Aku tertarik dgn komen dari Daddy Ziyyad dan GadisBunga di n3 aku pagi tadi tentang double parking dan triple parking. Komen mereka tu ada double meaning. Aku tak rasa mereka nak sentuh tentang parking kereta sahaja tapi tentang gadis yang sanggup menjadi isteri kedua atau ketiga. Isteri pertama dah 'ambil parking space yg ada'.
Ada seorg kenalan yg telah beristeri tapi tup tup dengar berita dia berkahwin lagi seorang di Siam. Semasa dia kahwin kali yg kedua itu, isteri dan anak2 berada di luar negara kerana isterinya melanjutkan pelajaran. Dia tidak mengikut keluarganya kerana tugasnya di sini.
Bila kami mendengar berita itu kami pun terkejut juga. Nampak baik aje dia ni - jenis pijak semut tak mati. Yang lebih mengejutkan ialah isteri barunya itu lebih tua daripada dia.
Mungkinkah ini yg dinamakan double parking oleh wanita tersebut?
Semasa mereka hendak mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini, aku diberitahu mereka didenda oleh Pejabat Kadi. Tapi aku rasa tak mahal manapun bagi mereka ni.
Selama mereka berkahwin tu isteri pertama dan anak2nya tak tahu. Maklumlah mereka di luar negara. Kenalan aku tu pun tak pernah membawa isteri barunya ke rumah dia sebab isteri barunya pun mempunyai rumah sendiri.
Walaubagaimanapun jodoh mereka tak panjang. Hanya selepas beberapa bulan, mereka berpisah.
Mungkinkah ini yg dikatakan oleh GadisBunga parking sekejap aje?
Salah parking agaknya.. Tu yang bercerai tu...
ReplyDeletehuhuhu...
Mungkin lepas ni dia akan cari tempat parking yang baru lak... :D
Mungkin tersedar tersalah parking selepas beberapa bulan parking...huhuhu
DeleteMereka bercerai cara baik.
Bukan senang nak cari tempat parking yg baru. Seperti kata kenalan saya yg satu lagi tu, parking space yg bagus biasanya dah penuh! hehehe
Ehh... Pengomen nombor satu laa...
ReplyDeletehahaha...
Tahniah jadi pengomen pertama!
DeletePagi tadi yg lain sibuk nak ke tempat kerja kot .... ngeeee
haha. walaupun komen saya tu boleh di double atau di triple meaning kan, tapi jgn lah salah anggap yg saya pun begitu dalam meaning kedua atau ketiga. amiklah apa yg tersurat sahaja supaya saya tak dimaki oleh orang yang tak dikenali nanti. :D
ReplyDeleteOk kita amik yg tersurat aje dari apa yg GB komen tu..... hehehe
DeleteYang double atau triple meaning tu imaginasi saya saja .... hahaha
saya pernah terbaca...yang baru itu, tak semestinya elok serba serbi, agaknya bila dah tau yang baru itu macam biasa-biasa je, barulah terkenang-kenang keistimewaan yang pertama, itu yang dia parking sat saja ;)
ReplyDeleteeh, apekah komen begini...ehehe,
Sebelum kahwin semuanya nampak indah tapi bila dah kahwin barulah nampak warna sebenarnya (true colours).
DeleteTapi to be fair kpd kenalan saya itu, adalah lebih baik mereka berkahwin dari buat maksiat w/p perkahwinan itu akan melukakan hati isterinya yg pertama kalau dia tahu.
Komen awak sangat relevan dgn entri ini.
Kan dah bercerai, tu lah tak tahu mengahargai isteri, isteri berada diluar negara nak menambah ilmu dan juga gaji yang banyak bila pulang nanti, tup tup dia dok gatal sedap2 kat sini dengan isteri baru patutnya dia ambik lah cuti tanpa gaji dan menemani isteri tu.
ReplyDeleteDia buat bisnes sendiri. Itu yg susah nak tinggalkan rasanya.
DeleteMungkin sebab kesunyianlah telah mencari teman. Daripada buat maksiat, lebih baik dia bernikah secara sah.
Itu pandangan saya sebagai lelaki.... ngeeeee
bergantung kepada kelas memandu mana yg beliau belajar parking.heheheh
ReplyDeletekelas memandu ini tak ajar parallel parking .... ngeeeee
DeleteYb itu je lah alasan yang orang lelaki boleh bagi, nafsu je yang dia ingat yang lain2 pengorbanan dia tak nampak, hampeh tul. Sorry saya memang anti orang kawin lebih sebab dah tengok arwah kakak sendiri bermadu tiga. Kemewahan segala gala nya dia ada rumah besar, kereta besar dan perniagaan yang bagus tapi bila bab kasih sayang dengan iateri dan anak anak selalu terabai sebab suami dia rasa semua dah cukup tak perlu dia balik rumah selalu. Isteri dah 3 tapi boleh dikira balik kerumah ketiga tiga isteri tu maklumlah isteri2 semua berkawan baik jadi tahu lah yang suami jarang pulang ke rumah masing2.
ReplyDeleteBab poligami ni sering membuat org menjadi emo terutama golongan wanita. Itu memang fitrah. Kita tak boleh menolak hukum tapi oleh kerana sebahagian daripada lelaki yg beristeri lebih dari satu yg tak menjalankan tanggungjawab dgn adil dan bijaksana maka sebahagian daripada kita susah utk menerima poligami.
Delete