Tahniah kpd calon2 yg telah mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM yg diumumkan dua hari lepas. Anak aku takde yg ambil SPM tahun lepas. Tahun depan Haizam akan ambil SPM. Harap2 kegilaan dia dgn rancangan Korea akan berkurangan menjelang tahun depan supaya dia ada lebih masa utk mengulang kaji pelajaran.
Apa hubung kait SPM dgn pisang?
Aku tak berani nak kata makan pisang boleh jadi pandai dan boleh mendapat keputusan yg cemerlang.... ngeeee
Apa yg aku perhatikan, setiap kali keputusan peperiksaan besar diumumkan maka ramai orang akan sedekah pisang di masjid pada hari Jumaat selepas keputusan itu diumumkan.
Semasa aku ke masjid tadi, aku lihat meja tempat meletakkan barang2 sedekah penuh dgn pisang. Tembikai potong pun ada. Memandangkan belum masuk waktu lagi, aku dah Haizam pun join orangramai yg sedang makan pisang di situ. Aku dapat sepotong tembikai. Besar potongannya sehingga aku naik kembung nak habiskan. Dalam dah nak kembung tu sempat juga aku belasah sebiji pisang emas kerana sudah lama aku tak makan pisang emas yg sering dibawa belayar tu. Pisang berangan dan rastali aku tak larat nak makan dah masa tu.
Kerana banyaknya pisang yg disedekahkan pada hari ini, aku lihat masih ada lagi pisang selepas selesai solat Jumaat. Biasanya belum azan dah habis dah pisang2 itu. Haizam dan beberapa org jemaah sempat mengulang makan pisang selepas sembahyang tadi.
Aku syak sebahagian daripada pisang2 hari ni disedekahkan oleh pelajar2 yg mendapat keputusan yg cemerlang di dalam SPM.
Mungkinkah SPM itu singkatan utk Sedekah Pisang ke Masjid?
Untung2, kalau ada lebihan pisang time maghrib/isya nanti ada org bawak cekodok pisang pulak..rezeki rezeki :)
ReplyDeleteJangankan nak tunggu time maghrib/isyak tapi belum Asar pun dah habis rasanya. Kat masjid kampung saya tu ada saja org yg bawa balik pisang kadang sampai sesikat bila tengok ada pisang lebih .... huhuhu
ReplyDeletesenang nak lawas...
ReplyDeleteSNL..tak de kena megena dgn SPM...kehkehkeh!
itu sebab tak boleh makan banyak2. Takut tak sempat habis khutbah dah nak ke tandas .... hehehe
DeleteSNL tu sijil tambahan kot selepas SPM...
Geram dengan sibungsu kita yang manja masa percubaan score 6A, bila result keluar hari tu ada ke dia dapat 2A,1A+,2B+,1C dan semua subject sains dia dapat D,rasa nak pengsan saya sebab 2 anak saya yang awal dulu score 8A untuk SPM.
ReplyDeletenasib baik masa isi borang UPU hari tu abah dia suruh isi borang untuk ambik Law, insyaallah dia layak untuk ambik la sebab ada 5 kepujian. Saya kena redha bukan semua anak kita tuhan bagi cemerlang walaupun anak bungsu kita ni masa sekolah tak pernah dapat no lebih dari 10 tapi apakan daya.
Terlebih dahulu tahniah utk anak bongsu awak tu. Pencapaiannya w/p tak seperti yg awak harapkan tapi masih dikira baik kerana ramai lagi yg lebih teruk daripada itu. Sekurang2nya layak utk dia memohon kursus undang2.
DeleteSalah satu cabaran anak bongsu ialah mendapat keputusan yg lebih baik dari abg atau kakak2nya. Paling tidak pun menyamai prestasi mereka. Tapi anak2 kita tak sama kelebihannya. Ada yg lebih di bidang akademik dan ada yg lebih di bidang lain.
Setelah kita memberikan segalanya dan dia pun telah berusaha, terima ajelah dgn redha.
saya suke ayat last tu...dan kira cam setuju je ..hehheeh
ReplyDeleteTerima kasih menyukai ayat yg last tu..... ngeee
Deletelogik SPM YB tu
ReplyDelete:D
kalau dulu masa ada SRP adakah itu utk Sedekah Rambutan Pulak? hehehe
DeleteSPM tu memang kena sangatlah dengan maksud dia :)
ReplyDeleteDi masjid2 lain pun rasanya ramai yg sedekah pisang pada Jumaat lepas.
DeleteSelepas ni kita tunggu siapa pula buat kenduri kesyukuran.
Hahaha..tabik lah dengan kemampuan mental YB..sampai ke situ di ulasnya. apa2 pun pisang emas sedap, tak belayar dan tak masak di atas peti pun boleh makan jugak!
ReplyDeleteSampai tabik? Terima kasih. Saya ni biasa2 aje. Suka memerhatikan keadaan sekeliling dan melihatnya dari sudut yg berbeza.
DeletePisang emas dah kurang skrg ni. Yang biasa org bawa ke masjid adalah pisang berangan. Mungkin tandannya yg kecil membuat peladang kurang berminat menanamnya kerana hasil setiap pokok tak selumayan pisang berangan.
dulu saya solat jumaat kat masjid subang jaya, nasik lemak di sedekahkan nya..walauweehhhhh...memang cepat licin...tak sempat masuk zohor lagi dah kosong bakul..haha
ReplyDeleteSedekah nasi lemak atau apa2 yg dimakan org adalah lebih baik. Ada juga org yg tak berapa mampu terutama bila bulan tua dapat menefaatkan sedekah spt itu.
DeleteDoc ikut jugakah makan nasi lemak tu?
Sabo je la... Sampai ke situ YB mikio yaa.. Memang layak jadi YB ni.. hehe...
ReplyDeletenampak banyak pisang kali ni berbanding Jumaat2 lain. Itu yg terpikio ke situ.... hehehe
Delete