Saturday, February 11, 2012

SRJK Brickfields 1

Cuti Thaipusam baru2 ini aku membawa keluarga aku ke sekitar Kuala Lumpur.  Kalau sebelum ini kami ke Melaka (cuti tahun baru), Kuantan (cuti CNY) dan Lumut (cuti Maulidur Rasul) maka apa salahnya kami makan angin di Kuala Lumpur pula.

Mula2 aku bawa mereka menjamu selera di R&R Awan Besar.  Kami makan nasi kukus berlauk ikan bakar di gerai Aliaa yg femes  kat situ.  Anak2 aku juga order spaghetti dan chicken chop di gerai sebelahnya.


Dah habis makan baru ingat nak ambil gambar


Selepas makan aku bawa mereka ke Brickfields.  Little India tak sibuk seperti biasa kerana kebanyakan warganya berada di Batu Caves.

Dah banyak berubah tempat tu dibandingkan semasa aku kecil dulu.  Jalan utama sudah jadi jalan sehala. Bangunan lama sudah berganti dgn yg baru dan premis perniagaan yg sering aku kunjungi semasa aku kecil lebih 30 tahun dulu banyak yg dah berubah.  Panggung Lido pun sudah tiada lagi.  Di panggung itulah abah aku pernah membawa kami sekeluarga menonton filem "Lain Jalan Ke Syurga".


Dari depan bekas Lido itu aku membelok ke kanan ke arah sekolah rendah aku dulu.  Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Brickfields 1.  Sekarang dah bukan SRJK lagi sebab dah jadi sekolah kebangsaan.


Adam berdiri di hadapan sekolah di mana ayahnya pernah belajar dulu


Macam tahu- tahu aje pihak sekolah ni yg aku nak datang melawat bekas sekolah aku ni.  Siap pasang kain rentang mengucapkan "Selamat Datang & Kembali Ke SK Brickfields 1".

Tak ramai bekas pelajar sekolah ini yg jadi orang terkenal kerana maklumlah sekolah ini bukan di kawasan elite.  Tapi masa aku belajar dulu, kami diajar di dalam bahasa Inggeris.  Murid-murid pun terdiri dari pelbagai kaum.  Melayu, Cina dan India hampir sama banyak.  Setahu aku bekas pelajar sekolah ini yg paling berjaya setakat ini ialah Tan Sri Ananda Krishna.  Beliau senior aku tetapi aku tak kenal dia pun masa dia di sekolah ini.  Dari sekolah ini dia melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution.  Aku pun ikut jejak dia belajar di VI.  Sekarang dia dah jadi billionaire tapi aku masih merangkak nak jadi jutawan.

18 comments:

  1. Insyaallah saya doakan yb jadi jutawan, yang penting rajin bekerja dan sumber rezeki yang halal yang selebihnya sentiasa meminta dengan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas doa awak tu. InsyaAllah semoga menjadi kenyataan tahun ni .... ngeeee

      Delete
  2. insyaallah.kalau rezeki nak jadi jutawan , jadilah yb. yang penting usahanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha dah berpuluh tahun. InsyaAllah tak lama lagi kot .... ngeeee

      Delete
    2. insyaallah...lehlah belanja makan ni. hahahaha

      Delete
    3. InsyaAllah takde masalah setakat nak belanja makan.

      Delete
  3. Insyaallah...satu hari nanti ade bekas pelajar Sekolah Brickfields yg jadi jutawan... bolehlah pihak sekolah kejap2 datang mintak derma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun pihak sekolah boleh minta derma dari Tan Sri billionaire tu.... hehehe

      Delete
  4. lama tak tengok adam. masih comel macam maknye:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam makan banyak pun tak nak gemuk. Tapi emaknya dah mula berisi .... huhuhu

      Delete
    2. berisi sikit tu takpe yb.....

      Delete
    3. Mula2 sikitlah. Kalau tak kawal takut berisi banyak .... huhuhu

      Delete
  5. Jutawan atau tidak, janji bahagia. Saya seronok tgok kebahagiaan YB sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Hani tu. Yang penting bahagia.

      Niat saya nak jadi jutawan bukan semata2 utk menambah kebahagian keluarga kami tapi dgn rezeki yg lebih itu saya berniat utk menolong org lain bahagia. Kalau ada sykt besar dapatlah menggaji ramai pekerja dan dgn gaji yg mereka dapat, bolehlah mereka gunakan utk keluarga mereka.

      Delete
  6. mengimbau kenangan lalu disekolah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan lama tu. Nasib baik belum delete dari memori .... hehehe

      Delete
  7. kalo berani sila dtg ke batu caves masa thaipusam, pehhhhhh, macam2 bau ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ajelah. Awak ajelah tolong hidu bau2an itu utk saya.

      Lama tak nampak awak. Welcome back juliet.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails