Pagi tadi aku dapat satu panggilan telefon dari nombor yg tak aku kenali. Bila aku jawab panggilan itu dari sepupu emak aku rupanya. Dia tanya samada aku kenal dia atau tidak. Tentulah aku kenal w/p kami jarang berjumpa. Masa dia mula2 kerja di KL dulu, dia pernah tumpang rumah emak bapak aku w/p rumah kami kecil. Bapa dia yg juga abang kpd nenek aku tinggal di Meru masa itu. Kalau cuti sekolah dan ada kesempatan ayah aku akan membawa kami ke Meru. Masa itu kami naik bas kerana takde kereta. Meru pun taklah maju macam sekarang. Kebanyakan kawasannya adalah kebun getah dan nenas.
Tujuan sepupu emak aku telefon itu untuk tanyakan alamat aku. Sejak kami pindah dah 3 tahun lebih dia tak pernah datang ke rumah kami. Kat rumah lama dulu ada juga dia datang. Dia nak alamat sebab nak jemput kami ke majlis perkahwinan anaknya.
Alhamdulillah ingat lagi dia utk menjemput kami ke majlis kahwin anaknya itu.
Aku pernah mendengar ada orang yg kata sesetengah orang ini hanya akan mencari saudara mara dan kawan2 lama bila mereka nak mengadakan majlis perkahwinan anak. Aku perhatikan org yg bercakap mcm itu biasanya tak pergipun bila dijemput. Mereka menganggap jemputan itu hanya nak cari duit kaut aje.
Terpulanglah kepada persepsi masing2.
Bagi aku dan emak Adam selagi kami larat, kami akan cuba penuhi jemputan tersebut.
salam yb
ReplyDeleterumah sya bebetul taman baru sebelah rumah murah tu, rugi semalam kalau pagi hari enpakwe ada di rumah boleh sya jemput bertandang
wsalam Eja.
DeleteBelum jodoh kita nak berjumpalah kot. Pagi semalam kami di kampung sebab malam sebelumnya adik emak Adam buat kenduri cukur jambul. Dari kg kami singgah rumah pengantin di Perepat. Itu sebab sampai Jenjarom agak lewat.
eh! kejinye anggap jemput saudara mara just tuk 'duit kaut'.. xelok nye..hoho
ReplyDeleteramai je org kata saudara mara xcari dorg selain jemput ke majlis kahwin, tapi sbnrnya diri sendiri tu pun xcari gak saudara2 dia.. tu yg jd luahan hati mcm ni.. ^^
Itulah kan. Tak patut bersangka buruk bila dijemput oleh saudara. Sekurang2nya mereka masih ingat kat dia.
DeleteMasa ada majlis kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara. Masa lain tu agak terhad. Saya dan emak Adam yg bila raya berkunjung ke 50 - 60 buah rumah ni pun masih ramai saudara mara yg kami tak sempat lawati ketika raya. Apalagi org yg hanya melawat 10 - 20 buah rumah.
Memang betul org yg buat komen macam ni biasanya tak melawat saudara mara sangat pun.... huhuhu
betul tu, time kenduri kawin adalah masa yg paling sesuai utk berjumpa saudara mara selain hari raya.
DeleteDan kita pulak jangan marah kalau ditanya soalan2 standard spt "keje mana? anak dah berapa? dsb".. sbb itu adalah salah satu cara utk memulakan perbualan setelah lama tidak berjumpa.
Skrg ini org semua mendakwa sibuk dgn macam2 kerja. Ziarah menziarahi hanya ketika hari raya. Makanya kalau nak berjumpa saudara mara selain semasa hari raya ialah ketika ada saudara yg buat kenduri kahwin.
DeleteOrg2 kita memang terkenal dgn soalan cliche seperti itu tapi dari situlah bermulanya komunikasi yg lebih erat.
cari sebab jemput kenduri takpe jangan cari sebab nak pinjam duit sudah~~keh keh~
ReplyDeletekalau nak pinjam duit pastikan bukan dgn org jenis mcm ni. Konfon tak dapat. Silap2 kena perli aje .... huhuhu
Deletetidak jugak...
ReplyDeletetapi masa kenduri kendara nilah kita nak bejumpa sudara mara...
wang bukan segalanya...
Kalau org yg berfikiran nak jumpa saudara tu, jauh pun mereka sanggup pergi. Kita memberi sumbangan itu ikutlah kemampuan. Kalau tak mampu, RM10 pun jadilah. Tak payah letak nama.
DeleteDapat berjumpa saudara mara itu tak ternilai harganya.
kalau takde hal pergilah
ReplyDeleteboleh memyambung silaturrahim
bab salam kaut tu ..terpulang pd fikiran masing2
setuju sangat dgn pandangan Irfa tu.
DeleteMasa majlis kahwin inilah kita dapat kenal saudara mara. Kalau boleh, bawa anak2 kita sekali kalau pergi majlis di rumah saudara rapat seperti di rumah sepupu dan dua pupu supaya anak2 kita boleh kenal dgn anak2 mereka pula.
gelak je baca komen bujal. kehkehkeh!
ReplyDeletebujal kalau komen memang selamba dog .... ngeeeee
Deleteacik pun akan pergi kenduri tu,kalau tiada halangan..walaupun jemput melalui talipun..sebab susah payah kawan dan sedara mara mencari/mendapatkan nombor talipun kita untuk menjemput.
ReplyDeletetahniah Acik. Itu pandangan yg murni.
DeleteKami pun tak kira cara jemputan itu disampaikan. Guna telefon pun ok. Kadang tu pesan melalui sanak saudara pun ok.
ok jugak lah tu jemput...kalau takder kenduri kendara lagi lah tak berjumpa sedara mara.
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteOrg jenis macam ni lama2 takde sedara. Hidup mcm kera sumbang ... huhuhu
mungkin dia malas kacau sedara mara die. jemput kawen sebab nak jemput makan je...
ReplyDeletekalau setakat makan di rumahpun ada makanan. Tapi kalau fikir nak sambung silaturahim, inilah masanya.
DeleteDah jemput tu kire bgus la dr xjemput langsung~
ReplyDeletesepatutnya mcm tulah tapi bila hati ni sentiasa bersangka buruk, bila dijemputpun ingat ada niat lain ..... huhuhu
DeleteKenapa masa kenduri kawen je nak jemput/contact sedara ehh...? Kalau pergi melancong senyap2 je... :D
ReplyDeleteKadang2 tertanya-tanya jugak.. :)
Masa pergi melancong kalau beritahu takut ada yg minta belikan buah tangan. Itu yg pergi senyap2 aje w/p kat blog dan fb siap beritahu satu dunia .... hehehe
DeleteBila kenduri kawen nak jemput sebab dah buat kad banyak. Dah tak tahu siapa lagi nak jemput, koreklah sedara mara yg jauh dan dekat. Yang bau2 bacang dan bau2 belacan pun jemput semuanya ..... hahaha
Bila nk kawen,kita cari sedara mara..
ReplyDeleteBila kita sakit,sedara mara cari kita...
Kan indah konsep persaudaraan tu...
Ok juga konsep tu Cik Yun.
DeleteTapi lebih indah kalau kita tak perlu cari mencari sebab kita tahu dan sering kunjung mengunjungi sesama saudara mara..... ngeeeee
hai...
ReplyDeleteHai.
DeleteApa khabar IE? Skrg saya kerap juga ke Senawang. Mungkin satu hari nanti kita boleh jumpa .... hehehe