Malam ini ustaz yg mengajar di surau tempat aku diajukan satu soalan oleh salah seorang jemaah.
"Antara akal, hati dan nafsu yg mana satu mengawal perbuatan manusia?" tanyanya.
"Hati yg mengawal," jawab ustaz.
"Jika hati itu baik, baiklah perbuatan org tersebut. Jika hatinya rosak, maka rosak jugalah tindakannya," sambung ustaz lagi.
Akal manusia bergantung kepada akal sedar dan separa sedar. Akal separa sedar yg banyak mempengaruhi perbuatan seseorang. Ini bergantung kepada pendidikannya, persekitaran dan pengalamannya.
Akal boleh menipu terutama lelaki sebab lelaki ada 9 akal!
Tapi matanya tak boleh menipu. Kalau nak tahu samada dia bercakap benar atau menipu, perhatikan gerak matanya ketika dia bercakap.
Jika matanya bergerak ke arah atas sebelah kanan, itu tandanya dia tidak bercakap benar. Manakala jika matanya bergerak ke sebelah atas kiri, itu bermakna dia bercakap benar. Ini untuk orang right handed. Kalau org kidal, ianya reverse. Jika matanya bergerak ke atas sebelah kanan, itu tandanya dia bercakap betul tapi jika matanya bergerak ke atas sebelah kiri, itu tandanya dia dusta.
Bila seseorang itu matanya bergerak ke kanan, akalnya sedang memikirkan sesuatu alasan yg dia rasa org yg bertanya itu mahu dengar. Biasanya dia akan mereka-reka cerita.
Bila matanya bergerak ke kiri itu tandanya akalnya sedang mengingat pengalaman lalu atau perkara yg betul2 pernah berlaku kepadanya. Di dalam hal ini dia akan bercakap yg benar.
Untuk lelaki perhatikan mata kanannya dan utk wanita perhatikanlah mata kirinya bila bercakap. Lihat ke sebelah mana matanya itu bergerak bila dia bercakap.
Selamat mencuba.
hanya orang yg pandai perati betul2 je boleh dapat baca seorang itu - kalau aku ni kena kelentong aje le. Hang pernah tak pergi buat rawatan alternatif dengan melihat anak mata? ianya memang tak boleh nak tipu - benar ! kita boleh tahu penyakit yang kita ngidap melalui lihat anak mata ni
ReplyDeleteUstaz ini yg juga Pengerusi surau kami pergi belajar ilmu membaca fikiran orang dari gerak mata ni. Kena RM650 utk setiap tahap. Dia baru habis tahap 1 dan nak masuk tahap 2. Semuanya ada 7 tahap.
DeleteSaya tak pernah pergi rawatan alternatif dgn melihat anak mata. Apa yg awak kata tu betullah kalau kita percaya apa yg ustaz kami ni cuba sampaikan.
Adoii...
ReplyDeleteSaya pulak malu nak pandang mata orang.. Dan lagi malu kalau orang pandang mata saya..
Kena pakai cermin mata hitam la pulak... hehehe...
Memang ada org yg malu nak pandang mata org bila bercakap. Tapi ada masanya kita kena melihat ke mata org yg kita bercakap tu terutama semasa kita nak tau dia bercakap benar ke tidak.
DeleteNanti bila Cik Azz cakap kat pakwe awak nak tahu dia betul2 cinta awak ke tidak, lihatlah matanya.
Kalau dalam bangunan janganlah guna cermin mata gelap. Nanti org ingat cacat penglihatan pulak .... huhuhu
sebab tu di galakkan pandang mata orang yg sedang bercakap dengan kita ....dan yg paling tak suka bila dia bercermin mata hitam bila bercakap depan kita hehe..
ReplyDeleteBos mcm zino ni tentu dah biasa guna teknik spt ini terutama bila kita bercakap dgn anak buah atau dgn kontraktor.... hehehe
DeleteKalau tengah panas pakai cermin mata gelap adalah juga alasan dia. Kalau tidak, minta aje dia buka spek gelap dia tu
errrr.. kalau mata orang tu juling macamana ek..
ReplyDeleteentah. Belum habis menuntut . Nanti saya tanya ustaz tu.... hehehe
Deleteboleh tak kita tipu orang dengan menggerakan mata ke kiri walaupun kita cakap benda yg tak betul ?
ReplyDeleteabg juga dah komen entri awak sebelum ini ..
Ustaz kata melalui kajian tak boleh nak buat mcm tu. Benda ini separa sedar dan diluar kawalan akal.
DeleteTerima kasih komen di entri saya yg sebelum ini. Saya dah terangkan kenapa dia naik first class.
kalo dia bercakap sambil pejamkan mata? hehe ...^_^'
ReplyDeleteItu tandanhya dia mengantuk ... hehehe
DeleteRamai yang cakap begitu, kalau nak tahu seseorang itu menipu tengok matanya kalau matanya memandang lain bila bercakap memang sah dia menipu, tapi kadang2 ada jugaorang yang memandang tepat pada mata kita bila bercakap pun menipu juga, habis macam mana tu yb.
ReplyDeleteApa yg ustaz tu sampaikan adalah hasil kajian oleh banyak pihak termasuk pasukan risikan Barat. Ketepatan adalah tinggi.
DeleteKalau mata tak bergerak, belum diterangkan oleh ustaz itu. Tapi biasanya bila kita renung mata seseorang semasa dia bercakap, mata itu akan bergerak samada ke kiri atau ke kanan. Pada masa itu kita tahu samada dia bercakap benar atau sebaliknya.