aku membawa dokumen berkenaan air compressor utk projek kami. Manakala pemandu kereta Proton itu pula ialah penjual Yakult.

Kita lupakan supervisor aku tu.  Aku nak cerita pasal penjual Yakult tu.  Dia seorang wanita Cina berusia sekitar 40an.  Aku rasa dah setahun lebih dia mengedarkan Yakult di kawasan perumahan kami ini pada setiap Jumaat.  Bagi mereka yg sudah menjadi pelanggan tetap, dia akan terus ke rumah mereka ini.  Tapi bagi rumah2 lain itu dia akan bunyikan loceng atau memanggil tuan rumah utk menjual Yakult dia tu.

Satu pek 5 botol Yakult tu dijual dgn harga RM4.10.  Murah 20 - 30 sen jika dibandingkan dgn harga di pasaraya.

Tadi emak Adam minta aku belikan 3 pek sebab anak2 aku suka minum benda ni.


Ini dia Yakult yg aku beli tadi

Jika aku kira berapa sangatlah dia boleh dapat dalam sehari dgn menjual Yakult tu.  Tapi kerana kegigihan orang2 seperti ini Yakult telah menjadi sebuah syarikat besar yg menjual minumannya di seluruh dunia dengan pendapatan beratus juta ringgit.

Inilah kesungguhan yg patut kita contohi.

psst - aku harap air compressor yg kami cadangkan itu diterima oleh pelanggan.  Keuntungannya nanti bolehlah buat beli Yakult utk setahun .... hehehe


14 comments:

  1. kitorang pun selalu beli yakult yg dijual dr kereta ke kereta kat parking sekolah. cina tu siap ajar cara minum. kena goncang kuat2 dulu botol tu supaya keladak putih kat dasar botol tu naik sekata. itu la bakteria baik yg sepatutnya kita minum.

    errr...terpanjang plak ceramah. sowi. hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak Adam kata tak payah goncang pun takpe sebab dia sedut sampai licin. Habis bakteria baik tu kena sedut.

      Kat sini tak nampak pulak cina jual kat parking sekolah. Lepas ni mahu dia ke sana pulak utk tiru strategi rakan dia yg di Seremban tu.


      Panjang ceramah pun takpe. Skrg ko kan dah jarang update. Ramai peminat2 ko dok tunggu nak dengar ceramah ko tu ... hehehe

      Delete
  2. bang nak yakult satu pek...!
    :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada orang datang jual sampai kat rumah, kat kawasan saya ni tak ada lah orang datang jual yakult kalau ada pun cuma orangnjual tilam dan karpet je, kalau saya nak beli terpaksa ke giants je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini sebab ada banyak rumah. Itu yg dia datang ke rumah menjual Yakult. Jiran sebelah rumah saya pun melanggan setiap minggu.

      Kat sana rumah agak jauh2 sikit kot. Itu yg takde agen mereka di sana.

      Delete
  4. kat sini tak ada pulak orang jual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah kalau sesiapa berminat nak jadi agen di kawasan BTR tu .... hehehe

      Delete
  5. berusaha sedaya upaya mencari rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua kena berusaha sedaya upaya di dalam mencari rezeki. Setelah berusaha, kita serahkan kpd Allah.

      Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat seperti yg diharapkan, teruskan berusaha.

      Delete
  6. Kalau x untung,dah lama dia benti jual dr umah
    ke umah camtu kot...

    Apepun,n3 ini sgt memberi inspirasi..
    Kegigihan akan membuahkan kejayaan..
    Agama ape pun kita bangsa ape pun kita..
    Allah menjanjikan hasil utk sesiapa saja yg
    berusaha...

    Man jadda wajada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmglah untung tapi kalau setakat RM4.10 satu pek berapalah sangat dia boleh dapat. Ada org jual sebuah kereta dah boleh dapat beribu2 hinggit. Ada org jual tanah utk stesen minyak atau pasaraya boleh dapat jutaan ringgit sekali deal.

      Alhamdulillah kalau n3 ini memberi inspirasi kpd Yun. Semoga awak lebih bersemangat selepas ini dan semoga lebih berjaya.

      Delete
    2. YB, kat Jepunpun dah jual macam ni...Bagus buat business macam ni tapi perlukan sasaran yg tepat

      Delete
    3. Oh ya ke? Mereka belajar dari cara org di sini melariskan jualan Yakult tu selain melalui jualan di pasaraya dan kedai2.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails