Sempena hari Rabu, emak Adam mengajak aku ke pasar tani pagi tadi. Biasanya dia ke sana nak beli ikan segar. Tapi hari ini dia tak berminat membeli ikan sebab pada Isnin baru ini kami sudah ke pasar borong membeli ikan, sotong, udang, lala, kerang dan ayam selain dari sayur-sayuran. Naik sendat freezer di rumah tu.
Pagi tadi emak Adam nak beli sarapan sebab ada beberapa gerai menjual makanan di pasar tani ini yg tiada kena mengena dgn petani.
Sementara emak Adam membeli nasi lemak dan pulut kuning serta rendang daging di salah sebuah gerai di situ, aku pula membeli capati di gerai sebelahnya.
Penjual capati iaitu sepasang suami isteri (isteri org Melayu dan suami mcm org Pakistan) memasak capati menggunakan 3 kuali leper
Orang kata capati ini makanan sihat tak seperti nasi lemak dan roti canai. Tapi hari ini capati aku makan, nasi lemak pun aku sebat. Roti canai dah jadi sarapan pagi semalam.
boleh makan semuanya tapi jangan banyak .. kalau tak mahu jadi macam abang.
ReplyDeleteSaya cuba kawal makan tadi bang. Saya makan capati tu sekeping dan kuih tepung gomak sebiji utk sarapan. Nasi lemak saya makan utk lunch sebelum Zohor tadi.
DeleteBadan abg saya tengok ok aje. Taklah PJK.
Betul, capati ialah healthy option. Selain tu, boleh juga makan tosse. Hebat abg pakistan tu kan, bernikah dgn wanita melayu:P
ReplyDeleteTapi biasanya yg healthy tu tak berapa sedap dan yg sedap tu tak berapa healthy .... huhuhu.
DeleteKebolehan lelaki asing termasuk Pakistan, Bangla, Lombok dan awang hitam mengayat boleh membuatkan gadis2 dan janda2 kita cair ..... ngeeee
salam
ReplyDeletex pernah makan lagi capati...rasanya roti canai lebih sedap kot..hehe
Wsalam Syira.
DeleteEloklah cuba sekali. Bila dimakan panas2 bersama kuah seperti keema daging atau keema ayam capati lebih sedap daripada roti canai. Dan ianya tak berminyak mcm roti canai.
anak2 pun gemar makan....roti canai,roti nan,capati,tose..segala jenis rotilah dia orang makan...itu yg heran dia orang mix chinese takde kena mengena pun dgn pakistan @ industani..
ReplyDeleteSenanglah kalau anak2 suka makan roti. Hari2 boleh sarapan dgn roti. Tak payah pening nak fikir menu apa utk sarapan.... hehehe
DeleteMix chinese pun org Malaysia maa. Dan org Malaysia memang suka makan roti. Bukan saja org Pakistan atau hindustan.
hehehhehe....jadi xbrape sihat jugak lah...capati + nasi lemak...heheheheh
ReplyDeletebelasah je YB selagi ada selera makan...
kalau terlampau nak cari makanan sihat, mungkin kurang selera. Jadi makanlah makanan yg biasa dgn tekak.
DeleteBetul tu. Ada org kata, kalau sakit cari ubat. Tapi kalau boleh tak naklah sampai jatuh sakit gara2 makan.
kalau mcm tu dah jadi double sihat ;)
ReplyDeleteTaklah jadi double sihat sebab capati tu buat b'fast manakala nasi lemak buat lunch. Hari ni saya tak makan nasi putih dgn lauk2 masa tengahari tadi.
DeleteTapi balik rumah Maghrib tadi terasa lapar .... huhuhu
memang sihat tapi kalau dah makan semua tu....jaga-jaga makan yb
ReplyDeleteNak juga jaga makan tapi bila dah macam2 makanan yg sedap2 di depan mata, susah juga nak kawal ... huhuhu
Deleteterima kasih di atas nasihat Lea tu.
bole je makan ape2 YB
ReplyDeleteyg penting jgn lebih2, mudarat nnti
setuju sangat dgn saranan awak ni.
DeleteApa2 pun kalau lebih2 akan mendatangkan mudarat.