Nak tahu masa paling sedap utk tidur?
Jawapan: Masa khutbah Jumaat!
Sebahagian jemaah akan tertidur semasa khatib sedang MEMBACA khutbah. Ini disebabkan mereka tak memberi tumpuan terhadap isi khutbah tersebut. Tambahan ada yg mengantuk sebab tidur lewat malam sebelumnya.
Bagi yg tak tidur itu baguslah. Tapi ada juga yg tak tidur sebab sibuk berfb dan YM dgn iPhone atau telefon cap ayam mereka. Macam takde masa lain nak main telefon tu..... huhuhu.
Ada jemaah yg pura-pura lelap bila mereka melihat tong derma masjid atau budak-budak masjid berjalan membawa tangguk utk sedekah. Bila tong atau budak2 itu dah lepas, dia buka mata semula. Tapi ada juga yg terlajak tidur.
Tadi ada seorang jemaah di depan aku punya khusyuk tidur. Dah habis iqamat masih tak sedar. Terpaksalah jemaah yg di sebelah dia mengejutkan dia utk sama-sama solat Jumaat.
Adakah aku juga tidur tadi?
Aku tak tidur sebab di masjid itu ada papan tanda dengan ayat berikut: "Dilarang Tidur Di Atas Karpet."
Kalau nak tidur tak bolehlah aku duduk di atas karpet. Kenalah aku duduk di atas tikar .... hehehe
Hehehe... kat atas karpet je takleh tidur eh...
ReplyDeletePapan tanda tu tulis mcm tu.... hehehe
DeleteSaya rasa apa yg AJK masjid maksudkan ialah kalau ada org nak iktikaf di masjid atau ada jemaah tabligh bermalam di masjid, sila jangan tidur di atas carpet .... ngeee
jangan makan sebelom pergi solat..
ReplyDeletebila dah kenyang,mata jadi mengantuk...kena2 pulak kipas dan kawasan dalam masjid tgu sejuk....hahahah!
Ada betulnya tu tapi kalau yg kuat tidur tu belum makan pun mengantuk. Saya biasanya makan selepas solat tapi ada masanya mengantuk jugak... huhuhu
Deleteahahaha..jemaah yg tido kat situ tak baca kot papan tanda larangan tu...
ReplyDeletesaya tadi tertido! ahaha
Ha'ah. Mereka masuk ikut pintu tepi ... hehehe.
DeleteIni mesti doc tidur lambat malam tadi ... hahaha
apa isi khutbah hari ni, sharelah pls :-)
ReplyDeleteKhutbah hari ni menyentuh pasal LGBT yg dilarang keras di dalam Islam. Khatib membacakan hadis2 yg menyebut betapa besarnya dosa org2 yg berkelakuan seperti kaum Nabi Lut.
DeleteHari ini takde persembahan multimedia semasa khutbah. Saya tak pasti samada proxima tu tak berfungsi atau memang tiada slide powerpoint disediakan. Mungkin tak tahu nak letak gambar apa utk tayang di masjid tentang LGBT ini.... ngeeeee
kat masjid memang sedap tido,eheheheheh
ReplyDeleteeh juliet pun pernah tidur kat masjid juga ke? hehehe
DeleteBetul tu bro..
ReplyDeleteApe lah, bila khatib membaca khutbah, masa tu mata asyik nak ngantuk jer..
Syaitan bertenggek atas mata kita agaknya masa khatib membaca khutbah. Tapi yg peliknya lepas aje selesai solat, mata pun jadi segar semula .... huhuhu
Deletetrtidur...wuduk batal...kena paham makna trtidur sambil bersila...klu tk solat tanpa wuduk tu....
ReplyDeleteAda ustaz menerangkan kalau tertidur sambil bersila tak batal selagi tetap punggung. Org yg tertidur mungkin berpegang kepada pendapat ini.
DeleteWallahu alam.
tetap punggung yg nak kena jelas tu...trhangguk2 kdepan dn kbelkg....
Deletetetap punggung yg nak kena jelas tu...trhangguk2 kdepan dn kbelkg....
Deletetetap punggung yg nak kena jelas tu...trhangguk2 kdepan dn kbelkg....
DeleteAda yg kepala terhangguk2 ke depan ke belakang tapi punggung dia tetap. Tapi kalau punggung pun terangkat2 ke depan ke belakang, susah nak kata masih tetap tu....
DeleteSendiri mau ingat... ngeeee
mereka lambat tido tu YB, tu sbb ngantuk.. malam Jemahat kan!
ReplyDeleteItulah bila malam Jemahat buat OT sampai dekat nak pagi. Bila tengahari dah mengantuk. Yang kat rumah tu tak mengantuk jugak ke? hehehe
Deletemasa kutbah tu jin bergayut kat kening mata tu pasal tu sedap tidu hehe.. bila dengar qamat nak sembahyang tu je bertempiaran dia orang lari pasal tu tetiba segar je mata hehe
ReplyDeleteMasa solat Jumaat nilah penuh jin dan syaitan di masjid utk menggoda anak cucu adam. Selain dari yg tidur, ada juga yg rancak berborak masa khutbah tu. Macamlah takde masa lain nak berborak. Itu tak masuk lagi yg sibuk makan di tepi longkang .... hehehe
Delete