Nak update blog dgn citer yg agar berat rasa mcm tak sesuai hujung minggu ni. Jadi biarlah aku citer kisah nak balik kampung aje hari ni.
Hari ni aku nak balik kampung emak Adam. Semalam nenek Adam call kata dia kurang sihat. Tapi emak Adam kata kami tak dapat balik semalam sebab ada beberapa jemputan kahwin. Dia kata hari ni insyaAllah kami balik. Kakak2 emak Adam pun kata nak balik kampung juga. Kak Long memang setiap minggu balik. Kakngah kali ni cuba nak balik sebab dah lama dia tak balik. Mereka pakat2 nak bawa makanan dari rumah. Nanti tengahari boleh makan ramai2 di kampung.
Emak Adam ajak aku ke pasar Keramat pagi tadi untuk beli udang. Dia nak masak lemak. Dia beli 2 kg udang harimau. Sekilo RM37 tapi sebab dah biasa beli di situ dapat 2 kg RM70.
Sekarang ni tunggu emak Adam siap masak sebelum kami bertolak balik. Emak Adam kena masak bukan saja utk buat potluck di kampung tapi utk makan tengahari emak aku yg tinggal di rumah. Anak sulung aku pun tak ikut balik sebab dia ada kerja kursus yg hendak disiapkan.
Petang nanti lepas Asar kami kena balik ke KL kerana aku nak hantar Atikah balik ke UiTM Shah Alam pula. Biasanya aku hantar dia selepas Isyak tapi malam ni aku ada mesyuarat Persatuan Penduduk. Minggu depan kami ada AGM.
Oklah. Rasanya dah siap emak Adam masak tu.
Aku cakap aku nak buat kerja sikit kat komputer ni tadi. Kerja dah siap, blogging yg lebih.
Jangan bagi tahu dia ya. Nanti bising pula dia kat dapur tanpa aku tolong ..... ngeeeeee
YB.tak bagi tau pun emak adam tau dah..he he
ReplyDeleteDia tahu dah perangai suami dia ni. Nasib baik dia tak kisah sangat .... hehehe
DeleteSuami Acik Erna tak kisah ke Acik blogging ni? ngeeee
nak sikit gulai udang tuuu...
ReplyDeleteDatanglah sini. Ada lagi beberapa ekor tu yg ditinggalkan kat rumah semalam.
DeleteYang dibawa balik kampung habis licin .... hehehe
rupanya awak tak berapa berani dengan emak adam.
ReplyDeleteKalau saya tak buat salah apa nak takut tapi kalau dia sibuk buat kerja sedangkan saya sibuk blogging atau berfb, rasanya tak seronoklah kalau dia tahu.
DeleteAbg takde masalah ini kot dgn makngah. Tahniahlah kalau mcm tu! hehehe
Sdapnya udang masak lemak, kalau kat rumah saya udang selalunya dibuat sambal je, kat rumah ni kalau udang hanya laku dibuat sambal je.
ReplyDeleteKat rumah ni pun biasa juga buat sambal. Kadang tu letak petai lagi. Anak saya yg sulung cukup gemar makan sambal udang campur petai.
DeleteUdang harimau buat sambal kurang mengaum. Masak lemak baru perghhhh
terliur baca perkataan udang rimau tu..nyum nyummmm
ReplyDeleteMemang best udang rimau tu. Malam tadi saya sempat lagi ratah udang rimau tu selepas balik dari hantar Haikal pergi fotostat.
Deleteoo nak sepelet tak mauu tolong kat dapor ehhh...? cer tolong kopek2 kulit udang tu.. heheh..
ReplyDeleteSaya tolong ambilkan daun kunyit. Atikah dah tolong emaknya kupas bawang dan kerja2 lain di dapur. Apa guna ada anak dara kan? hehehe
Delete