Sunday, April 22, 2012

Tangki Minyak Bawah Tanah

Hari Jumaat lepas aku ada update status di fb gambar tangki minyak di tapak projek kami di Senawang.  Ada beberapa org mengucapkan terima kasih kerana itulah pertama kali mereka melihat gambar tangki minyak bawah tanah.  Aku janji (jika sempat) utk buat satu n3 tentang perkara itu sebab ada beberapa pertanyaan semasa aku keluarkan status di fb tu.

Berikut beberapa keping gambar dan sedikit penerangan utk tatapan anda.




Tangki bawah tanah yg siap diletakkan di dalam lubang sebelum ditimbus dgn stone chipping.  Tangki2 ini adalah dari jenis double wall.  Lapisan dalam dibuat daripada keluli manakala lapisan luar adalah dari gentian kaca.  Itu sebab ianya berwarna merah.  Kelebihan tangki double-walled ialah ianya dapat mengawal tumpahan minyak jika salah satu lapisannya bocor.




Perhatikan 'strapping' yg membantu tangki berada di kedudukannya.  Setiap tangki boleh menampung 30,000 liter minyak.  Jika paras air bawah tanah tinggi, tangki ini mungkin terapung kerana daya apungan yg tinggi (buoyancy force).  Itu sebab strapping itu perlu.  Di samping itu, sebelah atas tangki ini akan dikonkrit utk memastikan ianya tidak akan terapung.


Sebaik tangki diletakkan di tempatnya, air akan dimasukkan ke dalam tangki tersebut utk memastikan ianya tidak terapung.  Air ini juga digunakan utk ujian hidrostatik bagi memastikan tangki ini tidak ada sebarang kebocoran.


Kami menggunakan air dari anak sungai kerana tiada sumber air paip berhampiran tapak projek

Semoga n3 pendek ini dapat memberi sedikit pengetahuan kpd para pembaca.




16 comments:

  1. tq YB.

    sangat informatif.
    dulu2 pernah part time atendan pam minyak. Ai cuma pernah sukat minyak jelah

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali Yati.

      Dulu awak jadi pam atendan kat stesen Petronas yg sebelum BNO tu ke?

      Delete
  2. tq . banyak yg lea tahu dari penerangan yb ni

    ReplyDelete
  3. info baru hari ni, selalu pandai isi minyak je
    hari ni baru tahu rupaparas tangki bawah tanah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini seperti di balik tabir pembinaan sistem bahan bakar di stesen minyak. Nanti boleh minta Majalah 3 buat satu episod.... hehehe

      Delete
  4. nice sharing YB... skang baru pakcik tau camni rupanya tangki minyak bawah stesen minyak yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpah dan saiz tangki bergantung kpd anggaran jualan minyak. Biasanya cukup utk 3-5 hari.

      Semalam saya dan 2 org kawan sarapan pagi di Mahbub dekat tempat awak. Ingat nak call awak tapi tak jadi ... ngeeee

      Delete
  5. pendek tapi sungguh berinformative... baru ku tahuu.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba buat n3 yg tak panjang sebab saya tahu ramai yg sibuk. Terima kasih menyukai n3 seperti ini.

      Delete
  6. wow. sangat berguna entri ni YB.

    ternyata YB memang bukan seorang yang kedekut ilmu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada juga yg rasa n3 ini berguna.

      Saya cuba berkongsi ilmu yg ada ini setakat mana yg saya sempat. GB pun banyak juga berkongsi ilmu termasuk tentang kamera dan tumbuh2an.

      Delete
  7. oh gitu.baru tahu :)
    tq krn berkongsi info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah lebih kurangnya. Setelah tangki itu dipasang, kami kena pula memasang rangkaian saluran paip.

      Delete
  8. Salam...

    Saya nak tanya kat mana nak jual tangki minyak bawah tanah tu? Saya mempunyai tanah dan pernah dijadikan petrol station. Jadi bila nak bangunkan semula...perlu dikorek/

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      Terima kasih di atas soalan di atas.

      Tangki bawah tanah yg telah dikorek keluar bolehlah dilupuskan kpd syarikat yg khusus memproses tangki2 minyak. Ianya tidak boleh dibuang atau dijual begitu saja terutama tangki lama yg mungkin telah digunakan untuk menyimpan minyak berplumbum (dulu plumbum digunakan sebagai additive kpd minyak petrol).

      Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi saya di yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails