Monday, March 5, 2012

Kenapa Pengguna Sanggup Beratur Untuk Bayar Tol Secara Tunai Sedangkan Lorong T&G dan Smartag Tak Ramai Orang?

Tajuk biar panjang asalkan jelas maksud yang nak disampaikan.

Sudah banyak kali aku tertanya2 soalan ini kepada diri aku sendiri setiap kali aku melihat kenderaan berbaris panjang untuk membayar tol.  Kadang2 bila keluarga aku ada bersama di dalam kereta, aku tanya mereka soalan yg sama seolah2 mereka ada jawapannya.

Aku hairan mereka yg sanggup berbaris utk membayar tol menggunakan wang tunai tu.  Apa salahnya beli kad T&G.  Kurang sikit panjang barisan tu.  Kalau mereka ini jenis yg sekali sekala menggunakan lebuhraya aku faham jika mereka tiada T&G.  Tapi sebahagian mereka ini terutama yg tinggal di KL ni aku pasti mereka akan menggunakan lebuhraya setiap hari.

Korang tahu tak kenapa mereka tak pakai T&G?

Malam tadi aku dapat jawapannya!

Begini kisahnya ......

Semasa aku nak menghantar Atikah balik ke Shah Alam malam tadi, kami pergi makan char kueh teow Botak di Seri Rampai.  Gerai tu dah femes sejak masuk JJCM.  Org sangat ramai dan kami terpaksa tunggu agak lama.  Lepas makan aku pun ambil lebuhraya DUKE dari Setapak.  Dekat nak tiba tol Jalan Kuching, aku pun meraba2 glove compartment aku utk mengambil smartag aku.  Raba punya raba tak dapat.  Aku pun tanya emak Adam kalau dia tahu di mana smartag kereta aku  macamlah dia bawa kereta     Dia kata benda itu ada di atas almari tepi tangga.  Baru aku ingat aku keluarkan smartag tu dari kereta aku malam sebelumnya kerana aku menggunakan MPV aku utk ke rumah adik kembar aku kerana kami pergi satu keluarga.  Pakai kereta CRV tu tak muat.

Makanya, dari lorong kanan aku terus swing ke lorong paling kiri di Tol Plaza Jalan Kuching utk membayar secara tunai.  Nasib baik tak banyak kereta.

Bila sampai di Tol Jalan Duta, sekali lagi aku berbaris di lorong tunai utk mengambil tiket transit.  Aku beritahu emak Adam untuk sediakan duit tol sebanyak RM2.60 utk bayaran tol semasa kami keluar di Tol Subang.

Sampai di Tol Subang aku pun ke lorong tunai.  Nasib baik tak banyak kereta sebab masa tu dah pukul 10:30 malam.  Tapi di Tol Batu 3 aku yakin banyak kenderaan di lorong tunai.  Takkan aku nak berbaris. Nasib baik Atikah memberitahu Mykad dia ada sikit lagi kredit T&G.  Dia tak pasti samada cukup tak RM1.10 utk bayaran tol di situ.  Tapi dia minta aku gunakan lorong T&G kerana kalau tak cukuppun orang yg jaga tu akan kutip wang tunai utk bayaran tol.  Itu lebih cepat dari berbaris panjang di lorong tunai.

Betul cakap Atikah.  Bila sampai di plaza tol tersebut lorong tunai penuh sesak.  Aku lihat yg nak ke KL pun sama juga.  Dengan konfidennya aku masuk lorong T&G dan lekapkan MyKad Atikah di panel bayaran.  Setelah tolak tol sebanyak RM1.10 baki ada lagi 60 sen.  Phewwww.  Cukup2 makan aje.

Bila balik dari Shah Alam semalam aku tak guna Federal Highway kerana tak mahu berbaris panjang di tol Batu 3.  Aku ikut Glenmarie.  Tak kena tol dan tak perlu berbaris.

Sekarang aku tahu kenapa ada orang berbaris utk bayar tol.  Mereka tertinggal kad T&G mereka agaknya!

29 comments:

  1. salam YB,

    itu sebab yg paling munasabah.

    sbb saya pun pernah tertinggal kad T&G tu dlm handbeg yg lain.

    hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Tot,

      Kiranya betul jugalah anggapan saya ni ... hehehe

      Ini mesti kes tukar handbeg. Org pompuan biasalah kan handbeg dan baju mesti matching

      Delete
  2. saya lak yb pergi kerja dari tol putrajaya ke tol batu 3 shah alam saya guna smartag tapi balik pulak saya bayar tunai sebab kalau guna smart tag atau t&g selalu baris panjang. tunai lagi cepat sebab ada dua lane.sehari je 7 ringgit lapan puluh sen. naik pangkat pun tak serupa naik pangkat yb. mcm sama je gajinya oleh tol dan minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 memang lorong smartag dan T&G lebih panjang dari lorong tunai. Kena pulak ada kereta yg tak terbaca smartagnya .... huhuhu.

      Kalau sehari sampai 4 - 6 kali kena tol boleh dapat potongan 20% yg kerajaan tawarkan tu. Kita kena gunakan tol sebanyak 80 kali dlm sebulan utk layak potongan tu. Dapatlah juga sikit utk up kan balik gaji Lea tu .... hehehe

      Delete
  3. smart tag kaklong sentiasa ada dlm kereta,sejak guna smartag ni,rasa kekok guna tunai....hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya punya pun sentiasa ada dlm kereta. Cuma bila bawa MPV tu saya keluarkan sebab MPV takde smartag.

      Kalau dah biasa smartag mmg agak kekok nak berbaris di lorong tunai ...

      Delete
  4. Saya pun guna T & G senang dan mudah, yb orang kaya kereta sentiasa bertukar sebab tu selalu tertinggal kad kat kereta lain, kami pulak senang memang kemana guna CRV dan iswara bila saya kepasar sebab tu lah kad sentiasa ada dalam kereta lagipun kami tak ramai cuma lima beranak je tak perlulah nak beli kereta lain lagi. Anak sulung pula dah berkereta sendiri dan duduk di KL berdikari sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan soal org kaya. MPV tu digunakan kalau kami sekeluarga nak pergi bersama2. Dah lama pun beli. Skrg ni kalau jual, harga timbang kati aje. Saya tak letakkan smartag kat MPV tu sebab jarang digunakan. Kereta yg lain2 tu semua ada smartag masing2. Satu Hazwan punya dan satu lagi Atikah punya. Saya punya di CRV tu.

      Anak2 kalau dah besar memang akan berkereta sendiri sebab mereka bukan nak sangat ikut ibubapanya. Anak sulung awak dan anak sulung saya samalah tu.

      Delete
  5. awak kena ingat juga. bukan semua orang banyak duit, lebih2 lagi yang pakai kereta besar sebab duit dia dah habis beli kereta itu. orang2 yg tak ada duit ni, pendapatan hari ini untuk belanja hari ini. kalau beli t& g atau smart tag kena dahulukan duit yg belum masuk lagi. harga smart tag pun mahal jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg kereta besar guna T&G sebab boleh reload guna kad kredit ... hehehe. Lepas sebulan baru bayar.


      Memang ada pemandu yg guna tunai sebab nakkan resit utk buat claim kat kompeni.

      Delete
  6. aduhaiiii, punyalah saya kosentret nak tahu apa puncanya.
    sekali rupanya sebab kad T&G tertinggal aje. aduhhhh, terkena saya hahahaha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasihlah membaca dgn penuh khusyuk.

      Maknanya sampai sekarang pun kita tak tahu sebabnya kenapa org lebih sanggup berbaris membayar secara tunai dari menggunakan T&G atau smartag..... hehehe

      Delete
  7. ahha~
    tapi aku pernah jumpe lorong T&G sesak.. lorong tunai clear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa situasi mcm tu, masuk aje ke lorong tunai..... kalau mereka gunakan sistem terbuka. Kalau kita masuk plaza tol yg awal guna T&G kita masih boleh guna lorong tunai di plaza tol PLUS sebab ada mesin utk baca T&G kita.

      Delete
  8. Kad T&G dorang tertinggal kat kedai... huhuhu..

    Kadang2 susah nak jaga kad tu.. Kalau terlupa nak simpan masa parking, nanti cermin kereta kena pecah dek orang, macam kereta kawan saya hari tu.. Cermin pecah gara2 ada orang nak curi kad T&G yang dia lupa nak simpan.. Kerana kad yang tak berapa sen baki yg tinggal, tak pasal2 kena keluarkan duit yg banyak utk gantikan cermin tu... adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Azz,

      Kiranya tauke kedai akan bagi bila dah bayarlah ek .... hehehe

      Yang biasa kereta kena pecah masuk kalau pencuri nampak mesin smartag. Itu sebab kebanyakan org sorok mesin tu dalam glove compartment. Kaki mesin tu pun jangan dipasang sebab org tahu kereta kita ada smartag kalau nampak kaki dia tu.

      Memang sakit hati kalau kereta kena pecah sebab org nak ambil kad T&G yg ada kredit cuma berapa sen.

      Delete
  9. saya selalu berharap semoga hati diorang tak terbuka untuk T&G~~kalau tak nanti sesak plak lane T&G dengan smart tag~keh keh~

    ReplyDelete
  10. kalau dah ujung2 bulan T&G abis dah n duit dah takde nak topup kene gak masuk lorong tunai.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi kat pejabat khidmat pelanggan kita boleh top up guna kad kredit.

      Delete
  11. Hahahha.. good one Paman.. Ina adalah salah seorang yg sanggup beratur bayar tunai.. padahal card T&G ada 2-3 keping.. kes malas nak top up.. it's true ada kemudahan auto top up kan? Tapi ntah laa.. takut lupa nak bayar credit card laa kot.. kang tak pasal2 ada surcharge lain laa plak.. nak top up kat ATM pun kena beratur juger kan? ihiks.. at least dalam kereta, duduk jek.. memang dasar pemalas.. hehehe..

    anyway, ada satu lagi jenis manusia yg Ina sungguh tak paham.. dah tau nak masuk highway, tak sediakan duit siap2.. kalau macam kes Paman tu, Paman dah biasa guna kad, tapi terlupa dan last min terpaksa tukar lane, Ina paham lee juger.. yelaa dah konfiden kan tak perlukan cash.. tapi jenis manusia yg ina tak paham ni, memang awal2 dah masuk lane TUNAI.. dan depan dia ada beberapa kereta.. bila dah sampai turn dia, baru terhegeh2 nak cari duit tu.. baru terhegeh2 nak buka wallet laa, tanya orang sebelah lah (kalau ada laa), korek lubang itu laa korek lubang ini laa.. Allahuakbar.. yg kiter ni rushing nak pegi keje.. aduyaaaiiii...

    oh another reason Ina malas nak pakai kad.. dulu pi keje ina guna AKLEH. Not sure kenapa.. ada badi kot kat situ.. lane T&G n smarttag esp smart tag lebih panjang dari tunai.. gara2 kad rosak la, reader rosak laa apa laaa.. jadi tak yah buang masa, bayar jelaa tunai.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat blog paman ini kebanyakannya kisah seharian kami sekeluarga. Itu yg keluar kisah2 mcm ni.

      Kiranya Ina lebih rela berbaris menunggu giliran utk membayar di lorong tunai sebab duduk dlm kereta. Ikutlah pilihan masing2. Kalau nak cepat, paman tak sanggup berbaris mcm tu.

      Org2 yg tak sediakan duit secukupnya tu patut dihonkan aje ramai2 oleh pemandu2 di belakangnya. Ada juga yg bila sampai tol plaza baru nak cari tiket transit. Dia lupa mana dia selitkan.

      AKLEH tu dulu memang selalu smartagnya tak boleh membaca. Mungkin tk berapa sensitif. Skrg ni pun masih bermasalah dari masa ke semasa terutama masa puncak .... huhuhu

      Delete
    2. nak kata sanggup sgt tu idak laa.. kebetulan skang guna MEX, q pun tak panjang mana, jadi tak kisah sgt lah..

      laaa.. masih tak sudah2 ke masalahnya.. haaaii... ina guna AKLEH dalam 5 thn juger.. skang dekat 2 thn tak guna.. haaaii.. takde orang komplen gamaknya..

      Delete
  12. Saya tak peduli dengan mereja yg tak mau guna T&GO/Smart Tag, sebab masa mereka yg terbuang, bukan saya. ~haha

    Saya hanya pedulik dgn spesis ini, yg meyusahkan kita pengguna Smart Tag/Touch & Go:

    1- Dah tau duit tak cukup dalam kad, saja aja masuk line Touch&Go/smart Tag dgn harapan budak tol akan datang, dia boleh bayar. Menyusahkan org lain yg patutnya boleh cepat, kena gostan/menunggu dia.

    2- Jenis yang tak menyempat nyempat nak sondol belakang kereta kita bila lalu kat Smart Tag. Tahulah kita boleh cepat kalau guna SmartTag, tapi bersabar lah sikit, mesin tu nak read kad kita..seolah olah kena drive laju tak boleh kurang 80km/j bila kat laluan tu..

    Sekian bebelan saya. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini komen saga:

      1. duit tak cukup sebab dia tak tahu cas sebenar tol yg kena bayar. Ingatnya cukuplah baki yg ada tu.

      2. org ni baru balik dari Australia. Kat sana mesin dia boleh baca w/p kenderaan bergerak laju >100km/j (ikut kata bos saya yg org Aussie). Doc pernah ke sana. Betul ke tu?
      Mesin kat sini kadang2 kereta dah berhenti pun tak boleh baca terutama bila hujan. Dah penyakit macam Astro pulak .... huhuhu

      Delete
    2. sebenarnya majoriti yg pkai smart tag ni x pndai gune pown..kdg2 ad yg letak terbalik..cmne sensor nk detect?? ad gak yg letak celah kangkang..nk scan smart tag ke nk scan bnd lain..hmmmm..pelik btul..hellooo..kalo x pndai gune bertnyalah jgn wat2 pndai..

      Delete
  13. salam...

    mungkin mereka saje2 nak bermesra2 dengan tollgate girl.. (",)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails