Semalam petang selepas ke majlis kahwin sepupu emak aku, aku dan emak Adam bergegas pulang ke kampung untuk menziarahi nenek Adam yang tak berapa sihat sejak kebelakangan ini. Kami balik kampung berdua saja kerana Adam dibawa oleh abang dan kakaknya ke Low Yat. Dengar cerita Adam teruja bila melihat iPhone, iPad dan pelbagai gajet lagi di sana. Adam memang pandai menggunakan peralatan ini semua sejak dia berumur 2 tahun.
Masa kami nak bertolak balik kampung tu, cuaca agak gelap nak hujan. Tapi kami tawakal (setelah solat sunat musafir) dan meneruskan juga perjalanan. Tak sampai 5 minit meninggalkan rumah, hujan telah turun dengan begitu lebat. Bukan setakat hujan biasa tapi hujan air batu! Aku risau cermin kereta aku pecah .... huhuhu.
Sampai di Sg Buluh hujan agak redha. Emak Adam ajak aku singgah pergi beli tanah kat situ sebab emak dia ada hint nak tanah untuk menanam bunga di kampung. Aku pun hantarlah emak Adam ke tempat menjual bunga dan tanah di situ. Bila dah sampai situ mana cukup sekadar beli tanah. Beli bunga keladi 4 pasu. Penuh bonet dan tempat letak kaki sebelah belakang dgn tanah dan pasu bunga. Tak kisahlah sebab kereta aku pun kosong sebab hanya kami berdua yg balik kampung.
Sampai di Kuala Selangor emak Adam minta aku singgah di Pasir Penambang untuk beli bahulu panas. Kami berhenti di gerai bahulu panas di situ. Emak Adam dah kenal dgn penjual bahulu itu yg bernama Ema. Dah macam kawan baik pula mereka berdua ni. Orang peramah mcm isteri aku ni memang senang dapat kawan. Dia beli 300 biji bahulu utk diberikan kpd emaknya dan jiran2 di kampung dan juga jiran di taman perumahan kami bila kami balik nanti.
Bila kami sampai di kampung, Kak Long masih ada di sana. Dia sekeluarga telah berada di kampung sejak hari Sabtu lagi. Kak Ngah baru saja bertolak balik sebab suaminya risau nak hujan masa tu. Bila melihat anak dan menantunya balik kampung, giranglah hati mertua aku tu. Tapi dia sikit kecewa kerana Adam tak ikut bersama.
Sebelah petang semalam adik ipar emak Adam dan anak2nya seramai 4 orang juga datang. Meriahlah rumah mertua aku buat seketika.
Selepas Maghrib kami semua minta diri untuk pulang ke rumah masing2. Sayu orang tua tu. Emak Adam mengajak emaknya ke rumah kami tapi dia tak nak sebab ada jiran nak buat kenduri Khamis akan datang ni. Lagipun minggu depan dia ada banyak jemputan kenduri kahwin di kampung. Itu tak termasuk nak bagi makan anak2 ayam yang baru dibelinya dan dipelihara untuk buat Raya nanti. Ada 48 ekor semuanya.
Begitulah orang tua. Kita yg anak2 dan menantu ni kesian tengok dia tinggal seorang diri sejak abah meninggal dunia bulan Ramadan tahun lepas. Nak ajak tinggal dgn anak2 dia lebih suka tinggal di kampung. Nak tengok rumah dan ayam itik katanya. Aduyai. Inilah dilema orang tua bila dah tinggal seorang.
rasanya semua orang tua macm tu kut...bila ajak duk sekali mesti taknak, nak jugak duk rumah dia sendiri...katanya kat rumah sendiri boleh buat macam2 kalau kat rumah anak+menantu belum tentu...
ReplyDeleteKalau tak semuapun ramai yg macam ni kot. Dulu arwah nenek saya pun mcm tu jugak. Lebih suka duduk di rumah sendiri w/p berseorangan. Nasib baik rumah anak dia tak berapa jauh. Kalau malam cucu dia (sepupu saya) datang temankan.
DeleteKalau kirakan apa sangatlah yg nak dibuatnya di rumah dia tu. Tapi dah itu kemahuan mereka ... huhuhu
yb itu kira ok lah juga dia tak nak ikut sebab ada ayam segala, mak saya ni lagi susah duduk kawasan perumahan bukan nya ada bela ayam itik nak ajak tidur rumah kami punya lah seksa, kalau kami paksa2 dia akan cakap mak tak nak rumah kau dalam hutan risau mak, ada ke patut macam tu kadang2 kecik hati kita dibuat nya dia dah 81 tahun takut terjatuh ke apa, susah betul lah orang tua ni.
ReplyDeleteRumah saya sebenarnya bukan lah dalam hutan sangat, cuma di kelilingi pokok kelapa sawit je, ish nak ke bank atau kfc pun tak sampai 10 minit je dah sampai.
Sebenarnya dia baru aje beli anak2 ayam tu. Sebelum ni memang dia ada ternak ayam kampung tapi dah habis disembelih atau dijual.
DeleteDengan org tua ni memang kena banyak sabar. Kalau dia tak nak tu ada ajelah alasannya. Rumah kat hutanlah, rumah bergrill depan belakang mcm penjara, rumah tepi jalan besar bising bunyi kenderaan dsb. Sabar ajelah.
81 tahun dah tua tu. Dia sihat lagi ke? Emak saya yg baru 75 tahun ni pun dah duduk kat kerusi roda.
Kalu Chenta sendiri pun ..
ReplyDeletelebih selesa tgl di rumah sendiri ..
walaupun sekadar rumah sewa ..
dah semua barang2 kat umah tu .. & segala kenangan pahit manis di rumah tu ..
makanya rumah tu ajerr ler tempatnya yang dirasakan selamat, selesa, gembira *walau xada org*, tenang dan sebagainya ...
Chenta dulu & kini ... ^_____~
Kalau masih muda mcm Chenta duduk sendiri takpelah sebab sihat lagi. Org tua ni kita takut dia sakit pening atau jatuh di bilik air takde siapa yg tolong kalau duduk sendiri.
DeleteBunyinya banyak kenangan pahit manis di rumah awak tu skrg. Wah nostalgiklah.
Ada hujan batu ke semalam YB?
ReplyDeleteDilema yg sama dihadapi oleh nenek saya sekarang..puas ayah mak dan lain2 anak ajak nenek tinggal bersama, tapi dia tetap bagi alasan " siapa nak bagi ayam makan" ehehehe
Ha'ah hujan batu di kawasan Air Panas semalam. Kelekak kelekuk jugak kena atas kereta saya ..... huhuhu.
DeleteBanyak ke dia bela ayam? Susah2 sembelih aje .... hehehe
On a more serious note, org tua ni memang mcm tu. Mereka akan cari alasan utk tidak tinggal di rumah anak2. Mungkin kalau tinggal di rumah salah seorang anak, yg lain kecil hati. Kalau pindah2 rumah dia pulak tak selesa sebab dibuat 'mcm bola' w/p anak cucu takde pun niat mcm tu.
hmm..kerap pulak dgr pasal hujan batu sekarang ni.
ReplyDeletetapi org tua biasanya itulah alasannya. nak jaga ayam itik. tapi mungkin ada yang tersirat di sebaliknya yang kita tak tahu..
Tempat GB ada hujan ais juga ke? Masa emak Adam call Adam semalam dia ingat turun salji. Adam tanya emaknya bawa sarung tangan tak utk main salji .... ngeeeee
DeleteYang tersirat tu lah yg susah kita nak faham.
Sejujurnya tak semua anak2 atau menantu2 sanggup tinggal sebumbung dgn ibu atau mertua mereka. Kalau sekejap2 mungkin ok. Tapi kalau bertahun2 lain ceritanya. Kadang2 anak ok tapi menantu tak selesa. Kadang2 menantu pula ok tapi anak sendiri tak suka.
..salam uncle..
ReplyDeletebetul juga..
tapi yang sebenarnya bukanla ayam itik sangat yang dia nak jaga, tapi suasana kampung tu yang buat mereka suka..dan diorang pun mungkin tak suka susahkan anak-anak...kalau balik rumah anak perempuan, menantu lelaki selalunya okay..kalau balik rumah anak lelaki, kesian pulak dengan menantu perempuan..
apa-apa pun, kita pun akan rasa benda yang sama. bezanya kalau kita tinggal di bandar, dan anak pun kerja di bandar, bukan anak-anak yang ajak kita tinggal sekali, sebaliknya mereka yang menumpang kita sendiri (harga rumah kan mahal, kalau nak murah, pinggir bandar adalah tu pun mahal lagi)
ada ibu bapa yang suka dikelilingi anak-anak..
ada yang akan kata, (sejak budak ni beranak, kita takde masa untuk berdua....kacau daun....dan selalunya mak budak akan bekap anak manjanya...lalu meninggalkan bapa bermuram duka, berwalang durja - woha!)
Salam Zaren.
DeleteFuyoo! Tak sangka anak muda yg masih bujang mcm awak boleh beri pandangan seperti di atas.
Apa yg zaren sebut tu memang banyak yg betul.
Ibu atau bapa yg sudah kematian pasangan ada alasan utk terus tinggal seorang diri. Anak2 dan menantu pula ada juga alasan utk ajak dia tinggal bersama. Kalau dapat titik pertemuan dan kata sepakat baguslah. Kalau tak, tak mengapa. Jangan paksa. Yang penting mereka bahagia dgn jalan yg mereka pilih.
banyak ye nenek adam bela ayam. raya nanti sempat ke makan rendang ayam dara? :D
ReplyDeleteAda 48 ekor yg sedang besar2 kepal. Dia beli 50 ekor tapi 2 ekor dah mati. Raya nanti cukup besarlah utk disembeliih.
Deletebetul tu..besar dan selesa mcm mana pun rumah anak2 tp rumahnya juga yg paling selesa.ayah saya kalau dtg umah..2 hari cukuplah,lepas 2 hari dia dah gelisah
ReplyDeletew/p besar dan selesa rumah anak2 tapi tak sama rumah sendiri. Nak buat apa kat rumah sendiri takde siapa nak tegur.
DeleteRasanya bukan ayah Irfa aje yg mcm tu. Emak mertua sayapun kalau datang sini sibuk nak balik selepas 2-3 hari. Kalau kami tak dapat hantar dia balik, dia minta telefonkan anaknya yg di KL ni utk hantar dia balik .... huhuhu
Jarang sangat jumpa org tua yang nak duduk dengan anak2. Makchaq pun rasanya macam tu jugak nanti...
ReplyDeleteLa ni pun kalau pi mana2 dok teringat nak balik rumah saja... Home sweet home...
Memang jarang tapi utk pengetahuan makchaq emak saya telah tinggal bersama keluarga saya sejak arwah ayah saya meninggal dunia 19 tahun yg lalu. Nasib baik emak Adam boleh terima duduk dgn mertua. Ramai org menyangka emak saya tu emak kpd emak Adam sebab mereka ngam ... ngeee
Deletemana2 orang tua selalu macam tu kan.. selagi ada rumah, dia nak dok jugak kat rumah dia, walau seorang diri.. agaknya mungkin disitu ada ketenangan...macam kita, belum tua ni pun (ye ke), kalau gi umah orang, mesti tak leh lama..bila balik umah sendiri tu, rasa lega sangat.home sweet home.. sama la kot macam dia orang..cuma anak2 kena la jengok selalu supaya mereka tak rasa tersisih.. huhuu.. teringat kat ayah..
ReplyDeleteKita pergi rumah org tu memanglah tak tahan nak duduk lama2 sebab kita ada rumah sendiri dan ada keluarga sendiri. Tapi org tua kita terutama yg dah tinggal seorang ni risaulah kalau dia tinggal sendiri. Kalau sakit pening takut takde siapa yg tahu. Risau juga kalau ada pencuri nak masuk rumah.
DeleteAnak2 nak selalu tengok pun kadang2 tak dapat sebab bukan semuanya duduk dekat dgn org tua.
SALAM, takpe la jika mereka hidup sendiri mahu berdikari. Bila mereka menanam pokok, beraktiviti penuh keliling rumah, ibadat etc maka mereka dapt mengaktif kan minda. Aktivit ni suma therapi.
ReplyDeleteJgn jadi ada setengah manusi, dikurung mak sendiri, tak kasi buat hobi bercucuk tanam, lalu diberinya pokok tanaman pada orang.tebang pokok yang org tu jaga etc.
Omputih yg hidup lama dan sihat meerka makan ala kadar sbb tak de duit tu yg mereka sihat. bercucuk tanam,pokok bunga etc. Pergi pasar sendiri sampai umur 90 tahun hinggala badan dan otot dah tek le gerak mereka baru masuk rumah jagaan etc..
cakap pasal ni buat saya teringat pada mak.. dia meninggal khamis minggu lepas.. dia macam mak mertua yb.
Semoga rohnya dirahmati Allah swt insya Allah
Waalaikum salam.
DeleteTakziah kerana baru kehilangan ibu tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah utk Allahyarhamah.
Mengurung emak sendiri tu memang kerja kejam. Biarlah org tua tu buat apa yg dia suka. Setidak2 keluar juga peluh dan dapat menggembirakan hati dia.
Emak mertua saya kira masih kuat juga utk bela ayam dan tanam2 pokok bunga. Tapi emak saya di rumah ni dah tak mampu buat semua tu sejak dia berkerusi roda setahun lebih yg lalu.
Itulah ada baiknya kita beri dia peluang memilih yg tinggal di mana asalkan dia bahagia. Kita jenguk2 sekerap yg mungkin.
embah i yg umo 95th tu pun dulu mcm tu.tp bila ada kitorang dah brainwash dia, baru la nak pegi duduk umah paman kat shah alam.
ReplyDeleteMacamana korang brainwash embah tu ek? Cubalah kongsi ayat2 power tu sikit .... hehehe
Deletetima kasih yb for the fatihah. kalau nak orang tua duduk dengan anak anak, kena pastikn mereka boleh buat hobi mereka daily, incl bercucuk tanam, siram pokok, keliling rumah, ke surau belajarr ugama dan kelas mingguan kat surau. tapi kena yakinkan dua minggu skali balik kg dia. mesti ok...takboleh cut off altogether.Semlm genapseminggu dah mak pergi.Semoga rohnya aman disana. InsyaALLAH
ReplyDeleteSama2. Itu antara yg termampu kita lakukan utk mereka yg telah mendahului kita.
DeleteKawasan di KL ni tak sama macam kat kampung. Kalau nak bela ayam itik tu tak bolehlah di sini sebab kami duduk rumah teres. Tapi kalau setakat nak tanam pokok cili sepasu dua tu bolehlah. Emak mertua saya kalau datang sini biasanya dia suka tolong kopek ikan bilis.... hehehe.
Amin. Semoga roh emak awak aman di sana.
3 hari lepas genap 19 tahun abah saya meninggal dunia.
semmoga arwah abah saudara aman di sana..boelh la buat kenduri sebelum puasa ni..
Deleteteringat mak dan ayah di kampong.. minggu ni tak boleh balik.. banyak pulak jemputan kawin..
ReplyDeleteKalau tak dapat balik telefon aje pun jadilah asalkan mereka sihat.
DeleteEmak Adam baru dapat panggilan telefon dari kakaknya beritahu emaknya tersimbah air panas. Kami nak balik tapi saya ada kerja yg perlu dilakukan.... huhuhu