Aku mula2 kenal dia pada 1997. Semasa itu aku menguruskan sebuah projek sykt kulit kerang aku di Jalan Seremban - Tampin. Pembantu jurutera aku yg kenalkan aku dgn dia. Masa itu dia belum terkenal macam sekarang.
Ketika aku pertama kali berjumpa dgnnya, aku disambut mesra dgn fakta2 tentang negara kita.
Semasa aku menanti minuman, tiba2 ianya dihulurkan kpd aku menggunakan raket badminton tak berjenama. Selepas aku mengambil mangkuk minuman aku itu, tiba2 raket itu dipukul dgn kuat ke tepi meja tempat aku duduk. Hush semangat. Nasib baik aku takde sakit jantung.
Semalam selepas aku selesai mesyuarat tapak dgn pihak kontraktor utama dan konsultan, aku singgah solat Zohor di masjid Tuanku Jaafar, Senawang. Usai solat, aku nekad mencari kenalan aku itu yg sudah sekian lama tak jumpa. Aku pun menyusuri Jalan Seremban - Tampin.
Stesen KTMB Sg Gadut sudah cantik mengalahkan stesen Gemas atau stesen Segamat. Landasan keretapi di sebelah atas manakala jalanraya di sebelah bawah. Dah macam stesen LRT dekat rumah aku pula.
Selepas stesen Sg Gadut aku sampai di depan sebuah sekolah. Aku mula ragu2 samada tempat kenalan aku tu dah terlepas atau belum. Aku teruskan perjalanan sehingga ternampak pusat utk kegiatan Petronas (bukan stesen minyak). Aku dah nak berpatah balik ketika itu tapi setelah aku fikirkan semula aku teruskan juga. Masa aku jumpa dia 15 tahun dulu aku rasa taklah sejauh ini dari simpang Senawang tu.
Nasib aku baik. Tak lama setelah aku meneruskan perjalanan tersebut maka ternampaklah aku tempat kawan aku itu. Wah dah besar tempatnya.
Aku pun parkir kereta aku di bawah pokok sena yg rimbun lantas aku berjalan ke tempatnya.
Ini dia tempatnya. Kalau aku telefon dia awal2 kan senang jika aku ada nombor dia tu.
Ya. Aku mencari Cendol Leman Dawi yg femes itu. Dah 15 tahun aku tak minum cendol tersebut dan berjumpa dgn abg Leman.
Malangnya semasa aku sampai semalam abg Leman balik ke rumah..... huhuhu.
Dah jauh2 datang, mana boleh balik tanpa minum cendol dia tu w/p aku sedang batuk. Aku order cendol kacang. Semangkuk RM1.50. Kalau nak tambah ais, cendol dan gula ianya ada disediakan di atas meja. Semuanya percuma! Memang dari dulu dia buat strategi macam itu. Sebab itu cendol dia laku. Kalau datang sekeluarga tak perlulah order seorang semangkuk. Cukuplah order 2 atau 3 mangkuk kalau datang berlima atau berenam. Kalau nak jimat lagi, order aje satu mangkuk. Lepas itu tambahlah seberapa banyak dgn tanpa bayaran tambahan. Itu kalau tak malulah ..... hehehe.
Senarai harga cendol
pssst - kalau korang ada bersama aku semalam bolehlah aku belanja cendol. Lepas aku habis, aku berikan mangkuk aku. Korang minumlah selagi larat .... hahaha
Laaa... Kawan YB rupanya...
ReplyDeleteTakpe la, lain kali boleh jumpa lagi...
Bukan kawan tapi kenalan. Saya kenal abg Leman Dawi tu selepas saya minum cendolnya. 15 tahun lepas dia gunakan van saja. Skrg dah ada gerai tetap.
DeleteLain kali bolehlah saya ajak Cik Azz pergi minum bersama. Untuk sebulan dua akan datang ini saya akan kerap ke sana sebab ada projek di sana.
betul kata azz..tak tau pun kawan YB..dok satu taman ngan acik tu..masjid yang YB singgah sembahyang tu la..masjid acik pi tarawikh dan solat sunat raya..kalau solat 5 waktu tu suami je pergi..tu pun maghrib ngan isyak je..
ReplyDeleteOh abg Leman tu duduk di TTJ dgn acik ya? Lain kali kalau saya tak sempat nak ke gerai cendol dia bolehlah saya singgah rumah acik aje. Rumah acik dgn rumah sazah (emak si Tijah) tu dekat tak?
DeleteOrg yg bekerja biasanya dapat berjemaah Maghrib dan Isyak saja di masjid di kariah sendiri. Waktu lain tu biasanya di tempat kerja atau di masjid di mana kita berada waktu itu.
tulah yb. makan cendol kat situ mcm2x fakta yang kita dapat. mulut ownernya tak reti diam.ada je yang dicakapnya.....lea makan kat situ time cuti panjang krismas lepas
ReplyDeleteMasa saya datang tu senyap aje. Saya dah syak dia takde kat situ. Memang betul jangkaan saya.... huhuhu
DeleteLea tahu dari mana tentang gerai cendol dia tu? Dah selalu jugak dia masuk tv dan suratkhabar.
pernah tengok keluar dekat majalah 3 dulu yb. tapi tak terpikir pun nak makan dekat sana. tapi hari tu balik dari melaka suami guna jalan dalam. dia terus singgah situ. tak tau pun. dah tengok banner baru tersenyum. tercapai jugak angan-angan nak makan cendol kat situ. ownernya berjalan dok salam2 ngan pelanggan. lea pernah buat dekat blog tentang leman dawi ni. ni linknya http://ceritakami81.blogspot.com/2011/12/cendol-leman-dawi.html
DeleteAbg Leman tu memang mesra dgn semua org. Itulah antara kelebihannya.
DeleteBila kita dah tengok di tv atau baca di suratkhabar, memang kita akan cuba merasa minuman atau makan itu. Kalau org lain cerita lain kali, kita dah tahu. Taklah tercengang2.
Cerita cendol leman dawi ni memang dah ada di banyak blog.
ingat kan siap lah tadi..huhuhu!
ReplyDeleteApa yg siap tu kaklong?
DeleteOk nanti kalau lalu lalang kat situ boleh lah singgah pekena cendol abang leman ni., terima kasih abang yunos sebab beri tahu kat mana ada cendol sedap, eh sorry bukan abang yunos tapi en. Yunos, hahaha saje mengedik tak ada maksud apa apa pun.
ReplyDeleteSama2. Tempat dia agak terpencil. Kalau tak iya2 tak jumpa sebab ada juga org yg berpatah balik selepas stesen KTM Sg Gadut tu.
DeleteBila dah rasa cendol abg Leman sila beritahu saya.
Mengedik sikit2 takpe.... hehehe
selera masing2 kan..
ReplyDeletesedap kat kita tak semestinya sedap di tekak org lain
tapi dah femes cendol ni
tu ari lalu tapi sebab nak cepat tak singgah pun
Betul tu. Memang selera kita berbeza. Ada org kata sedap giler tapi bila kita rasa, biasa2 aje.
DeleteKalau belum rasa cendol Leman Dawi elok juga try sekali bila lalu di situ lagi. Tak kempunan nanti ... hehehe
Saya ade dua org anak buah yg skolah dkat2 area Sg Gadut tu...
ReplyDeleteTp x penah skalipun merasa cendol leman dawi yg pemes tuh...
Anak buah Cik Yun di area Sg Gadut atau Seremban Selatan? Kat sana dah banyak rumah sekarang.
DeleteAlaaa kesiannya tak pernah minum cendol tu. Nanti kita pergi sama2. Kita ajak Abg Hamzah sekali.