Tadi aku, emak Adam, Adam dan Haikal pergi ke majlis perkahwinan anak Kak Noraini di Kem Wardieburn. Kami tak pernah berjumpa di alam nyata sebelum ni. Bila emak Adam tanya samada aku kenal dgn Kak Nanie bila jumpa nanti, aku kata yg pakai pakaian paling vogue tu lah mestinya ibu dan bapa pengantin.
Sampai di dewan kami nampak sepasang suami isteri berbaju kurung dan kebangsaan berwarna cokelat kilat. Hah. Itulah mereka! Bila Kak Nanie nampak muka aku, dia cam aku dan sebut nama aku.
"Ini YB kan?" tanya dia cuba mendapat kepastian.
"Ha'ah saya. Ini emak Adam dan ini Adam," aku memperkenalkan isteri dan anak bongsu aku.
"Yang ini Haikal, abang kpd Adam," sambung aku.
Kak Nanie begitu teruja melihat kami memenuhi undangan beliau w/p kad jemputan dihantar melalui pos.
Kak Nanie memperkenalkan aku kpd suaminya, Mejar (B) Burhanuddin atau Abg Bob.
Kami pun bersalaman2 macam dah lama kenal.
Kak Nanie menunjukkan aku kepada Mamawana iaitu tuanpunya blog NurQaseh. Aku pernah dengar nama itu dan pernah juga ke blognya tapi tak berapa mesra seperti blogger2 lain. Mamawana pun berkenal2an dgn aku dan emak Adam. Semasa mengambil makanan kebetulan Mamawana di depan kami. Jadi kami sambung cerita.
Kami makan di meja yg berlainan kerana kebanyakan meja separuh penuh. Tak dapatlah kami nak duduk dua keluarga bersama.
Masa nak balik, kami singgah di meja Mamawana. Sempatlah emak Adam bercerita pasal anak2 dgn dia. Dia pula sempat menyuruh anak lelakinya mengambil gambar kami. Kalau dah blogger tu kemana pergi mesti bawa kamera.
Sebelum kami balik, kami bersalam2an dgn tuan rumah sekali lagi. Elok kami nak bergerak keluar, aku ternampak Daddy Ziyyad dan isteri serta anak2nya yg comel2 tu. Aku pun bersalam2an dgn Tuan Doktor kita tu dan anak2nya. Aku kenalkan dia dan isterinya kpd emak Adam.
Kita tunggu samada Mamawana dan Daddy Ziyyad juga ada membuat n3 tentang ni.
takde rezeki aku nak jumpakan dgn cem & carlos bang. kitorg nak cepat ada urusan kat puchong plak tadi. kalu tak ada yang makan sambung2 meja tadi. mcm kat tomyam plak nanti. hehe
ReplyDeleteItulah kan. Aku siap bawa Adam dan Haikal lagi sebab Haikal dgn Cem tu tak jauh beza umur mereka. Sama2 montel pulak tu.
DeleteKo kata nak datang sekitar 1:30. Jadi kami solat Zohor dulu sebelum ke sana. Bila aku mesej ko kata dah nak balik .... huhuhu
syoklah leh jumpa geng blogger lain
ReplyDeleteSyok juga sebab sebelum ni kenal di blog dan fb aje.
DeleteEmak Adam pun steady sebab dia sanggup ikut w/p dia tak kenal rakan2 blogger saya ni. Kalau Tijah tu dia kenallah sebab dah beberapa kali jumpa.
sporting mak adam ye yb. nak jumpalah yb n family suatu hari nanti. boleh?
DeleteSetakat ni emak Adam tak kisah berjumpa dgn rakan2 blogger saya samada di luar atau yg datang ke rumah kami. Sebahagian besar daripada blogger yg dah jumpa dgn emak Adam memuji kata emak Adam very friendly.
DeleteSaya berharap kita dapat berjumpa satu hari nanti.
tulah..lea harap dapat jumpa yb n family suatu hari nanti
DeleteRaya nanti datanglah ke rumah.
DeleteYb, melalui blogpun boleh eratkan silatulrahim, Alhamdulillah. Sebab tu jadi YB
ReplyDeleteAlhamdulillah ramai dah kawan blog yg kami temui. Kak Nanie ini sebenarnya rumah dia tak jauh sangat dari rumah kami.
DeleteAda blogger yg lebih jauh dari itu yg kami dah jumpa seperti yg kami temui semasa kami ke Perlis dan Alor Setar. Ada juga blogger yg datang bertemu kami KL spt blogger dari KB, KK, Kuantan dan Melaka.
alaaa..kat blog yb,kat blog yb lah..kat blog dia orang kat blog dia orang lah...n3 masing2 kan..kenapa nak tunggu yg dia orang punya...
ReplyDeleteNak tahu apa mereka tulis tentang pertemuan semalam dan juga majlis Kak Nanie tu. Mungkin cara mereka menggarap situasi itu lebih syahdu.
DeleteSaya ni bukan pandai sangat menulis .... huhuhu
YB, saya terlupa nak mabil gambar kita semua semalam! ahahahaha...Ni buat saya rasa nak jumpa YB...lepak2 minum teh..ekekekeke
ReplyDeleteItulah saya tengok DZ nak cepat aje semalam. Rupanya lapar.
DeleteSaya memang dah tak bawa kamera kalau kemana2 sebab segan bila melihat blogger lain dgn kamera yg mahal2. Saya pun cap ayam aje. Kalau nak sangat bergambar, saya gunakan kamera kat BB ini aje .... ngeeeee
Bila nak ngeteh tu? Calling2lah. Mungkin boleh ajak beberapa org kawan blogger yg lain utk join sekali.
saya patutnye pegi juga semalam. tapi tak dapat kejar ke sana sebab terkunci pulak kat luar rumah...
ReplyDeletePatutlah GB takde semalam. Jengah2 juga kalau2 ada tengah makan senyap2. Macamana boleh terkunci di luar rumah? Kalau call DZ mungkin dia boleh singgah rumah awak utk tumpangkan ke majlis tersebut. Dia pun lalu dekat Subang tu jugak.
DeleteOh ya. Nak join kami ngeteh tak?
YB.. bila lak nak terima menantu? Rasanya jemput tak rakan2 blogger ni
ReplyDeleteTak tahu lagi. Anak kami yg sulungpun masih belajar lagi.
DeleteKalau nak jemput semua rakan blogger takut ramai sangat pulak. Jemput yg rapat aje kot .... hehehe
As-salam Yb lama tak komen kat sini, bulan april adalah bulan yang sangat sedih tahun ni 3 saudara paling dekat meninggal dunia dan 2 lagi sedang nazak tunggu bila bila masa je akan pergi, so saya asyik berulang balik jb je sampai dah tak da mood nak buka fb dan baca blog.
ReplyDeleteKebetulan kawin anak kak nanie kami anak beranak baru sampai dari jb dalam pukul 1.00 tengahari dan sampai rumah terus mandi dan gerak ke kem wardieburn dan sampai dalam pukul 2.00, kbetulan waktu saya sampai ramai blogger muda dah sampai dan sempat berkenalan sambil tu mata tercari cari yb juga tapi tak nampak selepas bergambar dengan kak nani dan anak anaknya saya terus balik sebab dah terlalu letih. Bila lah kita ni dapat nerjumpa ya yb.
Waalaikum salam SRA. Semalam baru saya dan adik saya citer pasal awak. Saya beritahu dia yg awak dah lama tak komen kat sini.
DeleteSalam takziah daripada saya di atas pemergiaan saudara2 awak tu. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diampunkan Allah. Yalah, kalau kita sedang melalui ujian seperti ini memang mood nak baca fb dan blog takde. Nak baca suratkhabar atau tengok tv pun berkurangan sangat.
Kalau awak sampai ke majlis Kak Nanie sekitar pukul 2 ptg kami ada di sana. Kami makan di meja hujung sekali iaitu di belakang meja pengantin. Meja lain banyak yg dah penuh. Jadi saya ajak emak Adam duduk di meja sebelah tempat hidangan. Kalau awak tanya kak Nanie mesti dia bagi tahu saya masih ada di majlis tu. InsyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa juga.
Salam YB,
ReplyDeleteAkak baru jer buka blog..huhuhuhu masih penat. Terima kasih sudi datang majlis kawin anak perempuan akak yg serba sederhana.
Terima Kasih juga pada mak adam sebab sudi meneman YB.
Maaf jika ada kekurangan dimajlis tersebut.
Moga kita berjumpa lagi yea YB.