Thursday, March 15, 2012

Cara Nak Buat Anak-Anak Dan Isteri Gembira Di Masa Cuti Bila Mana Kita Sendiri Tak Cuti

Cuti sekolah seminggu dah dekat nak habis.  Aku sendiri tak cuti (orang kerja sendiri ada istilah cuti ke?) sebab ada beberapa projek yang perlukan perhatian aku.  Nak harapkan hujung minggu untuk bawa mereka berjalan agak sukar kerana jemputan kahwin berderet2.  Memang dah jadi trend di Malaysia bila cuti sekolah saja ramailah yg melangsungkan perkahwinan.  Orang kata musim mengawan.

Cuti ini asalnya aku nak bawa keluarga ke Penang sebab ada dua projek di sana.  Malangnya klien aku itu sibuk dan belum sempat nak keluarkan Letter of Award.  Takkan nak pergi kalau belum dapat LA.

Jadi aku teruskanlah dgn projek2 lain yg kebanyakannya di sekitar KL dan NS saja.

Semalam aku ambil time off sebelah tengahari utk membawa anak2 aku dan emak Adam ke Shah Alam.  Mula2 kami ke UiTM mengambil Atikah.  Semalam kuliah dia habis pukul 2 ptg.  Hari ini kuliah dia mula pukul 4.  Jadi bolehlah bawa dia balik rumah.

Dari UiTM kami pergi makan di Seksyen 2.  Makan kat situ best sebab murah.  Harga utk student lah katakan.

Lepas makan aku hantar emak Adam dan Atikah ke Jakel yg sedang buat jualan.  Orang pompuan kalau dah pergi tempat macam itu jangan ditunggu.  Boleh pengsan kita!

Selepas menurunkan dua makhluk kaki shopping tu, akupun bawa Adam dan Haikal ke i City.  Memanglah tak secantik waktu malam kerana lampu tak dipasang.  Tapi boleh tahan juga.  Mari layan gambar2 di bawah ini.




Burung-burung yg terdapat di situ


Dinasour pun ada


Binatang2 lain yg terdapat di sana

Beruangpun nak diajak merempit oleh Adam

Naikkan budak berdua ni kereta bodoh ni.  Satu kereta RM5.  Boleh naik berdua atau seorang tapi tetap RM5

Ferris wheel pun ada tapi aku tak naik sebab bila aku naik aku jadi pening .... huhuhu

Dekat pukul 6 ptg semalam kami pun meninggalkan i City sebab bayaran parking sebelum pukul 6 ptg cuma seringgit sekali masuk.  Tapi selepas pukul 6 ptg casnya naik kpd RM10.

Bila kami sampai ke Jakel emak Adam belum habis lagi membeli belah.   Selain bahan baju utk dirinya dan Atikah, mereka juga belikan utk Afifah yg tak dapat datang sebab ada di London.

"Ayah, emak nak bayar guna kredit kad boleh?" tanya Atikah.

"Gunalah kad tu.  Takkan nak guna tunai pulak.  Banyak sangat ke bawa duit tadi?" balas aku.

Tunggu ajelah bila penyata kad itu datang cukup bulan ni ..... huhuhu

18 comments:

  1. takpe.. . . dapat penyata bayar jelah yb. saya bulan ni pun banyak rasanya. dok booking tiket kapal terbang je kerjanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tarik nafas panjang2 sebelum buka penyata tu ... ngeeee

      Delete
    2. hehehehe.yelah yb. saya rasanya tak bukak kot.past je kat abang sebelah....bagi dia tukang bayar. hahaha

      Delete
    3. Kalau nak pass kat abang Lea tu pastikan dia dah dapat bayaran utk kerjanya. Kalau tak, dia pulak yg sesak nafas nanti ... hehehe

      Delete
  2. gila punya mahal parking kat I City after 6pm!


    kos nak naik kereta bodoh tu pun boleh tahan mahal..

    shopping kat Jakel, walaupun murah sebab sale, tapi kalau memborong, secara collective ia menjadi mahal! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya mahal kat I City sebab dia nak cover modal dia cepat2.

      Kalau malam ramai org datang sebab nak tengok lampu. Kenalah mereka cas utk elektrik dan sebelah malam org pun ramai. Supply and demand.

      Kereta bodoh tu mahal sebab kat situ tak banyak pilihan. Ada 4 jenis ride aje. Yang lain tu lebih mahal daripada kereta bodoh tu.

      Memborong kat Jakel tak jadi mahal tapi jadi banyak yg nak kena bayar .... huhuhu

      Delete
  3. Jakel SA bagus staf2nye...
    sgt pandai menarik isi wallet kita...huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah Cik Yun antara orang yg staf jakel telah berjaya menarik isi walletnya? hehehe

      Delete
  4. tak pernah guna kad kredit(sbb tak ada punn)huhuhu!




    lagi pun memang tak berani nak guna,takut terlajak...hihihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sanggup bawa wang tunai banyak2 takpe. Tapi ada masanya kad kredit lebih memudahkan spt semasa check in kat hotel. Kalau takde kad kredit, pihak hotel biasanya minta kita letakkan deposit melampau2 tinggi jumlahnya.... huhuhu.


      Bila guna kad kredit kenalah berdisiplin. Bila datang penyata bayarlah semuanya.

      Delete
  5. yaaaaa leret dan menang!!!

    Ai shuke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Emak Adam dah leret agak banyak. Ada peluang menang tv besar dan motorsikal ... hehehe

      Delete
  6. hehehee..... gitu rupanya... kalau turun penang jgn lupa bagitau.. singgah la rmh kalau ada kesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu bila nak turun Penang. Tadi masa saya call client tu dia janji minggu depan nak bagi LA.

      Projek saya tu di Seberang Prai. Tak pasti ada masa nak ke sebelah pulau sana. Nanti kalau sempat saya roger awak.

      Delete
  7. what a life kan? swipe jangan tak swipe... :P

    musim mengawan??? -Big Grin-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its all in a day's life. Hidup kita kalau boleh cubalah menggembirakan org lain selain dari diri sendiri. Kalau tak dapat menggembirakan ramai org, paling tidak keluarga sendiri.

      Ini swipe yg takde dalam bajet ...... huhuhu
      Kenalah cari sumber pendapatan tambahan utk cover perbelanjaan ini. Nasib baik hari ni dapat satu projek baru .... hehehe


      Skrg ni mengawan dah tak kira musim. Sepanjang tahun nampaknya ... hahaha

      Delete
  8. Hari hari saya lalu lalang kat I-city sekali pun belum pernah singgah lagi pun anak yang bungsu dah masuk 18 tahun mana nya dia nak pergi situ, dia cuma suka main skate board je, so dia hanya ke skate park je. Kita suami isteri nak pergi2 mana mana sekarang dah tak payah tunggu cuti sekolah dah, memang bila anak dah besar2 hidup dah tak best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya mcm tulah. Tempat yg kita biasa lalu lalang tu kita tak pernah singgah w/p org dari jauh2 dok ke situ.

      Budak2 skrg lain citarasanya dgn ibubapa atau semasa mereka masih kecil. Kalau mereka dah pandai berjalan sendiri, kadang2 lebih senang kita bagi duit belanja saja. Yang lain mereka plan dan pergi dgn kawan2 mereka.

      Bila anak dah besar2 kita kembali berdua suami isteri. Time utk dapat cucu pulak ... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails