Pagi tadi semasa aku sedang membuat kerja tiba2 Adam datang kepada aku minta nak mandi. Kalau dia nak pergi kat emaknya, jauh sikit sebab emaknya di dapur. Meja kerja aku cuma di luar bilik tidur kami. Jadi akulah yg lebih hampir utk diminta tolong.
Aku tengok baju dia dah basah terkena kencing. Itulah bila banyak sangat menyusu. Tanpa berlengah akupun mengambil tuala mandi dia dan ajak dia masuk ke bilik mandi.
Selepas aku gosokkan gigi Adam aku pun mandikan dia. Mana ada bapa yg hendak mandikan anak mereka waktu si bapa tu sedang kerja. Masa tu kira time kerja aku .... hehehe.
Semasa aku sedang mandikan Adam, dia beritahu aku kencing dia bukan setakat kena seluar dan baju tidur dia saja tapi kena tilam juga.
"Habis tilam basah kena kencing," kata Adam kpd aku.
"Tapi adik dah selamatkan keadaan," sambung dia lagi.
Aku terkesima mendengarkan dia menggunakan perkataan "selamatkan keadaan" kerana sebelum ini dia tak pernah menyebut perkataan tersebut.
"Macamana adik selamatkan keadaan tu?" tanya aku ingin tahu.
"Adik letakkan bantal atas tilam tu," jawab dia.
"Banyaklah adik punya selamatkan keadaan tu. Habislah bantal2 tu pun basah kena kencing adik kalau macam itu!" terang aku.
Bila aku beritahu emak Adam perkara ini, dia pun senyum dan kagum mendengar Adam sudah tahu menggunakan perkataan "selamatkan keadaan" tersebut.
"Mana adik tahu cakap selamatkan keadaan?" tanya emak Adam.
"Kan adik anak emak," jawab dia selamba.
Pagi tadi emak Adam terpaksalah tukar cadar. Eloklah tu sebab dah nak malam Jumaat pun. Eh baru malam Khamis rupanya .... ngeeeeee
selamatkan keadaan..
ReplyDeletekeh2..
Menghuru harakan keadaan adalah .... huhuhu
Deletecumel lah ayat die tu :)
ReplyDeleteComel mcm budaknya. Dia baru berumur 3.5 tahun.
Deleteterer betul dia selamatkan keadaan.....
ReplyDeleteat least dia ada ikhtiar, cuma aplikasi kurang tepat saja......
Dia tahu dia dah buat sesuatu yg tak disukai oleh emak bapaknya maka pandailah dia selamatkan keadaan. Nak cover line pun ya tu.
DeleteIkhtiar dia telah menyebabkan 3 bijik bantal terkena air kencing .... huhuhu
pandai adam berkata kata, menggunakan bahasa, anak anak kecik sekarang jgn di sangka kecik ye
ReplyDeletesila percaya segalanya adalah sepontan dari mulut si comel
Sekarang semakin pandai Adam berkata2. Kadang2 kita tak sangka perkataan mcm itu boleh keluar dari mulut dia.
DeleteMungkin sebagai anak bongsu dia mendapat banyak pendedahan dari abg2 dan kakak2nya selain dari ICT.
pandai si adam tu menyelamat keadaan....cam avengers pulok...hahahhahaa
ReplyDeleteitulah menyelamatkan keadaan tafsiran Adam. Terpaksa emak dia jemur 3 bijik bantal. Banyaklah dia punya avengers .... hahaha
DeleteBila Adam YB nak jumpa Adam pB ?
ReplyDeleteraya nanti bawalah Adam pB jumpa dgn Adam kami .... ngeeee
Deletebanyak bantal tu boleh serap tuh. hahah!
ReplyDeleteNasib baik dia gunakan bantal2 dia aje. Kalau tak bantal saya atau bantal emak dia yg jadi mangsa. Ada budak yg nak kena ketuk kepalalah jawabnya ... hehehe
Deleteselamat....... kaH keadaan?
ReplyDeletemalam ni....
lalalala
Selamatlah dari terdedah kpd pandangan saya utk seketika.
DeleteMalam tadi kami ke Melaka. Makan ikan bakar di Pengkalan Balak dan solat di masjid Kg Sg Tuang. Nak pergi Bukit Beruang Yati takde kat rumah ... huhuhu
jangan lupa sembur febreeze kat tilam.. kalao tak, tak kira la malam apa, malam senin ke malam selasa ke, malam jumaat ke, bau hancing.. penat jer emak adam sembur perfume.. hahhaha..
ReplyDeleteNasib baik tak tembus sangat sebab dia pakai pet pet. Cuma terkeluar kencingnya sebab banyak sangat minum. Jadi cuma sapu dgn air campuran sabun mandian yg liquid tu sudah hilang baunya.
DeleteKalau hancing memanglah potong stim ... hehehe
ni mesti terpengaruh dengan kata2 kartun kat tv tu..wakakakak!
ReplyDeleteada ke kartun yg cakap mcm tu?
DeleteDia suka tengok Oggy & the coachroach, Tom & Jerry, Spongebob dan Wonderpets aje.
hahahahah, selamat sangatlah
ReplyDeleteitulah kan maksu. Bagi Adam mungkin dah selamatlah tu.... hehehe
DeleteItulah untungnya home office kan YB, boleh mandikan Adam ! ahaha
ReplyDeleteTak sabar sabar YB nak 'selamatkan keadaan'..baru hari Khamis...hahaha
Untungnya bukan setakat mandikan Adam. Mandikan emak Adam pun boleh .... hahaha
DeleteKeadaan mesti diselamatkan tak kira hari apa sebab kita tak tahu malam bila mood datang ... lalala