Wednesday, March 21, 2012

Allah Masih Sayangkan Aku ....

Dua tiga hari ni aku agak sibuk dengan urusan kerja.  Nak tahu sibuk ke tak sibuk perhatikan blog dan fb aku.  Dah dua hari aku tak update blog ni.  Komen dari kawan2 pun aku lambat balas.  Komen kat fb pun ada yg tak sempat dibalas.  Itu ciri2 aku sibuk.... hehehe (harap percaya).

Semalam dari pagi hingga lewat malam aku buat kerja.  Sehinggakan tengahari semalam aku tak sempat nak makan sebab ada lawatan tapak dan meeting back to back tengahari.  Dekat nak Asar aku balik rumah cum opis utk sambung kerja2 di rumah.  Selepas solat Asar dan mengalas perut aku keluar semula utk mengutip bayaran utk projek aku sebelum ini.  Dah beberapa bulan tak dapat bayaran.  Bila klien kata ada cek, kenalah cepat2 pergi ambil.. Aku sampai di rumah dekat nak Maghrib. Itupun nasib baik jalan tak sesak semalam.  Masuk waktu Maghrib aku drop everything dan ke surau utk solat dan mengikuti kuliah.   Selepas Isyak aku balik utk makan sebelum keluar utk urusan kerja lagi.

Hari ni pun mcm itu juga.  Aku sampai rumah dah pukul 7 lebih.  Sempatlah main2 dgn Adam.    nak main dgn emak Adam tak sempat ..... hahaha  

Masuk waktu Maghrib aku pergi ke surau.  Malam ni ada kuliah oleh Nazir masjid kariah kami.  Kuliah beliau sebulan sekali di surau kami ini.

Malam ini beliau menyampaikan kuliah tentang mengimarahkan masjid.  Apa yg membuat aku terkedu dan terharu bila beliau memberitahu bahwa sesiapa yg digerakkan hatinya utk berjemaah ke masjid, orang itu mendapat nikmat yg sangat besar daripada Allah.  Kalau kita nak beli gerak hati itu takkan terbeli w/p kita membayar sejuta ringgit.  Tak semua orang diberi nikmat ini.

Aku terharu kerana Allah memilih aku di antara hamba2Nya utk berjemaah di masjid/surau.  Aku berdoa dan berharap Allah terus menggerakkan hati aku utk sentiasa berjemaah di masjid.  Kalau tak dapat pada setiap waktu sekurang2nya waktu Maghrib dan Isyak.

Janganlah kesibukan mencari rezeki melalaikan aku dari mengingatiNya.

18 comments:

  1. Alhamdulilah, moga Allah terus menggerakan kita ke arah kebaikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Begitulah yg kita harapkan.

      Saya takut apa yg dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yg maksudnya jika Allah benci seseorang hambaNya maka disibukkan dgn urusan dunia.

      Delete
  2. sibuknya yb.takpe cari rezeki untuk keluarga jugakkan.dapat berjemaah di surau tgh2x sibuk tu alhamdulillah kan yb

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja sendiri mcm saya dan suami Lea tu mcm ni lah. Ada masa tak berapa sibuk tapi ada masa nak makan pun tak sempat. Nak cari rezeki yg halal utk keluarga bukannya mudah.

      Tapi kalau boleh, hendaklah solat berjemaah. Lepas solat boleh sambung mencari rezeki. Afterall, yg memberi rezeki itu Allah. Kita hanya mampu berusaha.

      Delete
  3. sangat2 bersetuju...


    jangan bila kita dalam keadaan susah baru kita nak mengingati DIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lebih teruk lagi dah susah pun masih tak ingatkan DIA .... huhuhu

      Delete
  4. alhamdulillah..jadikan kebiasaan itu sebagai satu amalan, sya dan enpakwe pun sedang mencuba dan berusaha menjadi ahli surau

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kelebihan jadi ahli surau ini w/p takde pendaftaran utk menjadi ahli. Bukan saja utk akhirat tapi juga utk kemasyarakatan.

      Delete
  5. kata "YB" mestilah sibuk kan...nak2 dah dekat PRU ni..hehehehe gurau jerlah..Alhamdulillah,amin...doakan kami semua jugak agar sama mendapat nikmat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya sibuk ni. PM suruh kami YB-YB ni standby utk PRU tapi dia tak umum2kan tarikhnya. Letih tahu kalau berterusan mcm ni .... hehehe


      Saya doakan semua kawan2 mendapat nikmat dan menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah serta diredhai dunia dan akhirat.

      Delete
  6. betul tu..kadang2 surau tepi hidung pun tak semestinya org dlm umh tu terbukak hati nak pegi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan jarak jadi penentu. Ada org yg duduk jauh dari masjid dan surau tapi masih dapat berjemaah setiap waktu kerana Allah memberi dia hidayah dan kekuatan utk datang berjemaah.

      Delete
  7. alhamdulillah. lepas dapat cek lepas terus ke masjid, Allah saja yang tahu betapa besar ganjarannya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa cek ke masjid tak risau. Yang risau kalau bawa duit tunai berpuluh ribu .... ngeeeee

      Delete
  8. Nasib baik tak sempat nak main2 dengan emak Adam.. Kalau tak, memang melepas la nak ke masjid tu... hehehe...

    Alhamdulillah... Moga ramai lagi yg mengikut jejak langkah YB untuk ke masjid tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak Adam boleh ajak main lepas Isyak ... hehehe


      Saya bukanlah org yg terbaik utk dijadikan contoh. Ramai lagi yg lebih berjaya dunia dah akhirat. Mereka lebih elok utk dicontohi.... ngeeee

      Delete
  9. Memang macam tu lah kalau kerja sendiri kan YB terlari kesana terlari kesini seperti kami juga, alhamdulillah lah buat masa ini nak kata kaya raya tu tak lah cuma cukuplah apa yang kita hendak kita boleh dapat.

    Betul kata YB tu walau sibuk macam mana pun sembahyang berjemaah di Masjid memang besar ganjaran nya walaupun kadang2 suami tak sempat berjemaah di Masjid sekurang2 nya kami sentiasa berjemaah anak beranak dirumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat tu. Kerja sendiri ni kadang2 hujung minggu dan malam pun kena buat kerja. Kalau tak, mungkin terlepas peluang. Tapi itu yg kadang2 membuatkan kita seronok kerana mungkin dari situ rezeki kita nak masuk.

      Kita belum kaya raya tapi sekurang2nya takde hutang.

      Dalam sibuk mengejar dunia solat berjemaah jangan ditinggalkan. Kalau tak dapat kat masjid di rumah pun baik juga. Dapat sama2 dgn keluarga menyembah Allah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails