Friday, March 16, 2012

Amah Buat Satu Kerja Gaji RM700. Kalau Isteri Sendiri Buat Kerja Itu Nak Bayar Berapa?

Pagi ni tersiar berita kerajaan Indonesia sedang melatih pembantu rumah utk melakukan tugas khusus sebelum menghantar mereka bekerja di Malaysia.  Jika mereka ditugaskan utk memasak, mereka tak akan buat kerja lain.  Begitu juga jika utk menjaga bayi, jangan haraplah mereka akan mengemas rumah.  Kalau kita ambil mereka utk menjaga orang tua, mereka tak akan jaga anak kita atau tolong memasak di dapur.  Untuk tugas khusus itu mereka minta dibayar gaji minima RM700.

Banyak lemak betul.

Kalau kita nak suruh pembantu tu jaga anak dan kemas rumah kena bayar RM1,400 ke? Kalau tambah suruh memasak sekali dah jadi RM2,100.  Masak pun bukanlah sedap mana .... huhuhu.

Nasib baik sebahagian besar kerja2 di rumah aku ini dilakukan oleh emak Adam.  Dia takde pun minta RM700 sebulan.  Berapa aku bagi dia terima.... ngeeee.

Kiranya dia shopping di Jakel hari Rabu baru2 ni masih berbaloi jika dibandingkan nak kena bayar pembantu beratus2 ringgit sebulan.

26 comments:

  1. betul tu bang...

    apa yang ada pun syukur dah...



    orang indonesia memang tak sedar diri..huhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.

      Keluarga yg isteri jadi surirumah sepenuh masa macam kaklong dan emak Adam ni taklah terjejas sangat. Yang terpaksa ambil pembantu sebab isteri mereka bekerjalah yg akan terjejas.

      Kadang2 tu pembantu tu ok aje. Pihak kerajaan mereka yg lebih2.

      Delete
  2. kalu nak maid hendon,lepas ni jiran tetangga satu lorong kena pakat2 bergilir kongsi 2-3 maid utk buat specific keje per hour...kira 'specialist maid'. byk songeh sungguh depa nih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu idea yg menarik. Sebenarnya skrg ni pun kami berkongsi maid dgn jiran di sini. Dah lebih 3 tahun maid itu (kak Yus) membantu di rumah ini sebelah pagi selepas majikannya pergi kerja. Terima kasih kpd jiran kami itu yg membenarkan kak Yus kerja di rumah saya sejak emak Adam menjalani pembedahan semasa melahirkan Adam dan tak boleh kerja berat.

      Kerja2 lain seperti membasuh, memasak dan menjaga anak masih dilakukan oleh emak Adam

      Delete
    2. tapi rasanya kalau ikutkan kongsi maid pun dikire tak leh kan? wallahua'alam..

      Delete
    3. Kalau semua pihak iaitu majikan, maid dan kawan majikan setuju rasanya takde salah sebab maid tu pun boleh dapat pendapatan tambahan. Tapi kalau nak ikut peraturan sangat semua tak boleh buat.

      Delete
  3. memang melampau dia orang nih.... menyakit kan hati jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anaa ada guna pembantu rumah ke?

      Bila berkira sangat mcm ni nanti majikan pun boleh berkira. Nak makan kena bayar, nak tempat tinggal kena bayar, nak tengok tv sinetron pun kena bayar! Barulah adil ... ngeeeee

      Delete
  4. sama pulak entri awak dengan status kat fb abang pagi ni .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sama juga saya komen fb abg dan abg komen kat blog saya ... hehehe

      Saya tunggu Daddy Ziyyad komen kat sini juga sebab bukan main bersemangat dia komen kat fb abg tu.

      Delete
  5. memang lemak gila Indon ni. saya memang dah lama panas dengan isu-isu dorang. kita Malaysia ni baik sangat, cuba tunjuk sikit kejantanan kita! hehe.

    but really, i will never, never ever pakai khidmat maid Indon ni, ever. cukuplah masa kecik dulu saya banyak gila issue dengan dorang ni. i remember my maid ran away dengan bf dia semata-mata sebab saya marah dia sebab habiskan burger mentah dalam fridge.

    i was 9 i think.

    maid ran away sebab budak 9 tahun marah? nampak sangat memang dah gatal nak lari dengan jantan tu hahahaha...

    terus my mom berhentikan dia time tu gak. dasar sungguh. that's why memang takkan la cari maid Indon. dah la issue macam-macam dorang create. berapa ramai maid Indon yang takde masalah berbanding yang ada? 0.000007% maybe?

    harsh, but this is true. in my opinion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It certainly is true in a lot of cases.

      Memang kalau dapat maid yg mcm tu boleh sakit jiwa kita dibuatnya. Kawan saya ada yg dok bertukar maid setiap 2-3 bulan. Yang lari ada, yg mengandung pun ada. Naik give up dia nak dapatkan maid.

      Lepas maid farrah tu lari ikut bf dia, ada ke guna maid lain?

      Delete
  6. YB,

    jiran sebelah ade maid tapi jiran mmg selalu takde kt umah sbb dia keje spital.

    so sayalah yg jadi mata, telinga utk jiran tu. bukan niat nk membizi body tapi sbb maid tu kena jaga 3 org budak kecik (7thn, 5thn & baby 3bulan). takut gak kot2 maid tu geram & dera budak2 tu sbb tau jelah budak kecik, mmg suke nk buat org geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati,

      untung ada jiran yg baik mcm awak ni. Tapi skrg awak dah jarang ada masa weekdays siapa yg nak tolong tengok2 kan tu?

      Delete
  7. Kami x penah ade maid indo...
    Malay penah la..kenangan pahit mengusik jiwa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maid Melayu pun meninggalkan kenangan pahit juga ke? Skrg ni semua kerja rumah buat sendirilah ek? Eloklah sebab Yun kan rajin .... hehehe

      Delete
  8. terasa nak jadi pembantu rumah pulak gayanya, eh boleh ke macam tu? terma dan syarat tu untuk warga asing saja ke yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada majikan yg sanggup bayar RM700 utk satu tugas aje ramailah yg nak jadi pembantu rumah. Org kita yg skrg kerja di opis atau kilang yg mendapat gaji dlm RM1K lebih untung jadi pembantu rumah sebab makan dan tempat tinggal majikan tanggung.

      Delete
  9. Mmg kecoh kes ni hari ni....mujur jugak saya sama mcm mak adam...
    Keje gilerla nak bayo rm700 per task...manyak cantik dia...itupun xtentu lagi keje bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang di luar kemampuan kebanyakan famili kalau mahal mcm tu. Contohnya 700 utk kerja masak aje lebih baik ambil chef ... hehehe

      Delete
  10. YB...saya pun geram betul dgr tadi... amboi...melampau pulak... kalau camtu... jaga anak... gaji RM700...makan tmpt tinggal semua disediakan... anak tidor diorang nanti nak buat apa? Tengok sinetron?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kita dah tidur mereka rilek ajelah. Sinetron pulak skrg non stop citer sana. Kalau anak2 dah besar sikit dan dah masuk tadika, lebih mudahlah kerja mereka ni. Itu pun nak 700 sebulan ke?

      Lebih baik cari budak2 kampung yg takde kerja tu tolong jaga anak kita. Cuma takut para isteri pula cemburu kalau budak sini yg comel2 tu .... hehehe

      Delete
  11. Yb, memang gila tak masuk akal, kawan saya di Indonesia dia bayar orang gaji dia cuma 90 ribu ruppiah je, datang kat tempat kita dah jadi berganda ganda pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka nak gaji macam pegawai dagang juga sebab terpaksa meninggalkan negara mereka. Itu belum lagi tuntut kita bayar tambang mereka balik setahun sekali ... huhuhu

      Nasib baik saya tak menghadapi masalah ini.

      Delete
  12. Entah la.. Saya ni dari kecik sampai ke tua macam ni tak pernah ada maid.. Semua kerja buat sendiri.. Kerja berat upah orang buat..

    700 untuk specific kerja tu memang dah over melampau dah tu.. Kalau majikan ada anak ramai utk dijaga, berbaloi la kot.. Tapi kalau anak cuma sorang atau dua orang je, goyang pinggul la maid tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau Cik Azz tak perlu menggunakan khidmat pembantu asing. Tapi ada org yg memang memerlukan bantuan org gaji. Kesian pada mereka ni kalau apa yg dituntut ini hendak dilaksanakan.

      Kalau anak ramai, ada eloknya isteri tu berhenti kerja dan jaga sendiri. Itu pandangan sayalah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails