Saturday, March 31, 2012

Korea, Korea, Korea

Demam Korea dah agak lama melanda negara kita.  Kat rumah aku ni yg paling teruk kena jangkitan virus K tu ialah Haizam.   Kalau tengok rancangan Korea tu sampai lewat malam pun dia sanggup padahal esoknya dia bersekolah.

Semalam emak dia tanya lepas SPM dia nak ke mana.  Nak masuk matrik mcm Afifah atau nak terus ambil ijazah atau diploma.

"Semua kita tak mau," jawab Haizam

"Habis tu kau nak pergi mana?" tanya emaknya balik.

"Kita nak pergi Korea!" balasnya selamba.

Bengang emak Adam mendengar jawapan tu ...... huhuhu

12 comments:

  1. Salam,

    Dah melanjutkan pelajaran kat sana jgn bawak minah Korea udah ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak,

      Belajar kat sini aje senang nak lawat dia. Kat sana belanja mahal w/p dapat biasiswa.

      Kalau kahwin dgn org Korea lagilah susah saya nak ziarah bisan ... hahaha

      Delete
  2. kat rumah saya dah lama kena wabak korea nih..dgn mak nya sekali dah berjangkit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini mula2 kena anak2 pompuan saya tapi mereka duduk kolej jadi agak terbantut minat tu. Tapi Haizam sebab tak nak masuk asrama w/p dapat 8A masa PMR tahun lepas, dia dok bantai tengok rancangan2 Korea kat tv dan You Tube .... huhuhu

      Delete
  3. minta la belajar kat korea.. nanti YB boleh la ke sana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru Tingkatan 4 si Haizam tu. Kalau dapat straight A masa SPM bolehlah kalau nak minta ke Korea. Tapi rasanya lebih baik cari yg dekat dlm negara aje. Kalau dapat yg sekitar KL dan Selangor lagi bagus. Senang nak ambil bila weekend .... hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. K pop dan rancangan Running Man.

      Bila tengok tu dia ketawa sorang2 mcm org tak betul ... hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Hafal dia lagu2 Korea skrg ni .....

      nyampah

      Delete
  6. Kat rumah saya semua kena penyakit korea, kalau ketiga tiga anak saya berkumpul cerita nya tak lain tak bukan pasal gosip artis2 korea sanggup baca kat internet pastu bergosip sana sini. Saya tak lah kemaruk korea tapi kalau anak2 tengok saya tumpang sekaki.

    Kami berdua suka tengok rancangan memasak sampai selalu sangat bila dah tengok tu kami berdua pergi beli barang2 dan mencuba, makanan greek lah, mat salleh lah, india lah dan macam2 makanan seluruh dunia lah, tak puas tengok tv rancangan masakan hubby google resepi antarabangsa pulak dia ni bukan lah makan sangat tapi dah hobby dia saya ikutkan je tapi saya lah susah nak control so tak tahu bila boleh kurus ni.

    ReplyDelete
  7. ok la tu.. jadik pelakon korea pun kira cita2 gak tu... bukan senang wo..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails