Ingat tak kereta Toyota Camry aku yg dah dibuat body kit oleh anak aku Hazwan? Dah tak rupa Camry lagi kereta tu. Selain bentuk badannya yg menggiurkan, Hazwan juga menambah beberapa gajet pada kereta itu. Antaranya:
1) kamera di depan dan belakang kereta. Senang dia nak tengok berapa jarak kereta itu dgn halangan semasa parking dan mengundur.
2) remote sensor yg disambung ke pusat kawalan di Batu Caves. Kalau ada gegaran atau sesuatu yg tak kena berlaku ke atas kereta itu, org di pusat kawalan akan telefon Hazwan bertanya samada kereta dia selamat atau mungkin dah dilarikan orang. Kalau mereka tak dapat call Hazwan, mereka akan call aku. Biasanya aku kata aku tak tahu sebab kereta itu dibawa oleh anak aku ke Universiti.
3) alat utk hidupkan enjin dari jauh.
Hazwan pasang alat ni sebab menyenangkan dia nak panaskan enjin di waktu pagi sebelum dia ke kuliah.
Semalam semasa kami ke rumah sepupu aku di Olak Lempit yg mengadakan majlis perkahwinan anaknya, Hazwan tinggal di rumah dgn neneknya. Bila kami balik malam tadi aku dapati serpihan body kit kereta Camry di atas lantai garaj.
Bila aku bertanya dgn Hazwan dia memberitahu kereta itu telah mengundur dan melanggar dinding rumah semasa dia hidupkan enjin dari dalam rumah. Mungkin gear kereta itu dimasukkan ke gear reverse tanpa sengaja sebelum dia keluar dari kereta itu hari sebelumnya.
"Patutlah masa Hazwan start kali pertama tu ia tak mahu hidup. Bila start kali kedua baru enjinnya hidup tapi terus melanggar dinding rumah!" kata Hazwan.
Nasib baik dinding tu kuat. Kalau kereta tu parking depan pintu, dah tentu Camry tu masuk ke ruang tamu masa aku balik rumah malam tadi ..... huhuhu
1st tak ni ??
ReplyDeleteYa first kali ni.
DeleteTahniah!
setelah sekian lama.....
ReplyDeletehehehe...
Lepas ni Reen bolehlah memberi saingan utk first mcm dulu tu. Dulu sampai berjaya mendapat hadiah .... ngeeee
DeleteWOw...ada gambar tak? nak tengok Camry yg kemalangan tu.... tak teruk sangat kot...??
ReplyDeletePagi tadi belum sempat saya nak ambil gambar Hazwan dah hantar pergi repair sebelum dia pergi kuliah. Teruk jugalah sebab hancur di tiga tempat di sebelah belakang body kit tu. Tak tahu berapa ringgit yg akan terbang. Dia kata malam esok siap.
Deletedah serupa kereta sukan tak ?
ReplyDeleteHa'ah mcm kereta racing GT Japan tu. Dah beberapa kali semasa Hazwan berhenti di lampu isyarat ada org yg kereta mcm tu juga ajak racing!
DeleteGambar kereta tu ada kat n3 saya dulu. Tadi tak sempat nak link sebab dah nak azan asar .... ngeeee
Saya suka kereta Toyota..kereta pertama saya beli ialah kereta Toyota Corolla... kereta kedua juga Toyota... dah lama berangan nak kereta Toyota Camry, tapi tak kesampaian ... apatah lagi Toyota Vellfire...angan-angan saja....huhu
ReplyDeleteKereta Toyota agar reliable. Resale value dia pun ok juga kalau nak jual. Tapi Camry saya tu first generation. Kalau jual takde harga. Itu yg bagi anak saya pakai buat pergi kuliah. Tapi org muda mana nak pakai kereta mcm tu lalu dibeganya sampai jadi mcm kereta racing.
DeleteInsyaAllah tak lama lagi Azzah boleh pakai Vellfire. Kan hari tu sampai tak cukup kereta sebab anak2 Azzah pun gunakan kereta yg ada tu.
macam-macam gadget yg dipasang...dah macam Inspector Gadget aje...hehehe
ReplyDeleteBudak skrg mcm tulah. Oh ya. GPS pun ada. Maklumlah mereka ini bukan pandai sangat tentang jalan2 ni .... hehehe
Deleteyg penting, takde kemalangan jiwa.
ReplyDeleteMana nak kemalangan jiwa sebab takde org semasa kereta tu bergerak.... ngeeeee
DeleteYB.. macam2 ada sekarang ye... tapi bahaya jugak tu... nasib baik kereta tak terus landing kat ruang tamu...
ReplyDeleteSkrg ini aksesori kereta kadang2 lebih mahal daripada keretanya .... hehehe
DeleteKereta tu diparkingkan mengundur di porch rumah kami. Itu yg ia langgar dinding bila ia bergerak. Kalau tak parking mengundur sudah tentu ia langgar gate. Mahu roboh gate dibuatnya.
saya rasa saya tak penah lagi race dgn kete hazwan kot. heheh.
ReplyDeletecanggihnye kete dia.
wah GB pun kaki race jugak ke? Sebelum race dgn camry dia bolehlah cuba lawan go kart dulu kat sebelah Stadium Shah Alam tu....
DeleteSalam,
ReplyDeleteNasib tak berlaku kemalangan yang lebih teruk.
Melanggar 'siapa yang ada dibelakang kereta.
Ishhh..seram pulak bila memikirkan nya..
Wsalam Kak.
DeleteSepatutnya enjin itu tak boleh hidup sebab gear tak free tapi mungkin setelah anak saya cuba start kali kedua, enjin tu hidup juga dan kerana gear diletakkan di kedudukan reverse, kereta itu bergerak sendiri. Mujurlah tiada sesiapa yg tersepit di antara kereta dan dinding rumah
Aduhai..sabo je la..
ReplyDeleteDah beberapa kali body kit tu rosak sebab body kereta tu dah jadi rendah sangat. Biasanya sebab terlanggar kerb atau bump tapi ini kali pertama sebab langgar dinding rumah sendiri. Memang kena sabo aje terutama bila nak keluarkan duit esok .... huhuhu
Deletebahaya juga kalau main start jarak jauh nie...hehehehe
ReplyDeleteKalau boleh kawal stereng dari jarak jauh sekali takpe jugak. Ini cuma boleh hidup dan matikan enjin jarak jauh ..... ngeeee
Deletetukar kereta terus laaaaa :D
ReplyDeleteKalau tukar kereta nanti awak tak rasa nak naik camry tu .... hehehe
DeleteWah kreatif betul hazwan ya, nanti boleh jadi designer atau engineer kereta yang berjaya insyaallah.
ReplyDelete