Baru kejap ini tadi aku mendapat panggilan telefon dari kawan aku yg juga bekas jurutera aku di Penang. Dia memberitahu rakan kami yg tinggal di Alor Setar telah meninggal dunia pagi ini. Rakan kami ini bekerja dgn sebuah sykt konsultan dan pernah bekerja sebagai jurutera tapak utk projek2 sykt kulit kerang secara kontrak.
Aku pernah tulis kisah dia tak lama dulu.... bagaimana dia begitu teruja dapat membeli sebuah kereta Proton terpakai hasil gaji dia sebagai jurutera tapak. Begitu beriya-iya dia mengucapkan terima kasih kpd aku masa itu kerana berkat kami mengambil dia bekerja dgn kami dia dapat membeli kereta tersebut w/p sekadar kereta second hand. Masa itu aku sekeluarga ke rumah mertua staf aku itu di Mergong. Allahyarham pun datang dgn keluarganya menaiki kereta yg baru dibelinya itu. Sebelum itu dia hanya mampu menggunakan motosikal saja.
Menurut kawan aku, arwah baru berumur sekitar 42- 43 tahun. Arwah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak. Sebak aku mendengarkannya kerana aku tahu mereka bukan orang senang.
Maaf kerana aku tak dapat menziarahi jenazahnya. Aku minta kawan aku sampaikan sedikit sumbangan bagi pihak aku.
Bila aku beritahu emak Adam, dia pun terkejut. Emak Adam ingat lagi semasa kami berjumpa dgn Allahyarham dan keluarganya di Mergong dulu. Masa itu anak mereka baru 3 orang.
Begitulah suratan dan qada qadar Allah.
Bila tiba masanya utk kita dijemput pulang, tidak akan dicepatkan atau dilambatkan w/p sesaat.
Sudahkah kita bersedia untuk saat tersebut?
sudah tiba masannya.masa kita tak tau lagi kan
ReplyDeleteKita bersedia atau tidak bersedia, kalau dah tiba masanya kita kena pergi. Begitu juga dgn keluarga kita. Mereka kenalah redha menerima qada dan qadar.
DeleteBerat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
Innalillah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan isteri serta anak2 nya dpt melalui dengan tabah dan dipermudahkan urusan mereka..
ReplyDeletekita tak tau bila pulak masa kita, semakin hari baki usia kita semakin berkurangan w/ pun kita tak tau berapa yg masih berbaki tu...
Amin. Begitulah yg kita sama2 doakan.
DeleteHidup org yg simple mcm arwah ni mungkin tak banyak nak dihisab di Padang Masyar esok. Mungkin di dunia dia hidup secara sederhana tapi Allah lebih sayangkan dia.
Kita yg masih dipanjangkan umur ini harap2 dapat menambahkan amal demi mencari keredhaan Allah.
al Fatihah...
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak Allahyarham
DeleteAl Fatihah
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat.
amin
Terima kasih.
DeleteRasanya jenazah dikebumikan selepas solat Asar tadi.
Al-fatihah semuga roh nya .
ReplyDeletePsssst yb dah cuba SKVE yang baru tu, tak sangka sekarang Plaza Tol dah ada kat sini, senang bila nak balik JB dah tak payah nak menempuh jalan lama.
Amin.
DeleteBelum cuba lagi. Saya nampak plaza tol kat Sg Rambai tu. Ingat nak cuba juga bila ke Jenjarom lain kali. Baru buka ini biasanya belum ada speed trap .... hehehe
Innalillah..saya pernah baca kisah aruah dalam blog YB.. semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 soleh..
ReplyDeleteAllah lebih sayangkan dia.
DeleteKami kesian dgn keluarga yg ditinggalkan sebab mereka bukan org senang.
semoga sedekah itu dapat membantu rohnya di alam kubur.
ReplyDeletekisah arwah ni adalah antara cerita yg paling saya ingat dalam blog YB. tak sangka sungguh dia dah takde lagi. tlg sampaikan salam takziah saya kepada keluarganya.
ReplyDeleteArwah antara insan2 yg pernah datang di dalam hidup saya. Ramai lagi mereka yg datang dan pergi sepanjang kehidupan saya di dunia yg fana' ini. Ada yg sempat saya rakamkan kisahnya dan ada yg tidak.
DeleteSaya pun terkejut bila kawan saya beritahu saya tengahari tadi.
Mungkin tak dapat saya nak sampaikan salam takziah GB kpd keluarganya kerana mereka di Alor Setar. Saya tiada rancangan nak ke sana dalam masa terdekat ini.
Al-Fatihah...
ReplyDeletebetul tu,DIA melakukan kerjanya tak cepat dan tak lewat walau sesaat..
iyer...kaklong juga bersedia untuk menghadapinya...tapi terasa takut,kiranya amalan ini masih tidak sempurna....
Amiin...
DeleteKalau kita risau dan takut amalan tak sempurna, nescaya Dia ampunkan kekurangan kita. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setelah kita berusaha, kita berdoalah.
Takziah...Al-fatihah..Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan insan yang soleh...
ReplyDeleteItulah doa kita sesama saudara Islam samada yg kita kenal atau yg tidak.
DeleteHari ni kita doakan mereka yg telah mendahului kita, esok lusa org lain pula mendoakan utk kita bila kita pula telah pergi.
innalillah..
ReplyDeleteWa inna ila rajiun.
Deletei mis jb...
ReplyDeleteand i mis visiting this blog :D
adeh terslh letak komen pula... sori bos.
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah
Itulah. Saya pun terkejut juga mula2 baca tu.... ngeeee
DeleteTakpe. Yang penting niat ikhlas.
takziah buat kawan YB..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yg beriman...
ReplyDeletepergi mergong kat area mana? rumah saya pun di mergong.