Thursday, March 29, 2012

Bila Adam Ke Surau - Bhg 1

Waktu Zohor semalam aku bawa Adam ke surau sebab dia sibuk nak ikut.  Mungkin dia dah penat bermain Angry Bird di iPad aku atau dah letih mengacau emaknya di dapur.

Akupun bawalah dia.

Sampai di surau imam dah nak mula takbir.  Aku suruh Adam bersolat di saf belakang manakala aku bersama2 makmum yang lain di saf pertama.  Waktu Zohor satu saf pun tak penuh sebab kebanyakan org di taman aku ni bekerja.  Yang ada ni pakcik2 dan abang2 yg dah pencen atau yg bekerja sendiri mcm aku ni.

Usai solat, Adam terus menghampiri aku dan minta duit daripada aku.   Aku yg pakai kain pelekat manalah bawa duit sebab takde poket.  Duit tu dia nak sedekahkan ke dalam tabung surau.  Memang sudah menjadi kebiasaan Adam akan masukkan duit ke dalam tabung surau atau masjid setiap kali kami singgah solat di mana2 masjid/surau.

Kerana tak bawa duit aku beritahu Adam lepas habis berdoa nanti kita ambil duit di dalam kereta.  Mendengar penjelasan aku itu, Adam puas hati rasanya dan terus ke belakang sementara aku dan jemaah lain berwirid bersama imam.

Rupa2nya Adam bekerja menyusun kerusi plastik yg digunakan oleh para jemaah yg solat duduk.  Siang hanya ada seorang jemaah yg menggunakan kerusi.  Jadi kerusi lain tak digunakan.  Habis ditompok kerusi2 tersebut.  Mungkin Adam biasa melihat org lain buat begitu di tempat pengantin selepas selesai majlis perkahwinan.    Lain kali kalau ada sesiapa nak minta tolong Adam rewang dan kemas kerusi, bolehlah hubungi dia ..... hehehe.  


Selesai menyusun kerusi Adam datang dan duduk di sebelah aku semula.  Tiba2 dia beritahu aku, "yang merah tu rugi tu."

Jarinya menunjuk ke arah tanda waktu digital di dinding surau.


Tulisan LEDnya berwarna merah dan hijau.

Barulah aku dapat menangkap apa yg dimaksudkan oleh Adam.  Dia ingat itu paparan saham mcm di pc aku bila aku melihat harga2 saham!

Aku pernah menjelaskan kpd Adam semasa dia tanya aku dulu kalau warna merah tandanya saham itu turun dan rugi manakala hijau tandanya saham2 tersebut naik harga.  Ke situ pula fikiran si Adam ni ..... huhuhu


27 comments:

  1. Hahahaha bijak bijak! Anak sapa ler tuh. Nak tempah buat menantu lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam ikut abg2 dan kakak2nya. Banyak yg dia dah pelajari di usia muda yg saya sendiri pun tak belajar masa saya mcm Adam dulu.

      Awalnya nak booking. Anak Azah yg kecil tu berapa tahun?

      Delete
  2. Replies
    1. Ada mcm2 dalam otak dia tu - bukan setakat bisnes aje.

      Minggu lepas semasa dia baru diperkenalkan dgn kartun Pink Panther boleh dia kata tak penat ke pink panther tu lepas satu siri ke satu siri tak henti2 di Astro. Dia ingat mcm org yg berlakon ke? huhuhu

      Delete
  3. wah,bijak betul adam ni...budak2 memang cepat mengikut,dan otak dia orang boleh berfungsi dengan bai(ingatan kuat)...





    lain kali kalau nak ckp apa2 yang rahsia dengan mak nya,tak boleh ckp depan dia nih...huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kecil dia dah dapat banyak pendedahan. Main komputer tu kalah pula saya. Pandai aje dia cara apa yg dia nak. Haizam baru beli tab pun dia dah tahu passwordnya w/p tak diberi tahu. Bila abgnya ke sekolah Adam yg main dgn tab tu kalau dia tak main dgn iPad saya.

      Memang tak boleh cakap perkara yg rahsia depan dia. Nanti kami pulak yg segan .... huhuhu

      Delete
  4. Budak se kecil adam pun tahu di dalam Masjid tu kena berdisiplin dan ada adab nya, kat Masjid Telok ni ada juga orang bawa anak anak sebaya adam tapi masalah nya bapa mereka bersembahyang anak anak dibiarkan berlari lari sesama mereka lepastu habis semua benda mereka selongkar entah apa apa naik sakit mata memandang lagi2 kalau bulan puasa bapak dengan anak sama je, bapa sibuk beborak anak2 berkeliaran kadang2 naik marah dan malu bukan apa takut ada jemaah dari tempat lain menumpang sembahyang disini sementara nak meneruskan perjalanan masing2 nanti jangan marah kalau orang kata macam ni ke jemaah dari kawasan kampung beribadah sedangkan jemaah di bandar beradab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni kalau kami solat berjemaah Adam akan ikut sampai habis sebelum dia bermain. Biasanya habis saja beri salam dia akan tanya kami "Pandai tak Adam solat?". Itulah soalan dia setiap kali berjemaah.

      Kalau dia berhenti sembahyang separuh jalan dan masuk semula sebelum salam emaknya akan kata "Tak pandai" ... hehehe

      Sesiapa yg bawa anak kecik ke masjid atau surau kenalah jaga budak2 tu. Kalau tak, boleh mengganggu jemaah lain. Kena ada jemaah yg sensitif, memang dia akan bengang. Kalau budak yg jenis mcm tu lebih elok ditinggalkan di rumah sehinggalah mereka besar sikit dan lebih bertertib.

      Delete
  5. hebak2x. Anak orang bisness, sudah tahu untung rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak tahu sangat untung rugi cuma yg dia tahu merah tu rugi dan hijau tu untung. Mungkin saham tu pun dia tak faham apa bendanya.... hehehe

      Delete
  6. nak book adam jadi broker voleh? hehehe...bagus adam, rajin ikut ayah ke surau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yg bagus tu. Tak terfikir pulak saya nak jadikan dia broker saham. Abg dan kakaknya ambil accounting.

      Adam memang rajin nak ikut ke surau tapi saya dan emaknya yg tak rajin nak bawa sebab takut dia kacau jemaah yg lain ..... huhuhu

      Delete
  7. Salam,

    Alhamdulillah, YB dah ajar Adam berjinak2 tentang dunia dan akhirat.
    Moga Adam terus ceduk ilmu dari bapanya dihari2 mendatang nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak.

      Apa2 perkara baik yg dapat saya ajar kpd Adam saya cuba ajarkan. Di rumah ini bukan saya seorg yg buat mcm tu tapi emak Adam dan abg2 serta kakak2 dia pun mengajar dia secara tak formal. Budak besar tu kalau dia suka nak belajar dia belajar. Kalau tak suka, dia tinggalkan aje .... huhuhu

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau tak semua hijau pun biarlah yg saya punya tu hijau .... hahaha Boleh mcm tu?

      Delete
  9. Hahaha...bijak sungguh Adam mengaplikasikan apa yang ayah dia ajarkan dlm kehidupan harian dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih bijak tu sampai saya naik segan. Nasib baik tak ramai yg perasan apa yg dimaksudkan oleh Adam tu ..... ngeeeee

      Delete
  10. Adam, tabung kakjuliet asek kosong jek, tolonglah penuhkan, nanti Adam dapat banyak pahala tolong orang susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam hanya mengisi tabung yg di surau atau masjid. Kakjuliet kenalah tabung kakjuliet di surau. Nanti adam datang isikan.... hehehe

      Delete
  11. Hahahhaah...kecik2 lagi Adam dah ada bakat boleh masuk Bursa Malaysia ni YB....dan ada bakat bukak katerer pengantin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sykt katering Adam tersenarai di Bursa Malaysia ... hehehe

      Delete
  12. hmm...betul2 kuah yb dah tumpah ke nasih adam. heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru kuah saya. Kalau kuah emak Adam lagi banjir nasi dia .... ngeeeee

      Delete
  13. Maksud adam mungkin lebih mendalam kot..."Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.."hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi kiyai Adam ni nampaknya kalau mendalam macam tu ... ngeeeee

      Delete
  14. Adam budak pandai.. :)
    Salam Ukhwah dan ziarah :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails