Tuesday, March 6, 2012

Selamat Tinggal Bob (sob sob sob). Semoga Kau Berbahagia Di Sana

Sudah sebulan lebih Bob tinggal dgn kami.  Ini bukan Bob kawan aku yg pernah aku ceritakan dulu.  Bukan Bob yg kerja kibarkan bendera di tepi jalan dan lebuhraya yg di dalam penyelenggaraan itu.

Emak Adam yg terjumpa Bob di tepi jalan berhampiran rumah kami.  Kerana kesian takut dia terlanggar oleh kenderaan, maka emak Adam pun bawa Bob balik ke rumah.  Dibersihkan lalu diberi tempat tinggal utk Bob.  Bila Bob dah selesa, emak Adam beri dia makan.  Kuat makan kawan kami tu.

Oh ya.  Masa mula2 tiba di rumah kami, dia takde nama.  Aku yg panggil dia Bob.  Singkatan utk Binatang Orang Buang.  Bob ialah seekor kura2.

Bob tinggal di dalam baldi merah ini selama dia di rumah kami.  Takut dia merayau2 kalau dilepaskan diluar

Emak Adam tak terima bila aku kata Bob itu binatang yg dibuang oleh tuannya.  Mungkin dia merayau2 sebelum dijumpai oleh emak Adam.  Aku kata kalau mcm itu kita kekalkan nama Bob itu.  Tapi maknanya ditukar kepada Binatang Orang Bela.

Makanan utama Bob ialah pellet khas utk kura2.  Setiap kali kami letakkan di dalam baldi itu dalam sekejap masa saja habis Bob makan.  Sebagai tambahan emak Adam beri dia sayur2an.  Itu pun licin dia makan.

Kerana melihatkan Bob seperti tak selesa tinggal di dalam baldi tu, maka kami merancang memindahkannya ke kolam di Kolej Seroja tempat Atikah tinggal.  Di kolam itu terdapat banyak kura2 yg dipelihara di sana.

Tapi setiap kali kami mengambil atau menghantar Atikah balik/pergi ke kolejnya itu, Bob tak dibawa kerana rasa hiba pula nak berpisah dgn dia (sila percaya ayat ini).

Walaubagaimanapun, akhirnya pada hari Jumaat lepas kami nekad membawa Bob ke sana utk dilepaskan.  Sebelum pergi ke Shah Alam, emak Adam sempat membasuh cengkerang Bob supaya dia kelihatan lebih ensem.  Pagi itu kami beri dia makan cukup2 takut kat sana nanti dia kebulur.

Dalam perjalanan ke UiTM Adam sempat mengucapkan kata2 perpisahan kpd Bob.
"Babai Bob. Bob dah nak masuk universiti!"

Kami sampai di Kolej Seroja pukul 12:30 tghari.  

Bila agak2 pak guard tak perasan, emak Adam membawa Bob turun dari kereta dan letakkan dia di atas batu di tengah kolam itu.

Emak Adam meletakkan Bob di sebelah kura2 sedia ada.  Bob kelihatan lebih kecil dan lebih gelap.... huhuhu

Adam mengucapkan selamat tinggal kpd Bob sambil diperhatikan oleh kawan2 Atikah

Hari Ahad malam Isnin baru2 ni kami tak sempat nak melawat Bob kerana semasa kami sampai gate ke Kolej Seroja dah ditutup sebab dah pukul 11:15 malam.  Atikah yg cuba mencari Bob menelefon kami yg masa itu di dalam perjalanan pulang dan memberitahu Bob tak kelihatan di dalam kolam itu.

"Malam2 gelap tak nampak dia kot," kata emak Adam nak sedapkan hati.

Malam semalam semasa aku chat dgn Atikah dia kata dia masih tak nampak Bob.

"Mungkin dah lemas agaknya," kata Atikah.

"Kalau lemas mesti nampak cengkerangnya," balas aku.

Apalah nasib Bob?  Harap dia masih hidup dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru.

32 comments:

  1. Teringat lak kat kura2 anak buah saya yang hilang hari tu.. Sekali dua lak tu yg hilang.. Sian budak tu dok cari2 je mana kura2 dia...

    Ada je kat situ Bob tu... Entah2 dah dapat kapel dah.. hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau dibiarkan kura2 ni pandai merayau. W/p bergerak perlahan tapi kalau ditinggalkan sampai ke tempat org lain.

      Kalau org yg jumpa kura2 anak buah Cik Azz tu blogger, mungkin dia dah buat n3 tentang kura2 yg dia jumpa tu. Kalau ada letak tanda bolehlah minta balik dari org tu .... hehehe.

      Tak tahulah samada kura2 lain tu nak kapel dgn Bob sebab bentuk dan warna Bob tak sama mcm mereka. Tapi kalau Bob pandai mengayat (bahasa kura2 tentunya) mcm lelaki Lombok, tentu dia dah dapat kapel..... hahaha

      Delete
  2. alahai bob.

    teringat adik saya dulu ade bela sepasang kura2.
    DOLce & gabbANA.

    panggil Dol & ana. tapi bila adik g masuk ums Dol & ana terpaksa diserah pd org lain sbb takde org nk jaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama mcm nama mat salleh. Nasib baik singkatannya bunyi nama Melayu.

      Ada lagi ke dipelihara oleh orang tu sehingga hari ni?

      Delete
    2. ada lagi YB,

      dah besar mcm bapak & mak kura2.
      orang tu masukkan dlm kolam ikannya

      :D

      Delete
  3. Yb dirumah kami pulak ada orang buang kucing, oleh kerana kesihan kami anak beranak sediakan makanan setiap hari, bila dah setiap hari tengok kami dah jadi sayang pulak sekarang kucingtu dah ada 2 ekor anak, harap harap binatang yang kita tolong tu doakan kita pulak ya dengan membela binatang tu mana tahu rezeki kita akan bertambah tambah insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah hari2 tengok memang akan timbul rasa sayang terhadap binatang2 ni. Itu naluri kita manusia normal.

      InsyaAllah akan bertambah rezeki kerana berlaku baik kpd binatang. Tapi lebih elok jika kita menolong bagi makan dan pelihara binatang ni tanpa sebarang niat mendapat ganjaran. Terpulanglah kpd Allah apa yg terbaik buat kita.

      Delete
  4. Replies
    1. Jangankan kura2, ikan pun boleh lemas dalam air ... hehehe

      Delete
  5. adeeb pernah rqst nakbela kura2. tak kose nk layan. hujung2 mak dia jugak yg bela....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa bagi chance lah kakngah. Daripada dia minta kuda terbang, apalah sangat bela kura2 tu... hahaha

      Delete
  6. Syabas kerana berlaku baik kepada sesama makhluk Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg termampu kami lakukan. Nak bela Bob tu lama2 kami belum sanggup.

      Delete
  7. BOB tak suka dipindah kan,maka bob mencari halauan nya sendiri...huhuhuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOB tinggal dalam baldi tu pun tak selesa. Hari tu masukkan kejap dalam kolam ikan. Tapi takut pulak ikan2 kat situ .... ngeeee.

      Kemanalah haluan yg dituju oleh Bob tu?

      Delete
  8. kura-kura dalam perahu
    kura-kura pun masuk U

    huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk U bukan susah sangat. Cuma nak dapatkan ijazah tu yg mencabar sikit .... hehehe

      Delete
  9. mebi Bob pegi ke kolej lain, nak cari kawan2 course lain pulak. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bob ke kolej Perindulah kot sebab Seroja tu tempat student pompuan.

      Delete
  10. assalamualaikum

    nape YB tukar temhplate blog?? yang nie tak brp cantik la....

    yg lame lg cantik taw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template yg lama tu dah terlampau ramai yg gunakan sehingga ada masalah. Itu sebab saya tukar template baru ni.

      Terima kasih beri fedback. Saya pernah bertanyakan soalan yg sama kpd pembaca2 blog ini semasa saya mula2 tukar template ni dulu.

      Delete
  11. Replies
    1. Kuliah belum bermula. Ini masih minggu orientasi ... hehehe

      Delete
  12. kena buli dgn kura kura yg lain tu kot? sbb tu bob melarikan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga sebab dia nampaknya mcm lain jenis daripada yg lain2 tu ....

      Delete
  13. bob dah jumpa pasangannya, tak mau di ganggu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. berita terkini dari Atikah.

      Bob telah dijumpai setelah air di kolam tersebut ditukar. Sebelum ni Bob dikhuatari menyelam di dasar kolam.

      Delete
  14. Bob sibuk beri ceramah sejak masuk PAS ni...
    Nanti dah x bz dia balik smula la ke kolam tu..
    Dunwori hokay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bob nak bersaing dgn ustaz azhar idrus ke?

      Bob dah balik ke dalam kolam tu Yun. Malam ni takde ceramah ... ngeeee

      Delete
  15. Ehh... YB citer sal kura2 eh..
    Ingtkan citer sal Bob Lokman tadi..
    Sowitaksengaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa maaflah tak bagitahu Yun ni kisah kura2 dari awal.

      Saya takut ada org lain yg pun tak perasan .... ngeeee

      Delete
  16. Alhamdulillah, Bob selamat sampai kehabitatnya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails