Monday, March 19, 2012

Gara-Gara Duit 20 sen, Bekas Jurutera Tercabar

Pagi ini emak Adam beritahu aku ada duit 20 sen terselit di dalam mesin basuh.  Bila aku menjenguk ke dalam mesin itu, terlihat duit syiling tersepit di antara base yg berputar dan bahagian yg statik.  Memang tak boleh berputarlah mesin tu kalau dijalankan.  Kalau berpusing juga, mahu jahanam mesin tu.

Emak Adam dah cuba keluarkan duit itu tapi tak berjaya.

Aku pun    dengan machonya   cuba menarik duit itu menggunakan jari jemari aku yg gemalai ini tapi tak berjaya.  Ngam2 masuk kat celah dan ketat utk dikeluarkan.

Emak Adam kata carilah alat seperti plyar kalau nak keluarkan duit tu.

Bab2 cari peralatan di rumah ini memang aku surrender.  Emak Adam lebih tahu di mana dia menyimpan barang2 tu semua.

"Takkanlah tengok aje?  Pergilah cari plyar atau apa2 alat," kata emak Adam melihatkan aku tak berganjak setelah tak berjaya mengeluarkan syiling tersebut.

"Barang2 kat rumah ini kan awak yg lebih tahu kat mana disimpan.  Awaklah cari.  Kalau dah jumpa nanti, bagi kat abang." kataku.

"Entah kat mana dah plyar ni.  Dulu ada kat sini.  Mesti ada yg pakai tak tahu nak balikkan," getus emak Adam setelah gagal mencari plyar di bilik bawah.

Dia pun ke bilik tidur kami untuk mencari di sana pula.  Sepatutnya ada satu set peralatan yg mengandungi screw driver dan plyar di dalam bilik tidur kami.

Sementara dia naik ke atas, aku mencuba mengeluarkan syiling itu sekali lagi.  Wow ketat gila walaupun aku cuba gerak2kan base mesin basuh tu.

Sebagai bekas engineer malulah kalau duit 20 sen pun tak boleh nak keluarkan.  Selepas berfikir aku rasa kalau cukup frictionnya mungkin duit itu boleh ditarik keluar.  Aku pun mencapai tuala kecil yg ada dekat situ dan mencuba menarik duit itu.  Aku grip dgn jari aku kuat2 beralaskan tuala kecil itu dan ......

>
>
>
>
>

wallaa

>
>
>
>
>

duit syiling itu tercabut keluar.

Dengan bangganya akupun ke bilik tidur dan beritahu emak Adam masalah tersebut telah berjaya diselesaikan.


Moral of the story:  Pastikan duit atau apa2 barang dikeluarkan dari poket sebelum memasukkan pakaian ke mesin basuh.

34 comments:

  1. uihh ada simpan toolbox dalam bilik tidur? nak wat apa tuu.. umpil tingkap curi kuar malam2 kaa.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada org masuk senang nak ketuk kepala dia ... hahaha.

      Sebenarnya emak Adam ini pandai bertukang. Letak toolbox kat bilik senang sikit nak ambil tool itu kalau nak gunakan di tingkat atas. Yang kat tingkat bawah ada satu set lagi ... ngeeee

      Delete
  2. bekas engineer pun manusia biasa juga! hehe...

    alamak, saya ni pun kategori bekas engineer gak la, cuma saya bekerja sebagai engineer for much lesser than YB hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Expectation orang terhadap engineer atau bekas engineer ni lebih tinggi dari manusia biasa. Emak Adam biasa cakap kpd saya "Pelantar kat laut abang boleh design dan bina tapi benda kecik kat rumah takkan tak boleh nak selesaikan." Fuyooo bisa oh ayat dia tu .... huhuhu.


      Kenapa Farrah tak teruskan kerjaya sebagai engineer tu? Negara kita masih memerlukan ramai jurutera.

      Delete
    2. my interest is in business and making unlimited amount of $$. no fixed income attracts me.

      walaupun negara kita masih memerlukan ramai jurutera, negara kita juga perlukan usahawan-usahawan muda :) inshaAllah, doakan yang terbaik untuk kita semua. amin!

      Delete
    3. You have an interesting interest. Believe me. There so many thing that can make money.

      Pengetahuan sebagai jurutera boleh digunakan utk menolong di dalam bisnes. Tapi sebagai org yg baru dalam bidang ini, jgn jemu utk terus belajar dan berusaha dgn gigih. InsyaAllah saya doakan kejayaan farrah.

      Maybe someday we can be business partners!

      Delete
  3. Salam,

    Bagitulah hakikatnya kehidupan jika ada 'perosak'
    kehadiran duit dua posen yg tersekat telah membuat si isteri terhenti kerja rutinnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Noraini.

      Nasib baik emak Adam sedar kehadiran 'perosak' tersebut. Kalau tak mahu rosak mesin tu. Saya hal pulak nak hantar kedai utk repair ..... huhuhu

      Delete
  4. YB macam perangai anak saya, dalam poket selalu ada duit syiling. Dia bawak sekolah duit kertas aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit syiling tu bukan saya punya tapi anak saya yg punya. Bila dapat duit syiling semasa pergi kedai atau sebagainya saya akan masukkan dalam bekas di dalam kereta. Dah mcm tabung dah bekas tu.

      Delete
  5. sebab itulah kami ada 2 mesin basuh dirumah.mak i malas nak baiki, dia tros beli kalau da rosak.my hub suka baiki yg rosak minor shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah ada 2 mesin basuh. Kat rumah ni tak muat nak letak 2 mesin sebab yg ada tu pun besar gedabak.

      Hubby Syida bolehlah repair sendiri sebab dia bahagian tu. Saya ni buat major construction bolehlah ... hehehe

      Delete
  6. kalau spin yg takleh pusing gane gane?? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pusing jugak, mahu hancur base plastik dalam mesin tu .... huhuhu

      Delete
  7. sebagai suri rumah ..memang sakit hati kalau ada isi rumah yang tak sengaja @ lupa nak keluarkan isi poket sebelum masuk kain dalam bakul.rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.

    mesin basuh rosak adalah sgt menensenkan /hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju w/p saya bukan surirumah. Kadang2 ada tisu dlm poket tu. Masa mesin hancur kertas tisu tu menyebabkan habis pakaian lain kena serpihan tisu .... huhuhu


      Mahunya tak tensen. Kena pula banyak pakaian yg nak dibasuh. Kalau pakai tangan bila nak siap .... huwaaa

      Delete
  8. moral of the story tu terbaik! heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. moral tu sebab dah beberapa kali kena ....

      Delete
    2. jawapan utk soalan YB dah terjawab di sini http://www.gadisbunga.com/2012/03/part-3-menjawab-soalan-azam-queen.html

      :D

      Delete
    3. terima kasih sudi menjawab.

      lain kali nak tanya lagi .... hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. Bekas engineer pun ada juga gunanya .... ngeeeee

      Delete
  10. semuanya, kerana duit syiling dua puluh sen itu ...
    saya pun pernah terkena juga pada pemutar mesin basuh tu, tapi mujurlah senang sahaja ditanggalkan guna tangan kosong ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan underestimate kerosakan yg boleh dilakukan oleh duit syiling dua puluh sen itu kalau tak berjaya dikeluarkan dari mesin tersebut. Kos membaikinya mungkin akan lebih dari 200 ringgit .... huhuhu


      Nasib awak baik sebab boleh tanggalkan guna tangan kosong. Atau mungkin jari awak kuat hehehe

      Delete
  11. Saya pun pernah terkena dulu sampai terpaksa panggil orang repairkan, cik abang kita bising tapi duit syiling tu datang nya dari seluar dia juga kan, eh lepas tu nak bising2 kang kalau saya check seluar dia nampak dia akan cakap nak cari apa bukan ada surat2 dari kekasih pun, ada ke macam tu terus kita malas dah nak check2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org lelaki ni kan tinggi egonya. Mana boleh mengaku salah dgn senang2!

      Delete
  12. syiling 20 sen baru ke lama yang tersekat tu? ehehehhehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiling 20 sen yg lama. kalau yg baru mahu terus masuk dalam lubang tu .... huhuhu

      Delete
  13. Salam kenal tuan... bila baca teringat HP yang bersih bersinar keluar dari washing maching satu ketika dulu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih sudi singgah di blog saya w/p kebelakangan ini saya sibuk dgn kerja2 hakiki.

      HP yg bersih bersinar tu masih boleh digunakan ke tidak? Mesti kelangkang kelengkung bunyi mesin basuh tu masa tu .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails