Tuesday, April 24, 2012

Datuk Yunus Badawi

Petang Ahad baru ni aku ada temujanji dengan rakan-rakan bisnes di KLGCC, Bukit Kiara pada pukul 4 petang.  Bila aku sampai di pondok pengawal, pengawal itu tanya aku nak ke mana.  Aku kata aku nak berjumpa Dato' teet di terrace cafe.  Pengawal itu menjengah2 cermin depan kereta aku.  Aku syak dia nak tengok kereta aku ini ada sticker kelab itu atau tidak.  Sudah tentulah takde sebab aku bukan ahli KLGCC.   aku ini setakat ahli kelab guli, galah panjang dan konda kondi saja  

Melihat kereta aku takde sticker dan ianya pun kereta biasa aje aku diminta meletakkan kereta aku itu di tempat letak kereta bertingkat di luar kawasan letak kereta utama.    Kalau aku bawa X6 atau Bentley mesti pengawal tu kasi aku parking kat dalam.  

Pengawal tu kata selepas aku parking di sana aku boleh ambil shuttle (menggunakan buggy) utk ke bangunan utama.

Aku pun buat U turn dan menuju ke parking bertingkat itu.  Selepas meletakkan kereta aku, aku pun naik buggy yg kebetulan menunggu di Tingkat 2 bangunan tiga tingkat tersebut.

Sebaik aku naik buggy tu, pemandunya yg juga salah seorang pengawal di situ (dia memakai baju security) memanggil aku dengan panggilan Datuk!

"Datuk tak main golf ke hari ni?" tanya dia kerena melihat aku tak membawa golf set.

"Panas betul hari ni.  Tak sanggup saya nak berjemur"balas aku sambil melihat ke langit seolah2 mencari mentari yg memanah bumi petang itu.

setahu aku golfers peduli apa dengan cuaca panas.  Mereka hanya berhenti bermain jika hari nak hujan dan kilat sabung menyabung.  Itupun sebab takut disambar petir ketika membuat swing  

"Datuk nak jumpa kawan2lah ni?" tanya pemandu buggy itu lagi.

Aku hanya senyum dan mengangguk.

Kalau masin cakap dia, setahun dua lagi jadi Datuk (atau datuk) lah aku ..... hehehe

18 comments:

  1. amin....

    Yang Berhormat (YB) tu dah lama org sebut2 tuh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan pulak bila org panggil Datuk. Rasa mcm dah tua sangat .... huhuhu

      YB tu dah dari dulu lagi org panggil. Saya dan adik saya mmg org panggil YB... ngeeee

      Delete
  2. alaa komen ilang, malas nk taip lg dah. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cisss malas betullah ko ni. Panjang sangat ke komen tu? .... huhuhu

      kansel nak belanja makan kat cafe tepi masjid negeri .... hahaha

      Delete
  3. Amin......dah lama pun jadi Yang Berhormat kan YB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak boleh sebut Yang Berhormat lea. Nanti org tanya kawasan Parlimen atau DUN mana. Susah saya nak jawab.

      Setakat panggil YB saja cukuplah.

      Delete
  4. insyaAllah..ada rezeki kan..datuk (bercucu's) tu mmg confirm la kan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu dapat cucu kena lagi 3 tahun kot sebab anak yg sulung pun belum habis belajar .... ngeeee

      Delete
  5. Kalau betul betul jadi Datuk , jadilah Datuk yang beriman ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas ingatan itu.

      Jadi Datuk atau tak jadi Datuk kenalah beriman. Di dalam kubur nanti malaikat tak tanya apa gelaran yg kita ada tapi dia tanya soalan2 tentang iman.

      Delete
  6. Ahahahahahhaha.....

    Moralnya YB, lepas ni sila beli X6...nanti tak payah naik buggy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. excellent lateral thinking.

      Nak ken a order sebuahlah kalau mcm ni .... hahaha

      Delete
  7. Salam,

    Amin, gaya dah ada maka security tu tiak dato kat YB..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaya día tu tang mana Kak? Harap2 bukan tang perut .... huhuhu

      Delete
  8. amin... moga doa2 kami dimakbulkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg mendoakan rupanya.

      Dapat alhamdulillah. Tak dapat pun takpe.

      Delete
  9. masin mulut dia..jadilah Datuk nanti
    kalau tak kenalah tunggu cucu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya ke situ lagi dan dia tetap memanggil saya Datuk, mungkin bertambah masin mulutnya ..... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails