Thursday, May 3, 2012

Bye Bye London

Tahun ini mungkin ramai orang termasuk rakyat Malaysia akan ke London kerana Olimpik akan berlangsung di sana musim panas ini.

Tapi bagi aku dan anak aku Afifah, kami telah mengucapkan selamat tinggal kpd London.  Hari ni genap seminggu kami meninggalkan London.

Khamis lepas aku, emak Adam, dan Adam ke London utk menjemput Afifah yg tamat belajar di sana.  Dia mula2 menjejakkan kakinya ke sana pada bulan Julai 2011.  Pejam celik, pejam celik dah tamat pengajiannya di sana.  Biasanya orang akan berkata kalau anak org lain tu rasa mcm sekejap aje dah habis belajar.  Kalau anak sendiri rasa mcm tak habis2 dia belajar.  Selama 9 bulan di sana, aku rasa tak kurang dari 12 kali kami melawat dia.  Ada masa tu sebulan sampai 2 kali.  Nasib baiklah London ni tak jauh mana sangat.  Dari KL cuma sejam lebih kalau tak jam.



Bergambar buat kali terakhir di depan bangunan asrama B4

Sebelum balik ke KL pada malam tersebut aku membawa famili aku menyaksikan matahari terbenam di Selat Melaka.


Adam dibayangi mentari senja

Selepas itu kami makan ikan bakar di salah sebuah gerai di Pengkalan Balak.

Ikan jenahak bakar dan sayur kangkung belacan serta kailan goreng ikan masin


Feberet kami sekeluarga - sotong goreng tepung

Selepas makan kami singgah di Masjid Kg Sg Tuang utk bersolat jamak Maghrib dan Isyak sebelum pulang ke KL.

Tak tahu bila kami akan ke London a.k.a Londang lagi selepas ini.


28 comments:

  1. Ahaks ...patutlah 12 dlm 9 bulan..
    Den terkena dah! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Nieda aje yg terkena. Ramai yg lain yg tak biasa dgn istilah London utk Londang tu pun terkena termasuk jiran2 saya .... hehehe

      Delete
  2. tahniah - dah tamat belajar...mentang2 lah rumah kita bukan kat London - tak sampai2 ke sini. apa2 pun santapan ikan bakar & sotong goreng tu terbaik! lama tak pergi ni...hu3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Biasanya bila kami ke London kami ikut Lubuk China aje. Paling jauh pun kami ikut Simpang Ampat. Jadi, Bedhill agak terkeluar dari route kami.

      Ikan bakar dan sotong kat situ mmg sedap. Tapi di situ tak berapa banyak gerai jika dibandingkan dgn di Umbai.

      Delete
  3. dah lama betul tak pekena ikan bakar kat pengkalan balak...walaaaaa....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah nanti bolehlah ke Pengkalan Balak tu utk makan angin dan makan ikan bakar. Ada banyak chalet kat situ.

      Delete
  4. samalah me pon dulu selama 2 tahun ulang alik londang tuu.. ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua orang ke anak en me kat sana sampai 2 tahun ulang alik ke Londang tu? Biasanya budak2 buat matrik ni tak sampai setahun.

      Mulai tahun ni dengarnya kena buat kursus matrik 2 tahun.

      Delete
  5. so, lepas London, ke mana pula Afifah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah yb.apa plan afifah seterusnya?

      Delete
    2. Daddy Ziyyad dan Lea,

      Lepas ini tak tahu lagi ke mana. Tunggu panggilan dari UPU. Dia berminat nak ambil bidang psychiatrist. Kalau dapat kat UM atau UKM bagus juga sebab dekat. Dari sekolah menengah lagi dia dah belajar jauh dari rumah. Mula2 dulu kat MRSM Gerik sebelum sambung Tingkatan 4 -5 di MRSM Serting. Lepas tu ke London pula. Biarlah masa u kat KL atau Selangor.

      Delete
  6. Sekejap je dia kat sana..

    Lepas ni takde la nak makan ikan bakar lagi kat sana kott..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tak sampai setahun buat matrik ni. Kalau sangkut baru kena ulang setahun lagi.


      Lepas ni tetap makan ikan bakar kat Melaka w/p mungkin tak sekerap seperti sebelum ni. Kami biasa pergi Melaka jalan2 dan malamnya makan ikan bakar sebelum balik ke KL sebelum tengah malam .... ngeeee

      Delete
  7. hihi ni yg kt Serting dulu ke? skrg dh kat london? pastu dah habis.. pasni mmg betul2 kat London kot! Aminn~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah ini yg kat Serting dulu.

      Dia memang nak ke London nun tapi kat sana takde PTPTN..... ngeeeee

      Delete
  8. ohh ingat kan kat kg Chenta .. rupa-rupanya dengan tempat Chenta belajar duluuu ...

    Kg Chenta kat London a.k.a Londah lebih dekat kan ... hehhhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta pun belajar kat KMM Londang dulu ke? Batch tahun bila tu?

      Londah tu yg dekat Gemas kan?


      Slmt bercuti kpd awak.

      Delete
  9. Gitu lzh gamak nya kalau anak belajar, macam saya Duduk berulang alik kuantan je lah sampai anak dara saya tamat belajar.

    Dua minggu lepas anak bungsu saya pergi interview di Uitm shah alam untuk TESL, dia kata dia dah buat pilihan tak nak buat law sebab dia lebih berminat nak buat TESL nampak nya sekali lagi kami kecewa lah sebab kami nak sangat dia buat law tapi kalau itu dah pilihan dia, kami berdua redha je lah. Dulu anak sulung saya suruh buat medic sebab dia layak tapi dia tak minat, tengok darah pun nak pitam macam mana nak jadi doktor dia kata, apa apa pun janji mereka belajar sudah lah malas nak fikir fikir lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita kat Malaysia ni bila nak cuti atau habis cuti semester sibuklah mengambil atau menghantar anak ke asrama atau kolej mereka. Saya dan emak Adam dah melaluinya sejak anak kedua kami masuk MRSM. Bila Afifah pun masuk MRSM lagilah kelam kabut nak menghantar ke dua tempat berbeza.

      Anak2 ni minat dia berbeza2. Kadang kita cuba juga mempengaruhi dia mengambil bidang yg kita rasa elok tapi kalau dia dah tak minat nak buat mcmana. Afifah selepas SPM dulu dapat tawaran buat medic di Mesir tapi kami tak kasi sebab sana tengah kecoh masa tu. Suruh buat accountancy dia tak berapa minat.

      Anak awak yg di Kuantan tu berapa tahun lagi nak tamat?

      Delete
  10. Lepas ni ke mana haluan Afifah?
    Kata anak buah saya,soklan xm boleh tahan susah gak..
    Apepun,best of luck utk semua dak2 matrik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lagi. Ikut rezekilah. Dia nak sambung buat psychiatric. Kursus tu ada di UM, UKM dan Unimas. Minta2 dapat yg dekat aje. Tak susah saya nak hantar dan ambil dia.

      Anak buah Yun buat matrik kat mana?

      Biasanya budak yg pandai2 yg kata susah sebab mereka nak score 4 flat. Budak yg lain tu tak kisah susah atau senang .... hehehe

      Delete
    2. Anak buah yun Kolej Matrikulasi Gambang,Kuantan..
      Dekat jer ngn umah...

      Delete
  11. dulu saya duduk di blok A3.. cerita 11 tahun dululah tapi... tah macamana rupa kolej tu sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. A3 sebelah depan. Tapi kalau nak pergi cafeteria dekatlah sikit.

      Rasanya mcm tu jugak lagi KMM tu.

      Delete
  12. Anak saya Ain Asyiqin baru tahun 2 sekarang jadi masih ada 2 tahun lagi, dia ambik Mathematic. Dulu dia belajar di MRSM Kepala Batas dan yang sulung belajar Di MRSM Kuantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dual belajar di MRSM dulu ya? Baguslah tu.

      2 tahun lagilah awak berulang ke Kuantan tu.

      Delete
  13. Saya batch awal matrikulasi di KMPP (p.pinang)waktu matrikulasi masih 2 tahun.
    Dah 12 thn tinggalkan zaman matrik.

    Psychiatrist ke psychologist?
    Apapun goodluck untuk adik, yang penting, dimana ada minat,pasti ada jalan ;)

    ReplyDelete
  14. saya pun dh lama tak ke london sejak kakak saya dok kat KP..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails