Monday, April 2, 2012

Kapal Selam Yang Dah Berhenti Menyelam

Semalam aku ke London bersama keluarga aku.  Tujuan utama nak melawat Afifah yg belajar di sana.  Dia dan semua pelajar2 Matrik sudah tak dibenarkan balik bermalam di rumah masing2 kerana peperiksaan akhir hanya tinggal beberapa minggu saja lagi.  Kami melawat dia utk memberi semangat dan peransang di samping utk bawa dia pergi membeli barang2 keperluan.

Kami sampai di London pada pukul 1:00 tghari.

Dari London kami singgah di pekan Masjid Tanah.  Tujuan nak makan mee rebus kat situ tapi tak berniaga pula makcik tu.  Emak Adam sangat suka mee rebus kat situ.    Nasib baik dia tak mengidam.  Kalau tak, ngenceslah adik Adam .... huhuhu  

Dari Masjid Tanah kami terus ke Prawn River aka Sg Udang utk buat cermin mata baru utk Haizam.  Yang lama tu dah agak senget benget kerana dia tak jaga sangat.  Aku rasa power dia pun dah bertambah kerana asyik menonton citer Korea.  Buat spek kat Sg Udang ni murah sikit jika dibandingkan dgn harga di KL.

Dari Prawn River kami teruskan perjalanan ke Bandaraya Melaka.  Kami singgah di masjid Batu 10 Tangga Batu.  Masjid ini betul2 tepi jalan dan parking pun takde.  Kami parking tepi jalan sebelah rumah orang.  Tumpang kejap.

Perhatikan besi tempat parking motor dan basikal di tembok masjid itu.  Ke kiri sikit dan jalanraya.  Kereta pun tak muat nak selit parking kat situ

Semasa kami sampai tu aku lihat ada 3 org tempatan sedang berbincang di luar dewan solat.  Usai solat aku bersalaman dgn mereka dan bertanya khabar.  Terus kami berborak2.  Orang Melaka memang peramah dan cepat mesra.

Dari Tangga Batu kami pun teruskan perjalanan menyusuri jalan persisir pantai ke arah bandar Melaka.  Sampai di Klebang, kami pun terlihatlah kapal selam yg digunakan oleh TLDM utk melatih pegawai dan anak kapal selam kita tak lama dulu.  Kisah kapal selam ini dibawa ke Melaka dari Perancis ada disiarkan di Majalah 3 beberapa minggu lepas.

Agak jauh juga kapal selam ini diletakkan dari jalan besar.  Sebahagian jalan ke situ belum bertar.  Kalau hujan tidak digalakkan ke sana takut kereta termasuk ke dalam lubang yg dipenuhi air.




Ini bahagian bontot dan kipas kapal.  Keluarga ini sibuk nak enterframe.  Abaikan mereka.  Fokus kat kapal selam tu



Ini pula pemandangan dari sisi kapal selam.  Sekali lagi abaikan keluarga yg tak habis2 nak enterframe tu

Bagi anda yg nak ke Melaka, bolehlah masukkan lawatan ke kapal selam ini di dalam itinerary anda.  Tiket cuma RM1 tapi tak bolehlah masuk ke dalam kapal selam itu.


20 comments:

  1. jalan sakan yb.....hari bersama keluarga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend lain kami banyak jemputan di samping mesyuarat yg saya kena hadiri. Kebetulan semalam takde jemputan kahwin. Maka makan angin dekat2 aje bersama keluarga. Yang penting saya dan emak Adam dapat bersama anak2.

      Malam tadi kami sampai rumah dari Melaka pada pukul 11 malam dan 11:30 kami ke UiTM menghantar Atikah balik kolej.

      Delete
  2. alah. kalau boleh masuk dalam tu lagik best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapal selam tu sungguh sempit utk pelawat2 masuk. Sebelum ini ia membawa 5 pegawai dan 36 org anak kapal. Kalau pelawat masuk takut sampai beratus2 org kat dalam tu tak nak keluar. Keluarnya bila dah lemas ..... huhuhu

      Delete
  3. malam sabtu hritu ke ayer keroh. ayh ada citer psl kapal selam ni. nak g, dah malam pulak.. len kali jek la. lagi pun kapal tu tak menyelam ke mana2 pun.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. No hurry.

      Cuma saya rasa tiket dia akan naik jadi RM2 utk dewasa dan RM1 utk kanak2. Semalam saya bayar RM1 seorg utk tiket dewasa tapi penjaga tu bagi tiket kanak2!. Budak semalam dia kata free.

      Oh ya time lawatan dari 9 pg - 6 ptg. Jangan datang waktu malam. Dahlah kapal tu hitam. Nanti tak nampak apa ... hahaha

      Delete
  4. ngences!! hahahaha..dah lama saya tak dgr word tu...

    saya pernah masuk dalam kapal selam, masa gi muzium maritime di sydney..mmg sempit dalam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah doc pun faham jugak word itu ya? Tahniah!

      Ada ditunjukkan beberapa muzium kapal selam di seluruh dunia selain dari di Melaka. Antaranya yg di Sydney tu.

      Saya pernah juga masuk ke dalam kapal selam di Alabama semasa melawat muzium maritime di sana. Sempit gila .... huhuhu

      Delete
  5. Kami lalu situ tapi tak singgah, maklumlah ke Melaka berdua je jadi tak berapa best nak singgah ketempat2 macam tu kalau ada anak2 baru seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada tempat yg best kalau kita pergi dgn anak2.

      Apa hal suami isteri nak pergi lawat kapal selam ... hehehe

      Delete
  6. YB,

    setakat ni mmg kite tak boleh bak masuk dalam kapal selam tu.......









    sebab mana ade tangga!!!


    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan negeri baru nak buatkan tangga tapi saya rasa dia guna tangga batu tradisi rumah Melaka. Tukang buat tu kata tinggi sangat nak guna tangga jenis tu ... hehehe

      Delete
  7. Assalam... YB... tak dpt masuk ke dalam kapal tu ke... alamak... kenapa tak boleh eh..? Baru terasa nak bawak anak2... kalau dpt masuk lagi best...

    Utk pengetahuan YB... orang Melaka memang peramah...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Kak aNie.

      Saya tak pasti sama ada di masa akan datang mereka akan benarkan pelawat masuk ke dalam kapal selam tu tapi dari apa yg saya lihat mungkin pelawat tak dibenarkan masuk di atas sebab2 keselamatan.

      Betul tu. Kebanyakan org Melaka yg saya temui memang peramah. Biasanya bila kami singgah solat di mana2 masjid di Melaka saya akan bertegur sapa dgn jemaah yg ada di situ. Pernah tahun lepas, jemaah itu memberi kami buah langsat yg dia bawa dari rumahnya.

      Delete
  8. Dah duduk atas darat, kena tukar nama.. Tak boleh guna nama kapal selam dah.. Kena ganti jadi kapal darat.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dipanggil kapal darat ok jugak lagi. Jangan dipanggil besi buruk sudahlah.

      Ada bahagian2 luar kapal selam tu yg dah berkarat.

      Delete
  9. besar kapal selam tu, agak agak kalau kita bawak lari jual dkt besi buruk berapa rm boleh dapat ye?
    hehehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besi buruk ni berat nak bawak lari. Tempoh hari semasa mereka nak pindahkan besi buruk ni dari tepi pantai, mereka terpaksa gunakan treler khas yg ada banyak tayar

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails