Tuesday, April 3, 2012

Rahsia Memikat Gadis - Daripada Pengalaman Orang Yang Sudah Berjaya

Baru2 ini aku berjumpa dgn rakan lama aku di sebuah restoran.  Dah lama kami tak berjumpa.  Bila dah berjumpa tu macam2 hal yg kami bincangkan.

Antaranya tentang kehidupan berkeluarga dia.  Sebelum ini dia telah beristeri dua.  Kecoh juga masa dia nak kahwin waktu tetapi kerana iltizamnya yg kuat dia berjaya juga menikah lagi satu di Perlis.  Setahu aku di sana tak perlu keizinan isteri pertama kalau nak berpoligami.  Macamana dia dapat surat kebenaran dari kadi di sana itu tak perlulah aku ceritakan di sini.... hehehe

Setelah kami berpisah, aku mendengar dari kawan2 dia dah bercerai dgn isteri mudanya itu setelah mendapat seorang cahayamata.

Jadi masa berjumpa baru2 ini aku cuba mendapatkan penjelasan daripada dia tentang kedudukan sebenarnya.  Dia mengakui telah berpisah dgn isteri mudanya itu.  Tapi dia memberitahu aku yg dia telah berkahwin seorang lagi selepas itu!  Bahkan mereka sudah mendapat seorang anak.

Mak ai terernya kawan aku ni.

Semasa kami sedang rancak bercerita tiba2 dia beritahu bakal isteri ketiganya akan datang ke restoran tempat kami minum itu.  Biar betik dia ni.

Sungguh seperti yg dikatakan, tak lama selepas itu datang seorang gadis manis berbaju kurung dan bertudung ke meja kami.  Aku rasa dia di awal dua puluhan

Gadis itu bertanya khabar kpd kawan aku yg dipanggil abang oleh gadis itu.
Kawan aku perkenalkan aku kepada bakal isteri ketiga (keempat kalau kira yg dah diceraikan itu).

Selepas lebih kurang sepuluh minit gadis tersebut pun berlalu.

Aku pun tanya kawan aku samada dia serius mahu berkahwin dgn gadis tersebut.  Kawan aku kata dia memang serius.  Bahkan bapa gadis tersebut mahu mereka bernikah sebelum dia (bapa gadis) pergi umrah baru2 ini.  Kawan aku kata dia belum bersedia pada masa itu.

Aku tanya dia apa rahsia dia berjaya memikat gadis2 untuk menjadi isterinya.  Kalau nak kira hensem, kawan aku tu takdelah hensem mcm Aaron Aziz atau Fahrin Ahmad.   kiranya aku lebih hensem daripada dia .... ngeeee  .  Kalau nak kata kayapun dia tu biasa2 aje.  Cuma dia ada kereta BMW 5 series.  Dudukpun di rumah teres saja.

Dia beritahu aku yg orang perempuan ini suka kalau kita ambil berat tentang mereka dan prihatin dgn masalah yg mereka hadapi.  Sanggup jadi pendengar yg baik dan berikan kata2 semangat.  Tak dapat tolong selesaikan masalah perempuan tu pun tak mengapa asalkan tunjukkan yg kita simpati dan menyokong mereka.

Oh itu rahsianya!

Ada sesiapa berani nak cuba?

50 comments:

  1. hrmmm...tak dapek nak menolong

    pstt...yb ada berani ka?
    hehehehehe...(,")

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg eko nak tolong tu? Kawan saya tu atau gadis yg nak jadi isteri no 3 dia?

      syssss..... mana boleh beritahu kat blog ni ... hahaha

      Delete
  2. ayat mau manislah yb......lagipun kwn yb tu dah banyak pengalaman.lagila perempuan terpikat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat2 cintalah tu.

      Kalau mcm tu saya kenalah tambah ilmu daripada kawan saya tu cara2 mengayat. Jangan salah sangka. Bukan niat nak pasang lagi satu tapi nak buat org terpikat. Mana tahu, dgn ayat power senang dapat projek ... hehehe

      Delete
  3. komen saya?
    belum dapat..dah dapat kalu
    sendiri mau igt la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya peliknya mcmana gadis berpelajaran mcm gadis tersebut (dia pelajar kolej) boleh tertarik kalau setakat dgn ayat2 romantik dan pura2 prihatin dgn masalahnya?

      Kalau bujang atau duda tu takpe jugak. Ini suami org. Memang tak ingat betul si dia itu.

      Delete
  4. Replies
    1. Citerlah sikit kisah suami org yg cuba ngorat GB hari tu. Macamana GB berjaya menangkis pujuk raya mereka. Mungkin boleh digunapakai oleh gadis2 lain.

      Delete
    2. tepuk sebelah tgn insyaAllah tak de bunyi YB... :D

      Delete
    3. tepuk kompang kuat bunyinya .... hahaha

      Delete
  5. mak aihh..gitu yer? lepas ni YB kena la "ambil berat tentang mak adam dan prihatin dgn masalah yg mak adam hadapi. Sanggup jadi pendengar yg baik dan berikan kata2 semangat" cewahhh.....hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah rahsia kawan saya tu.

      Memang selama ini pun saya 'ambil berat tentang mak adam dan prihatin dgn masalah yg mak adam hadapi. Itu sebab dia cair dgn saya .... hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. setuju nampak.

      aBear guna modus operandi yg sama ke utk memikat pB? ngeeeee

      Delete
  7. Paman,

    BMW 5 series JE?? Paman buat 5 series tu bunyik macam keta proton sage je Paman.. ok pee ada 5 series walau sebijik.. sedangkan yg baru ada 1 series pun dah simpan angan2.. ihiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni 5 series tu org dah tak pandang sangat. Lainlah X5 ke. hehehe

      Bagi mereka yg suka menyimpan angan2, setakat motor kapcaipun dah simpan angan2.

      Delete
    2. X5 tak cantek laa Paman.. X6 baru laa ganteng.. hehehehe.. lagi2 kalau kaler putih..

      Delete
  8. wakakakaka..tips YB kongsi kali ni mmg menarik!

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2012/04/yunus-badawi-dan-tips-nya.html

    ReplyDelete
  9. Hmmmmm... (sambil garu2 tudung atas kepala)... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak gatal kepala tu kakcik. Tak payahlah digaru .... ngeeeee

      Delete
  10. Replies
    1. Ramai yg wordless ni. Sepatutnya saya publish esok ajelah sempena wordless wednesday ... hehehe

      Delete
  11. Atau pun perempuan2 tu terpikat dengan BMW 5 series tu, tahulah perempuan zaman sekarang dia biar laki orang dan tua janji ada BMW? Entah lah kita kena muhasabah diri lah nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tapi kalau setakap BMW 5 series tu ramai juga lelaki yg ada kereta tu. Org kata 5 series ni kereta utk isteri kedua atau pompuan simpanan .... ngeeeee

      Delete
  12. sekarang sy bersyukur sbb suami bkn jenis yg prihatin HEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prihatin dgn isteri takpe Rina. Jangan terlebih prihatin dgn pompuan lain sudahlah.

      Delete
  13. amboi mudahnya.... mungkin pada wanita tertentu je petua tu terpakai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah bagi yg dah biasa atau professional mcm kawan saya tu. Kalau yg tak biasa, tak mahunya dia menjadi.

      Macamlah kita tengok pemain pro buat. Bila kita nak buat, tak jadi .... huhuhu

      Delete
  14. salam YB,

    kwn Ai akan kahwin dgn seorang duda(wife meninggal) anak 3 bulan depan. beza umur kwn Ai tu dgn bakal suaminya ialah 24tahun.

    Ai tanya kawan Ai nape dia suke lelaki tu. mmg kwn Ai kata duda tu bertanggungjawab dan amik berat.

    bertuah duda dpt kwen anak dara :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Yati.

      Maknanya bakal suami dia tu dah nak pencenlah kalau kerja swasta. Kalau kerja gomen adalah 3-5 tahun lagi.

      Macamana kawan Yati tahu duda itu bertanggungjawab sebelum mereka kahwin lagi?

      Harap2 memang bertuah duda tu dapat mengahwini anak dara. Kahwin janda kurang bertuah kot .... ngeeee

      Delete
  15. pak kami kawin ank dara 6 thn lepas.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat anak tak lepas mereka kahwin tu?

      Kalau dapat, ada adik barulah kakngah .... ngeeeee

      Delete
  16. iyalahhh..dia pandai menayat..pompuan tu pun tak pandai menilai suami orang ke tak...buta gak nya...huhuhu!
    sorry agak kasar..
    :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak kira mengayat mmg dia pandai. Dari dulu lagi saya tahu kelebihan dia yg satu ni. Tapi yg membuat pompuan boleh tertarik dgn dia ialah kesabaran dan kegigihan dia melayan kerenah dan masalah pompuan tersebut sehingga membungakan bibit2 kasih dan sayang.

      Saya mmg hairan kenapalah gadis itu nak dgn lelaki yg dah ada dua org isteri. Mcm tak cukup bujang di dunia.

      Delete
  17. ya, kalau pandai amik berat, prihatin, wanita sekarang x pandang sangat pd BMW 5 series tu, mahupun rumah banglo atau teres. sebab dia sendiri blh perolehi dengan usaha dia sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadinya wanita sekarang lebih pentingkan layanan dari seseorg lelaki berbanding dgn hartanya. Ini memberi peluang kpd yg kurang berharta utk menambat hati wanita kalau pandai mempamerkan sikap ambil berat dan prihatin.

      Delete
  18. Yb,

    mudah sgt org pompuan yek!
    tp sekilas ikan di air boleh kenal mana lelaki,mana buaya.hahahaha :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua org pompuan semudah itu. Tapi apa yg saya cuba kongsikan adalah pengalaman benar kawan saya itu. Sekurang2nya 3-4 perempuan dah termakan taktik dia tu.


      Ikan boleh jadi buaya ke? hehehe

      Delete
  19. YB, lepas ni ambik tips dari salih yakob plak ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salih tu lagi tinggi ilmunya. Susah nak ikut .... huhuhu

      Delete
  20. salam dari saigon.

    macam nak cuba baju pulak ..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dari KL.

      Ini bukan setakat cuba2 tapi pakai terus.

      Banyak makngah beli baju kat Saigon?

      Delete
  21. Replies
    1. Saya tolong sampaikan pengalaman kawan saya itu aje.

      Jedi berminat nak mencuba ke? Ingat yg kat rumah tu! hehehe

      Delete
  22. nak tahu jugak apa motivasinya untuk beristeri ramai, sanggup prihatin dan jadi pendengar yg baik dan berikan kata2 semangat selamanya? kalau sebenarnya sanggup juga menanggung tanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri2 dan anak2 bagus lah. rumahtangga rukun damai dan bahgia hingga ke syurga tapi sekiranya hanya untuk duniawi maka rugi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu soalan yg baik. Terima kasih.

      Saya belum sempat bertanya kpd kawan saya itu nawaitu dia beristeri ramai. Mesti dia ada sebab yg kukuh utk berbuat demikian. Tak ramai org sanggup usia dah dekat 50 nak jaga anak kecik.

      Delete
  23. Dudukpun di rumah teres saja...





    oh.
    aku duduk di rumah teres sahaja.

    dan.
    aku mula faham.
    org duduk rumah banglo memangdang org berumah teres itu hanya... 'sahaja'.


    faham....



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa tasek. Janganlah salah sangka. Saya pun duduk rumah teres saja dan di kawasan Melayu. Kalau rumah teres di Bangsar atau Damansara high classlah jugak.

      Ada org gunakan kat mana dia tinggal sebagai tiket utk mengorat.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails