Thursday, March 29, 2012

Bila Adam Ke Surau - Bhg 2

Selepas Pak Imam dan para jemaah hampir nak habis berwirid aku pun mengajak Adam duduk sebelah aku utk ikut berdoa bersama Pak Imam.

Bila kami menadah tangan, Adam pun mengikut tadah tangan.  Dia tahu bila berdoa itu kena duduk baik2 dan tadah tangan.  Nasib baik dia belum pernah melihat sesetengah orang yg berdoa sambil berjalan keluar masjid selepas solat Jumaat.  Kalau tak, letih juga aku nak terangkan kenapa org2 tu buat begitu.

Setelah beberapa kali kami mengaminkan doa Pak Imam, tiba2 Adam bertanya kpd aku dengan suara yg agak kuat yg aku percaya didengari oleh semua jemaah dan juga Pak Imam.

"Lamanya doa?"

Nampak sangat yg aku doa ringkas   dan padat    setiap kali bila aku menjadi imam kpd keluarga aku.  Itu sebab bila Pak Imam membaca doa agak panjang, Adam berasa hairan.

Untuk cover line aku katakan kpd Adam banyak yg Pak Imam tu nak minta daripada Allah.



Moral of the story
Ada macam2 hajat kita.  Semasa berdoa tu kalau boleh mintalah pelbagai perkara tersebut.  Janganlah asyik minta yg sama aje tak ubah seperti  order benda yg sama ketika ke kedai mamak.

18 comments:

  1. Salam YB,

    Cerdik sungguh Adam..Alhamdulillah
    Moga jadi anak yang Soleh..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak.

      Ramai org kata Adam cerdik. Semoga betul2 cerdik dan jadi anak yg soleh.

      Terima kasih mendoakan yg baik2 utk Adam.

      Delete
  2. sabo jer ler...nasib baik pandai cover...kehkehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat dia cakap tu. Kalau tak cover, imampun mahu pendekkan doanya .... ngeeeee

      Delete
  3. Replies
    1. anak emak. Kalau tidur masih nak bawah ketiak emak .... huhuhu

      Delete
  4. Anak kecil memang jujur dan tulus bila bercakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seandainya kita semua kekal jujur dan tulus bila bercakap kan bagus.

      Bila dah dewasa, ramai pula yg pandai corner dan belit bila berkata2 .... huhuhu

      Delete
  5. Dia main cedok cedok doa orang lagi tak? Haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani dia buat mcm tu kat surau. Lagipun banyak yg imam tu minta daripada Allah. Penuh sudah tapak tangan. Tak perlu cedok2 dari org lain .... hehehe

      Delete
  6. suka baca tang 'moral of the story tu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Kebanyakan perkara itu ada moral of the storynya. Kalau kita rajin mencedok, lama2 kita akan jadi org yg bermoral tinggi .... hehehe

      Delete
  7. Adam budak yang cedik sedikit masa lagi kecerdikan ayah nya akan tercabar, huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni pun dah tercabar. Org kata kalau ibu mengandung pada usia > 35 tahun anak dalam kandungan tu lebih matang pemikirannya bila lahir. Mungkin betul apa yg org kata tu.

      Delete
  8. Jumpa adam masih malu2 lagi....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau org tak kenal, dia mmg malu2 kalah anak dara.... ngeeee

      Delete
  9. heheheheeee...
    kiuttt lah Adam!!

    elloooo YB !!
    laama tak menegur kat sini..
    sibuk la...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. Saya panggil dia comel tapi emak Adam marah panggil mcm tu.

      Saya nak kasi dia montel mcm budak debab. Baru sedap gelut.

      elloooo DrSinga.

      Itulah ingat dah tak ingat.
      Beberapa kali saya cuba komen kat blog awak tapi tak keluar komen tu ... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails