Tengahari semalam kami ke majlis perkahwinan anak jiran yg diadakan di sebuah dewan di Kem Wardieburn, Setapak. Jiran kami tu pegawai tentera. Anak dia perempuan. Bekerja sebagai eksekutif di Bank Rakyat. Pasangannya seorang jurutera Petronas yg sekarang bertugas di Lapangan Terbang Langkawi.
Semasa majlis itu ada seorang ibu muda yg mendokong anaknya duduk di meja sebelah meja kami. Dia asyik tersenyum kpd aku dan emak Adam. Kami pun balas senyumannya. Nak kata kenal dia kami tak kenal. Selesai kami makan dan sementara aku minum teh tarik akhirnya perempuan itu menegur aku.
"Ini jiran Makcik Saadiah kan?" tanya dia. Puan Saadiah itu adalah isteri pegawai tentera yg mengadakan majlis tersebut.
"Ha'ah, itu jiran saya," jawab aku.
"Saya ini anak sedara dia. Ini Yunus Badawi kan?" tanya dia lagi.
"Ya," balas aku separuh terpingga kerana macamana dia tahu nama aku.
"Saya pembaca blog awak," terang dia.
"Oh pembaca senyaplah ya?" kataku.
"Dulu pernah sekali saya komen tapi dah lama dah." jelasnya.
"Nama siapa," aku ingin tahu lebih lanjut.
"Azie. Saya tinggal di JB." katanya.
Sementara itu emak Adam yg telah berpindah ke meja sebuah lagi kerana Adam dan kakaknya duduk di sana memerhatikan kami sambil tersenyum. Emak Adam pun bangun menghampiri kami lalu aku perkenalkan Azie kpdnya.
Itu kisah di majlis perkahwinan itu.
Selepas majlis itu kami pulang ke rumah sebelum bergegas pulang ke kampung emak Adam kerana sudah beberapa minggu kami tak menziarahi nenek Adam. Emak Adam sudah berpakat dgn kakaknya utk balik kampung minggu ini. Biar gembira sedikit nenek Adam melihat anak2, menantu dan cucu2 balik kampung.
Pukul 8:30 malam kami bertolak balik ke KL kerana pukul 9:00 malam jiran kami yg satu lagi hendak mengadakan mesyuarat utk kerja kahwin anaknya pada 10 Mac akan datang. Kiranya majlis berkampunglah malam tadi iaitu membahagi2kan tugas.
Sebaik kereta yg aku pandu memasuki lebuhraya LATAR, telefon emak Adam berbunyi. Aku syak mesti kawan baik dia yg juga jiran selorong kami. Tekaan aku tepat. Dia dan beberapa orang jiran kami yg selorong dah nak ke rumah jiran yg nak berkampung tu. Masa tu pukul 9:04 malam. Emak Adam memberitahu bahawa kami masih di perjalanan. Kami akan lewat sedikit. (masih ada 60km lagi perjalanan).
Akupun berdesup dan tepat setengah jam kemudian kami tiba di rumah.
Selepas meninggalkan Adam di rumah, kami suami isteripun pergi ke rumah jiran yg terletak 150 m dgn berjalan kaki.
Sampai di sana jiran2 dan tuan rumah sedang rancak berbincang tentang persiapan majlis tersebut termasuk pembahagian tugas. Apabila sampai bab melantik ketua bahagian penyediaan minuman semua melihat kepada aku.
"YB boleh in cas jaga air?" tanya pengerusi majlis yg siap mencatit minit.
Aku sengih dan kata, "InsyaAllah takde hal."
Maka dengan rasminya aku menjadi tukang bancuh air tiga minggu dari sekarang.... hehehe
panjang betul mukadimahnya... hehehe
ReplyDeleteKalau semua tu nak letakkan kat tajuk panjang betul pulak tajuk n3 ni .... hehehe
DeleteGlamer dah YB skrg.
ReplyDeleteeh bukan dari dulu lagi ke dah glamer? hahaha
Deletewahhh! ada peminat, mcm artis. ehehe.
ReplyDeletepastikan air yg di bancuh tu secukup rasa ya.
Bolehlah bust fan club kalau mcm ni. Juliet jadi ahlinya tau ... hehehe
DeleteJom tolong saya pada hari tersebut. Nanti saya berikan bunga dari duit yg utk saya tu kpd awak .... ngeeeee
Tu la pasal..bila ada blog dan kita letak gambar kita, secara tak langsung, pasti ada org akan kenal kita bila keluar jalan2..so sila behave bila diluar..hahaha
ReplyDeleteBetul tu. Bila saya perkenalkan emak Adam kpd Azie semalam dia dah kenal emak Adam. Nampaknya emak Adam pun dah femes. Entah2 dia lagi femes daripada saya ..... hahaha.
DeleteBlogger mcm doc dan saya yg letak gambar kita tanpa segan silu dan was2 ni biasanya jenis yg well behave bila di luar ... wakaka
yb,
ReplyDeleteu dah cek ranking kefemesan u?
tah-tah lebih dr makmerah.tett!
ahahaaa
Dah lama tak cek.
DeleteMakmerah yg mana ni? Takut nanti saya salah org huhuhu
lagi 60km dan setengah jam dah sampai... paling komanpun 120km/j tu...
ReplyDeleteDari LATAR, saya gunakan GCE utk masuk ke PLUS sehingga ke Tol Duta. Dari situ saya gunakan DUKE sehingga ke rumah. Ada tempat2 yg boleh tekan lebih sikit ... ngeeeeee
DeleteYB dah makin femes :D
ReplyDeleteTak femes mana pun. Perasan aje yg lebih ... huhuhu
DeleteNasib baik saya dah tak tinggal kat Johor dah... sebab nama sayapun Azie jugak... ehehh...
ReplyDeleteEhh.. Apsal lak kuar Johor ni.. Keliru dah saya ni.. hahaha... Sorriii YB...
Delete*nyorok jap.... huhuhu...
Baru saya tahu Cik Azz pun bernama Azie jugak. Dan dari Johor.
DeleteSaya dan emak Adam pernah tinggal di JB 20 tahun dulu. Anak ketiga kami lahir di sana ... hehehe
Janganlah menyorok. Susah saya nak cari nanti .... huhuhu
DeleteYb ni mesti master buat air, kenduri di kem tu pun buat air juga kalau tak sedap air tu tak tahu lah.
ReplyDeleteBuat air bukanlah susah sangat. Janji bahan2nya cukup termasuklah air batu. Dulu masa kecil saya biasa berniaga air minuman di kawasan Lake Garden, KL.
DeleteAir yg kat kem tu bukan saya yg buat. Tuan punya majlis guna khidmat caterer.
agak2 kalau jumpa sy kenal ke tak yer?hehe
ReplyDeleteIrfa,
ReplyDeleteSaya tak pernah tengok gambar awak. Jadi susah nak kenal. Kalau awak nampak saya atau emak Adam dan kenal kami, tegurlah kami.
Salam, En YB..
ReplyDeleteHehe, saya lah orang yang menegur En YB & Mak Adam hari tuh ..
Tak sempat nak bual panjang..:)
Lagipun entry dah baca dari minggu lepas, tak sempat nak balas dah outstation pulak..
Anyway, wish you best of luck in business.