Wednesday, May 2, 2012

Berbaju Batik Di Hari Pekerja

Dah beberapa hari aku tak update blog ini.  Cuti sempena hari buruh dari Isnin lagi.  Semalampun aku cuti .... cuti menulis blog.  Tapi emak Adam tak cuti semalam.  Dari pagi lagi dia dah sibuk membuat sarapan nasi lemak.  Aku setakat menolong mengambilkan daun pandan dari rumah lama aku dan menumbuk bawang utk memasak sambal sotong.  Selain daripada nasi lemak, emak Adam menyediakan karipap dan popiah utk sarapan kami sekeluarga.  Maklumlah semalam semua anak2 ada di rumah.

Tengahari semalam aku, emak Adam, Hazwan dan Atikah menyertai 'rombongan' merisik utk anak sulung Kaklong emak Adam.  Mereka empat beranak datang dgn sebuah kereta dari Sg Besar manakala adik emak Adam yg lelaki pula datang sekeluarga termasuk 4 org anak mereka yg masih kecil dari kampung.  Rumah bakal tunang anak sedara emak Adam tu di Padang Jawa. Dan semestinyalah mereka orang Jawa ... hehehe.

Masa Kaklong telefon pada Isnin tu aku tanya dia nak pakai baju apa.  Dia kata suami dia pakai batik.  Jadi semalam aku pun pakailah baju batik.  Bila aku tengok adik ipar aku yg lelaki yg juga diamanahkan  utk menjadi jurucakap, aku lihat dia memakai t-shirt aje.  Ceit terasa over dressed pula aku.  Nasib baik biras aku memakai batik.

Dipendekkan cerita hajat kami menyunting bunga diterima.  Selain cincin belah rotan, Kaklong ada juga membawa 5 dulang (tapi tak isi dalam dulang pun) buah tangan.

Masa kami nak balik pihak perempuan menahan kami suruh makan tengahari dulu w/p kami telah dihidangkan dgn kuih2 dan minuman sebelum itu.  Memandangkan masa itu sudah hampir waktu Zohor, pihak perempuan menjemput kami bersolat jemaah di surau depan rumah yg diwakafkan oleh bapa tiri bakal tunang anak sedara emak Adam.  Aku terharu melihat pakcik itu membuat pelaburan Akhirat dgn mewakafkan tanah utk surau tersebut.

Usai solat, kami pun masuk ke rumah semula utk makan tengahari.

Bila kami nak balik, kami diberi 'berkat' seorang sebungkus nasi berserta lauk dan sayur.  Orang Jawa memang biasa memberi berkat ini kalau kenduri tapi tak pernahlah aku tahu pergi merisik pun dapat berkat.

Selain dari berkat, mereka juga membalas dgn tiga dulang termasuk buah2an dan kek.

Emak Adam dan adik lelaki dia cakap kalau tahu macam ini, lebih baik terus masuk meminang.  Tambah dalam 2-3 dulang lagi termasuk sirih junjung dah jadi majlis pertunangan.  Tapi pihak perempuan minta kami merisik dulu sebab dengar khabarnya ada lagi dua rombongan yang juga berminat nak masuk merisik.  Alhamdulillah kami yg mula2 datang lantas diterima.

Hazwan dan Atikah bercerita semasa dalam perjalanan pulang, takkanlah boleh main pat pat siku lipat pula dalam hal ini.  Kan budak perempuan itu dan anak sedara emak Adam tu dah berkawan lama.  Orang2 lain tu kalau masuk merisik sekali pun reject ajelah.  Jenuh emak Adam nak terangkan adat kita tak semudah itu.  Wah ... jurang generasi.

Sebelum kami bertolak pulang, Kaklong nak bagi2kan kek dan buah2an itu kpd emak Adam dan adik lelakinya.  Kami kata tak payahlah tapi dia insist.  Kami pun kata pergi kat stesen minyak di Seksyen 7 utk tugasan tersebut.  Sampai di situ kami dapati kereta banyak sebab Jakel mengadakan Jualan Hari Buruh.  Begitu juga Ariani.  Nampak ada sale tu emak Adam dah excited.  Tadi dia tak jadi pergi sebab bila orang terlalu ramai dia akan pening.  

Phewwww lega.  Kalau pergi, tak ke haru aku kena temankan dia sedangkan aku berbaju batik.

16 comments:

  1. takkan berbaju batik, baju tradisi kita awak segan nak pakai.

    lainlah kalau pakai kot dan tie ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok majlis juga bang. Kalau majlis kahwin di dewan biasanya saya pakai batik. Takde masalah sebab kebanyakan yg datang berbaju batik atau baju Melayu. Tapi bila org lain pakai kasual, terasa semacam pula kita sorang berbaju batik.

      Bapak tiri gadis tu cuma pakai baju Melayu dan berkain pelikat aje masa kami datang. Mcm tu lah sampoi.

      Delete
  2. berbaju batik baru ada ciri2 ke-YB-an yg sebenar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lebih berciri YB kenalah pakai bush jacket .... hehehe

      Delete
  3. ahahaha...saya pun siap pakai baju batik gi kem wardiebun tau YB..

    saya mula2 konpius nak faham kan ayat YB yg ni..hahaha:

    "bapa tiri bakal tunang anak sedara emak Adam"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama2 pakai batik pada hari tersebut. Saya siap sedondong dgn emak Adam.

      Memang saya dah agak ayat tu mengelirukan. Tapi kalau saya nak letak nama2 org yg terlibat, pembaca pun bukan kenal... hehehe

      Delete
  4. Tempat kami kalau majlis merisik bwk cincin ngn sireh jer kot..
    Kek2 tu semer mase bertunang n kawen...

    Sib baik YB pakai kemeja batik..kalau baju mayu
    kompem mak adam cuak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat awak masa merisik pun dah bawa sireh? Tempat kami biasanya bawa cincin aje.
      Kek2 tu semua mmg takde masa merisik. Cuma kaklong semalam semangat lebih nak dapat bakal menantu ... hehehe

      Mak Adam tak cuak sebab dia ada bersama. Yang cuaknya kalau saya pakai baju Melayu dan pergi sendiri .... hehehe


      psst - bila org nak masuk merisik cik yun?

      Delete
  5. Betul juga kata2 anak yb tu, mereka tentu dah bercinta dan bila nak masuk merisik makna nya mestilah mereka dah bersedia. Mana ada dalam hal ni pat pat siku lipat, itu kalau budak tu tak bercinta dan pihak keluarga yang nak menjodohkan anak2 tanpa pengetahuan anak2 mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah budak berdua tu dah saling kenal sejak beberapa tahun. Tapi emak budak perempuan tu kata kalau ada sesiapa yg masuk merisik dulu, mungkin org itu yg diterimanya dulu.

      Mungkin nak bagi tekanan supaya anak Kaklong masuk merisik cepat kot.

      Delete
  6. kalau mak adam nak ke jakel, boleh la YB beli baju batik baru. heheeh~

    best pulak saya dgr kisah orang dirisik risik ni. tunggu giliran sendiri tah bila ntah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya stok yg ada itu sudah mencukupi kerana saya tak kerja gomen yg memerlukan saya memakai baju batik setiap hari Khamis. .... hehehe


      Semoga giliran GB datang dalam tahun ni jugak. Tentu ramai blogger ikut mendoakan GB cepat bertemu jodoh.

      Delete
  7. okeh lah tu YB,
    nama pendek pun YB.. kene la pakai batik..
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai batik nampak mcm YB takpe. Jangan nampak mcm org Jawa dari Indon sudahlah .... huhuhu

      Delete
  8. kiranya abang adalah pengalaman pergi meminang yer...bagus3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut rombongan pergi meminang (bertunang) saya pernah. Tapi kalau pergi merisik inilah kali pertama. Lepas ni bolehlah pergi lagi .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails