Wednesday, April 4, 2012

Lelaki Yang Baik di Mata Gadis

Entri aku semalam mengundang sedikit sebanyak kontrovesi.  Ada pembaca terutama golongan wanita tidak bersetuju dgn apa yg kawan aku sampaikan itu.  Mereka kata wanita tak semudah itu jatuh hati dgn lelaki.

Aku tak kata siapa betul siapa salah.  Memang tak semua wanita senang2 akan tertarik dgn lelaki yg menunjukkan sifat prihatin, mengambil berat dan sanggup mendengar luahan hati mereka.  Tapi apa yg aku cuba sampaikan semalam adalah pengalaman sebenar kawan aku itu.  Sama ada kita percaya atau tidak, dia telah berjaya memikat hati 3-4 org gadis untuk menjadi isterinya w/p mereka tahu dia sudah berkahwin.

Kita tinggalkan kisah dia.  Semoga dia dan pasangan2nya berbahagia dgn jalan yg mereka pilih itu.

Apa yg aku nak kongsikan pagi ni ialah pandangan seorang kenalan aku (perempuan) tentang lelaki terutama lelaki yg baik. 

Dia kata, "Man is like a parking space.  All the good ones have been taken.  The ones that are still available are those that are far away or handicap."

Renung-renungkanlah.

22 comments:

  1. kadang2 memang hal2 yg simple tu boleh buat modal memikat.. lelaki2 bujang ramai yg sambil lewa je part ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki bujang over confident atau tak fokus. Itu yg gadis2 bo layan

      Delete
    2. lelaki bujang banyak yg tak pandai sebenarnya. dah tau tak pandai takmau belajar dari yg pandai. ngeee~

      Delete
    3. Lelaki yg dah kahwin lebih pandai exploit benda2 yg simple ni. Nak buat yg komplikated mungkin mereka tak larat .... hehehe

      Delete
  2. hahahha...ada juga yang suka buat double parking tau YB!..Triple pun ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini jenis yg mcm gadis yg saya ceritakan tu lah .... hahaha

      Delete
    2. saya penah buat triple parking tuh. hahaha

      Delete
    3. *triple parking kat parking lot yg kosong la dan kompem tak mengganggu trafik sebab saya park 2 menet je. :D

      Delete
    4. triple parking tu mcm isteri no 3 ke? hehehe

      selalunya mereka yg double atau triple parking cakap perkara yg sama - kejap aje. Tapi yg banyaknya menghalang lalu lintas.

      Awak triple parking yg tak mengganggu trafik dimaafkan .... ngeeeee

      Delete
  3. huhuhu...tapi kan kalu dah kata NO parking pun belasah jugak tu macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena clamp tayar tu sendiri mau ingat .... ngeeeee

      Delete
  4. mungkin banyak lagi modal lelaki untuk pikat kaum wanita
    betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mestilah banyak.

      Selain ayat power, boleh umpan guna wang ringgit. Ada juga yg buat2 alim utk ambil hati kaum wanita..... huhuhu

      Delete
  5. sebenarnya tak dinafikan yg husband orang ni ada karakter yg boleh memikat hati gadis (cewah!). saya dah pernah tulis entri pasal ni. tapi bila ada perasaan tu, sebolehnya cubalah fikir panjang. fikir dalam-dalam. kalau boleh dielakkan, baik dielakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tandanya mereka menggunakan pengalaman yg ada utk tujuan memikat. Kisah awak tu si mamat tu lupa nak buka kerusi anak dia dalam kereta. (eh n3 yg itu kan?).

      Kalau nak mengorat pastikan cover semua angle ..... cewah.

      Delete
  6. i never thought about it.sbb mcm xde org je yg suka kat laki i yg comot tu.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tiba2 pakai smart2 dan sembur minyak wangi sebelum keluar rumah awas ko Syida .... hahaha

      Delete
  7. dah tau ada orang parking, tapi dok tunggu parking space yang tu jugak. tak kesah la tunggu berapa lama pon...

    ini orang pun ada ;)

    ~salam kenal tuan rumah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal najwa. Terima kasih sudi ke blog saya ni dan berkongsi pandangan.

      Memang ada org yg mcm tu. Dia tunggu parking space yg tu sampai kereta2 kat belakang dia panjang berjela.

      Delete
  8. Saya tak setuju dengan ayat diatas, sebab kalau kita baca dalam akhbar atau majalah kebanyak kan lelaki yang tak baik berada diluar sana. Cerita pasal pukul isteri, jual tunang, larikan anak dara orang dan macam2 lagilah. Lelaki yang baik sebenar nya ramai walaupun ada tapi susah sikit nak cari sebab mereka tak mengunjungi kelab2 hiburan, bersidai di Mall atau pun menjaja diri mereka kehulu kehilir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak berhak utk tak bersetuju. Memang bukan semua lelaki yg sudah berkahwin itu baik2 belaka. Ramai yg perangai tak senonoh spt yg awak kata tu.

      Saya cuma menyampaikan pandangan seorg wanita yg masih mencari jodoh. Mungkin bagi dia lelaki2 yg dia berkenan telah diambil org lain .... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails