Pagi tadi aku ke Majlis Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru atas urusan kerja. Aku ke sana dgn wakil juruperunding projek - seorg jurutera wanita. Kerana pejabat MDHS yg agak jauh dari KL kami berkongsi kereta. Jimat minyak dan jimat tol. Aku tak kisah naik kereta dia atau kereta aku tapi kerana dia dah siap parking keretanya di stesen minyak tempat kami berjumpa, maka kami menaiki kereta aku.
Dalam perjalanan mula2 kami berbincang pasal projek. Memandangkan perjalanan yg agak jauh selepas habis bincang pasal projek aku tanya dia soalan mengenai keluarganya. Sebelum ni adalah kami berjumpa 3-4 kali pasal projek ini.
Dia ada seorang anak berusia 1 tahun 2 bulan tetapi ditinggalkan di kampung utk dijaga oleh ibunya (nenek kanak2 tersebut). Dia tinggal menyewa sebuah rumah pangsa 3 bilik tak jauh dari tempat kerjanya . Dia tinggal seorang diri kerana suaminya yg merupakan seorang guru ditugaskan mengajar di pendalaman Bahagian Sibu, Sarawak. Dah 3 tahun suaminya bertugas di sana.
Mereka berkenalan semasa sama2 menuntut di Skudai. Setelah tamat pengajian, mereka sama2 bekerja sebagai jurutera. Suaminya dgn sebuah sykt pembinaan manakala isteri bekerja dgn konsultan. Kerana tak tahan dengan tekanan kerja, suaminya mengambil keputusan utk mengambil KPLI dan menjadi guru matematik.
Kesian aku dengar nasib mereka. Demi membina kehidupan mereka terpaksa berpisah antara suami isteri dan anak yg masih kecil.
Semasa aku baru kahwin dulupun aku kerja di Sarawak. Tapi nasib aku baik kerana aku boleh membawa emak Adam tinggal bersama aku di Miri. Bila pengantin baru tinggal bersama, tak sampai 10 bulan dapatlah anak .... hehehe
Oh ya. Semasa kami minum setelah selesai tugas tadi, jurutera wanita ini bertanya samada aku kenal sesiapa di Kementerian Pelajaran.
"Ada saya kenal seseorang penting di sana," kata aku.
"Siapa yg YB kenal?" tanya dia penuh harapan.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin," balas aku sambil tersenyum.
"Saya kenal dia tapi dia tak kenal saya," cepat aku menyambung.
Maaf tak dapat den menolong. Buat masa ini terpaksalah mereka berjauhan dan kesepian bila tiba waktu malam.
ayat YB tang "kesepian bila tiba waktu malam" tu memang sesuatu hehehe...
ReplyDeleteshe's such a strong lady. i don't think i can be as strong as her, esp with anak... hallamak dengan anak buah tinggal lama sikit pun rindu-rinduannnn... inikan jumpa seminggu sekali je, paling kurang.
Tambah2 malam Jumaat mcm ni farrah. Pasangan lain memadu kasih tapi mereka terpaksalah pendamkan rasa rindu. Masing2 tengok cicak kat siling aje .... huhuhu.
DeleteYes. She's a strong lady. Seminggu sekali baru dapat jumpa anaknya yg ditinggalkan di kampungnya di Kuala Kangsar. Kadang2 2 minggu baru jumpa bila dia ada banyak kerja. Suaminya lebih kesian lagi kerana bila cuti sekolah saja baru dapat balik berjumpa keluarga.
Semoga ikatan mereka berkekalan tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak... Jauh di mata, dekat di hati... ehehh...
ReplyDeleteBegitulah yg kita harapkan.
DeleteBak kata pepatah, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Zaman sekarang ni memang banyk pasangan yang terpaksa berkorban dn berjauhan demi sebuah kebahagiaan.
ReplyDeleteTapi ada juga kes, duduk serumah pun dok sepi lagi. Atau alasan?
Kesiannya jurutera tu. Memang sunyi tu. Soh dia jadi blogger.!
Saya tabik pasangan yg sanggup berkorban sebegini. Semoga kebahagiaan yg dicari akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
DeleteKalau duduk serumah tapi masih sepi itu mungkin tiada keserasiaan. Skrg ni sekeluarga duduk makan semeja pun masing2 sibuk dgn hp dan bukannya nak bercakap sesama ahli keluarga .... huhuhu
Satu cadangan yg wajar difikirkan agar dia jadi blogger. Tapi nanti kalau dia terbaca n3 marah pula dia kat saya .... ngeeeee
ramai yang terpaksa lalui keadaan camni...sabar je la...tu je leh ku katakan.....
ReplyDeleteDulu saya ingat tak ramai yg macam ni. Kalau ada pun weekend husband iaitu mereka akan balik ke rumah pada hujung minggu. Tapi ini kes balik 3-4 bulan sekali bila cuti sekolah.
DeleteSemoga mereka yg terpaksa melalui keadaan begini tabah dan sabar.
salam YB,
ReplyDeleteAi sempat tinggal serumah dengan enJekjek selama sebulan je.
lepas tu kami melalui perkahwinan jarak jauh selama 3tahun.
skrg dah 6tahun 2bulan kahwin so maknanya baru 3tahun 2bulan le sebumbung. ecewah.
jiran seblah umah saya plak sejak dari kahwin sampai la ni dah setahun lebih kahwin tak pernah tingal sebumbung sebab wife dia pun kt sarawak. tapi dah rezeki terus bunting pelamin. skrg anaknya dh setahun 2bulan dijaga oleh keluarga isterinya.
kesian baby kecik2 dh kena tinggal. itulah pengorbanan....
Salam AiTotYati,
DeleteCer citer nape Tot dan enJekjek tak dapat tinggal sama selepas sebulan berkahwin. Cubaan besar tu. Skrg pun Tot jadi weekend wife kan sebab sambung belajar.... hehehe
Kalau suami kerja kat Sabah/Sarawak tu pun dah mencabar. Tapi jiran Tot tu isterinya yg kerja kat sana. Kesian anaknya tak dapat rapat dgn ibunya.
Dengar kisah2 mcm ni buat saya tambah bersyukur dgn keadaan saya yg dapat sentiasa bersama keluarga
Kadang kadang berjauhan tu bertambah sayang yb, saya ada kawan yang berjauhan dengan isteri selama 8 tahun kerana tuntutan kerja sangat baik anak anak semua di jaga nya, isterinya pula balik setiap hujung minggu dan baru tahun lepas mereka sebumbung. Saya perhatikan kehidupan mereka sangat bahagia.
ReplyDeleteItu kisah sebuah keluarga yg hebat. Boleh jadi contoh kpd keluarga lain yg terpaksa duduk berjauahan.
Deletesempat lagi buat loyar buruk tu..
ReplyDeletebila baca ni, benda yang bermain di kepala ialah:
"nasib baik ibunya masih ada..doakan jelah diorang wat masa ni,,"
dan
"teruk ke tekanan kat syarikat pembinaan?" - fikiran bakal pencari kerja
Loyar buruk utk kurangkan tekanan dia. Dia kata nak cari kerja lain kalau boleh sebab kerja skrg membebankan.
DeleteNasib baik emak dia masih ada dan masih kuat utk menjaga cucu.
Biasanya memang teruk tekanan di sykt pembinaan sebab nak kejar masa dan kena kawal mutu dan kos. Kalau Zaren nak kerja yg kurang sikit tekanannya, cuba bekerja dgn sykt yg jadi client dan bukannya kontraktor atau supplier.
hihi..sempat pula loyar buruk..
ReplyDeletesaya pun tak sanggup berjauhan macam tu
tempat isteri adalah di sisi suami..
kalau dah tak boleh ikhtiar lain
mmg kena solat hajat banyak2
semoga urusan dorang berdua dipermudahkan Allah
Saya manalah kenal org2 penting ni lebih2 lagi di KPM sebab saya jarang ada urusan di sana. Itu yg terkeluar loyar buruk tu ... hehehe.
DeleteKalau saya pun mungkin tak sanggup terutama masa anak masih kecil ni. Semoga mereka terus tabah dan dipermudahkan Allah utk hidup bawah satu bumbung.
huhu..takot jugak sebut pasal 'dah nikah, tapi duk jauh-jauh ni'
ReplyDeletetunang saya kena balik kerja di kampung, saya pulak masih kena habiskan Master dulu. lepas tu ada kontrak kerja pulak lebih kurang 2 tahun. lama lagi la kena berjauhan.
tapi, bila baca pengalaman akak2 dan abang2 yg lebih senior bab hidup berjauhan ni macam takde masalah jer, sy pun lega skit..
doakan kami dapat buat yg terbaik..