2 - 3 hari ni aku sibuk sikit dgn urusan kerja dan urusan keluarga. Nak update blog pun tak sempat. Cuma sempat balas komen2. Terima kasih kpd yg sudi memberi komen. Tapi aku masih catatkan sebahagian kegiatan aku di fb. Rakan2 blogger yg juga rakan fb aku tahu perkembangan terkini aku.
Pagi tadi Atikah menyediakan sarapan utk kami sekeluarga. Sejak tak boleh bawa kereta ke kolej ni, aku akan mengambil dia tengahari Jumaat dari UiTM Shah Alam. Malam Isnin aku akan hantar dia semula kerana pagi Isnin dia ada kelas sebelah pagi. Kalau aku hantar pada pagi Isnin takut tak sempat kerana jalan jam.
Sarapan yg disediakan pagi ini mengikut selera dia - western.
Ini antara makanan yg disediakan. Yang di sebelah kanan tu cendawan tiram digoreng menggunakan tepung kentucky. Haikal juga ada menolong kakaknya mencarek2 crab stick sebelum digoreng oleh kakaknya.
Pukul 12 tghari tadi Atikah membawa adik2 lelakinya yg 3 orang itu menonton wayang. Hari ini beli 1 tiket dapat 1 tiket percuma. Jadi dia cuma perlu beli 2 tiket. Rajin dia bawa adik2 termasuk Adam jalan2. Itu sebab Adam sangat sayang dgn kakaknya.
Inilah untungnya ada anak dara. Boleh tolong emaknya dan boleh jaga adik2nya.
anak dara kaklong pun rajin tolong jaga adik2 bila kaklong perlu keluar ada hal yg perlu diselesaikan,klu dia keluar dgn kawan2 dia pun,rajin juga dia bwk adik2,terutama kakya...
ReplyDeleteringan sikit kaklong kat rumah ni...
Untunglah kaklong ada anak dara mcm tu.
DeleteRajin bawa adik2nya yg buat adik2nya sayang tu.
Adam kalau nak berpisah dgn kakaknya pada malam Isnin kadang2 siap nangis2 ... huhuhu
tulah untungnya ada anak perempuan. masak, tolong jaga adik....tu kerja lea dekat umah dulu-dulu yb
ReplyDeleteDia dapat menolong kalau hujung minggu aje sebab masa lain dia kat kampus. Masak belum pandai sangat. Setakat menolong emaknya bolehlah.
DeleteKiranya rajinlah lea ni dari dulu lagi. Untung suami lea ..... ngeeee
tapi dulu masak tak pandai sgt yb. dah kahwin ni barulah reti.tu pun suami yang ajar
DeleteKiranya suami Lea pandai memasaklah? Bolehlah dia masuk masterchef tahun ni .... hehehe
Deleterajin anak dara yb
ReplyDeleteringan tugas mak adam.
Tengok angin2 dia juga. Kalau tengah tak rajin tu terpaksalah ayahnya yg turun padang membantu emak Adam ... hehehe
DeleteYb..acik tak de anak dara..tak rasa la macam yang YB rasa..
ReplyDeleteAnak lelaki pun ada yg rajin. Kadang2 tu mengalahkan yg perempuan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteciken cop pun sedap .. western juga tu kan hehe
ReplyDeleteciken cop utk sarapan pagi tu dah macam lunch .... hehehe
DeleteBeruntunglah yb sebab ada anak perempuan yang belajar dekat dengan yb, saya dah lah ada 1 je anak dara belajar jauh pulak di Kuantan.
ReplyDeleteEh banyak nya Atikah masak maksud saya berjenis jenis masakan ada, rajin anak yb ni untung lah kalau sesiapa dapat.
Alhamdulillah dia belajar dekat aje. Abgnya pun sama. Hari tu ada juga Atikah berhasrat nak sambung belajar di UK mcm kawan2nya. Tapi emak dia tak sokong.... huhuhu
DeleteSaya pun terkejut bila tengok ada mcm2 yg dia masak semalam. Tengah rajin tu biarkanlah. Kalau ditegur nanti dia merajuk tak nak buat bekfas lagi lain kali susah pula....
Tak ramai budak pompuan yang macam anak YB tu.. Kalau pergi jalan2 tengok wayang tu ramai la.. Tapi tang tolong masak atau amek alih tugas mak masing2, susah nak jumpa.. huhuhu..
ReplyDeleteSaya dulupun jaga adik2 jugak.. Tapi takde la nak bawak tengok wayang sbb saya sendiri tak suka nak masuk panggung.. Lagipun kat sini memang takde panggung pun.. hahaha...
Bukan setiap kali dia buat mcm tu. Kalau ada kerja kursus atau nak ulangkaji dia memerap dlm bilik aje. Emak dia yg buatkan sarapan. Semalam dia agak free. Itu yg rajin dia tolong ambil alih kerja emaknya.
DeleteDulu memang jarang org pergi tengok wayang. Saya dan emak Adam pun mcm Cik Azz tu. Tapi budak2 skrg tengok wayang tu sebulan sampai beberapa kali. Bagi Adam semalam kali kedua dia masuk panggung. Atikah kata Adam sebut bertanya masa tayangan tu sehingga dia naik segan. Nasib baiklah cerita tu cerita kanak2.
baiknya atikah. memang untung ada anak dara, macam saya dan atikah :D
ReplyDeleteuntung emak Juliet ada anak dara dah besar panjang mcm awak ni....
Deletesetuju. memang untung ada anak dara. cuma yang penting kita kena pandai didik dia. that's all! ;)
ReplyDeleteUntung kalau anak dara tu rajin menolong. Sebenarnya utk kebaikan mereka juga sebab nanti bila dah berumah tangga tak kekok buat semua ni.
Delete