Petang Ahad baru2 ni aku, emak Adam dan Adam balik kampung nenek Adam di Tg Karang. Anak2 yg lain tak ikut sebab nak siapkan kerja sekolah.
Setelah kami keluar dari lebuhraya LATAR menuju ke pekan Bukit Rotan tiba2 kami nampak beberapa orang pemuda India dan Indon menjual cendawan. Mereka berdiri di tepi jalan dengan sebelah tangan memegang 2-3 kuntum cendawan manakala sebelah tangan lagi memegang beg plastik berisi cendawan busut yg hendak dijual.
Sebahagian yg menjual itu di sebelah kanan jalan. Jadi agak sukar aku nak ke sebelah sana kerana jalan itu sudah jadi 3 lorong sekarang. Yang berdiri di sebelah kiri pula aku dah terlepas. Di dalam mata aku dan emak Adam memerhatikan kalau2 ada lagi org yg jual cendawan itu tiba2 kami lihat ada seorang yg di sebelah kiri jalan. Masa aku nak berhentikan kereta aku ada pula sebuah motorsikal yg mengikuti kereta aku dgn agak rapat. Kalau aku berhenti mahu disondolnya kereta aku kerana aku lihat dia tetap mengekori kereta aku dgn rapat w/p aku dah bagi signal. Aku pun terus. Nyata emak Adam agak kecewa. Ini yg tak best. Aku pun bertanya kpd emak Adam samada kita harus berpatah balik sebab semakin ke hadapan semakin tipis peluang nak jumpa org yg jual cendawan. Kat jalan itu bukan senang nak U turn sebarangan sebab kenderaan banyak. Kenalah cari kalau2 ada lorong ke kiri atau kanan jalan.
Sedang aku meninjau2 peluang membuat U turn tiba2 kami terlihat seorang pemuda berdiri di tepi jalan dgn 2 kuntum cendawan di tangan kanannya sementara tangan kirinya memegang lima beg plastik berisi cendawan utk dijual. Sebaik dia melihat aku nak memberhentikan kereta di tepi jalan dia pun menghampiri kereta kami.
"Berapa sebungkus ni?" tanya emak Adam.
"Sepuluh ringgit," jawabnya sambil membuka plastik bekas cendawan.
"Apasal kecik2 sangat?" tanya emak Adam apabila melihat cendawan di dalam plastik tu.
"Ha'ah yg dipegang besar2 tapi yg dalam plastik tu kecik. Pandai kau ni ya," kata aku tak puas hati dgn taktik si penjual.
Emak Adam tanya kpd aku samada nak beli ke tidak sebab kecik2. Sebelum ni kami pernah beli cendawan di kawasan itu tapi agak besar. Beberapa bulan lepas ada juga org jual cendawan di situ tapi RM10 sedikit aje. Kami tak jadi beli masa tu.
"Kalau ambil dua plastik lapan belas," kata penjual itu setelah tengok kami mcm tak nak beli.
"Alaaa dua plastik lima belaslah," emak Adam cuba menawar.
"Tak dapat. Kalau ambik tiga plastik duapuluh lima," dia membuat tawaran balas.
Setelah berbincang2 antara emak Adam dan aku, kami pun beli 3 plastik. Boleh beri kepada Kak Long yg juga balik kampung petang tu.
Cendawan yg telah dibersihkan
Tengahari dan malam semalam puas kami makan sayur cendawan. Atikah yg dah pergi ke UiTM pagi semalam sanggup balik malam tadi kerana nak merasa sayur cendawan ni.
Dah tinggal sikit baru ingat nak ambil gambar
lama tak makan
ReplyDeleteagak susah nak dapat cendawan busut ni. Kalau cendawan tiram tu banyaklah .... ngeeee
Deletemakan elok elok ya
ReplyDeleteHabis dah kami makan semalam. Bila balik kampung lain kali harap2 adalah lagi
Deletetak pernah makan. tapi mesti sedap nih
ReplyDeleteRugi kalau tak pernah makan. Lain kali kalau lalu jalan tu cuba2lah tengok kalau ada org jual cendawan.
DeleteSedapnya hingga menjilat sudu ... hehehe
YB...kecur airliur tgk cendawan busut tu... susah nak dapat sekarang... dulu masa kecik2... ikut mak sedara menoreh dptlah merasa kalau terjumpa... tapi sekarang dah berpuluh tahun tak rasa... makan cendawan tiram je...hehehe
ReplyDeleteHanya org yg pernah merasa nikmatnya cendawan busut ini yg akan tahu betapa sedapnya ia. Dulu memang ada di kebun2 dan di estet terutama bila lepas hujan malam sebelumnya. Dari situ kot timbulnya perumpamaan macam cendawan tumbuh lepas hujan ..... hehehe
DeleteDulu Kak Anie menoreh juga ke atau sekadar ikut emak sedara pergi menoreh? hehehe
YB... dulu tu ikut mak sedara menoreh...tak pandai menoreh pun...tukang pungut getak sekerap je...busuk bukan main lagik... kalau merungut mak sedara selalu cakap...'sekerap busuk...duit wangi tak' Hehehe...
DeleteItulah aktiviti bila cuti sekolah...dptlah sepuluh hengget upah...hehehe
tengok gambar pun dah terasa manisnya cendawan itu kat tekak ;)
ReplyDeletelama dah tak makan cendawan busut
Betul tu. Memang manis dan sedap yg tak dapat digambarkan. Kesiannya awak dah lama tak makan cendawan ni. Jomlah singgah rumah saya kalau awak datang ke Klang atau KL lain kali. Kita cuba tengok kalau ada org jualnya lagi.
Deletenak rasa sebab tak pernah rasa
ReplyDeleteKalau tak segan datanglah ke rumah kalau kami dapat cendawan ni lagi. Jgn lupa bawa Adam sekali .... ngeee
DeleteTuan,
ReplyDeleteAda dua keseronokkan mengenai cendawan ini. Pertama, semasa memakannya.
Kedua, semasa terjumpa cendawan busut tumbuh. Biasanya cendawan busut tumbuh (dijumpai) selepas hujan turun,kawasan tersebut ada sedikit semak dan sekumpulan serangga terbang (kelkatu) di sekitar kawasan cendawan busut tumbuh.
Yang lebih thrill ialah ketika mencabut cendawan busut. Kalau cabut secara semborono boleh menyebabkan cendawan busut terputus.
Kebiasaannya, cendawan busut tumbuh di tempat yang sama.
Salam Tuan.
DeleteNampaknya Tuan mempunyai pengalaman mencabut dan mengumpul cendawan busut ini selain memakannya. Apa yg Tuan cerita tu benar belaka sebab saya pernah melaluinya semasa saya kanak2 dulu. Bila jumpa cendawan ni tak boleh bising sebab takut org lain dengar dan ikut sama mengambilnya. Kiranya kemut nak sapu sendiri sajalah tu .... hehehe.
Kalau dapat cabut sampai ke akarnya memang rasa bangga w/p makin ke sebelah bawah tu bukan makin sedap cendawan tu.
Kerana cendawan ini tumbuh di tempat yg sama, kalau lalu tempat tersebut biasa akan panjang2kan leher utk tengok kalau2 ada yg tumbuh lagi di situ.
best weh cendawan ni..goreng macam tu pun..perghhh...melelehhhhh.aku dh tak lalu jalan ijok tu skang..kalau tak ada la juga scene2 camni
ReplyDeleteGorengpun memang sodap.
Deleteeh awak tak ikut LATAR ke kalau nak balik kampung? Kalau tak, sekali sekala tu cubalah ikut situ. Mana tau ada rezeki.
ooo..ni cendawan lucah tu kan..orang pompuan mmg suka makan.ehehe..
ReplyDeleteOrang pompuan suka cendawan tu biasalah. Org lelaki pun ada jugak yg suka .... hehehe
Deletemesia oh mesia,... bumi sendiri mamat indon pulas dan robek, dah tu jual,... macam akak gak, semua hasil mahsul bumi ni terpaksa dibeli, x da lagi pungut cendawan di batang pokok mati lepas ujan macam kecik2 ngan mak dulu2...
ReplyDeleteMereka datang sini dan nampak rezeki ada di mana2. Sebahagian org kita (org tempatan) masih menunggu rezeki dihidangkan di pinggan emas dan perak. Akhirnya sendiri yg kelaparan.... huhuhu
Deletesaya tak penah makan lagi cendawan ni. mmg sedap eh?
ReplyDeleteMemang sedaplah GB. Bukan saya seorang yg kata begitu tapi hampir semua yg dah merasanya.
Deleteselain buat sup, cendawan busut ni masak ala rendang pun sodap YB.. manis je rasanya kan
ReplyDeleteSaya tak pernah lagi makan rendang cendawan. Tapi saya percaya sedap sebab ianya kenyal2 mcm ayam.
DeleteKalau ibuintan buat lebih bolehlah ajak kami rasa.... ngeeeeee
Seumur hidup memang tak pernah makan cendawan busut maklumlah kita dibesarkan ditengah tengah bandar JB mana nak caricendawan busut ni. Suami cakap dia selalu makan masa dia kecik kecik dulu, saya tanya dia sedap tak? Dia cakap sedaaaaap sangat so misi saya sekarang nak cari cendawan busut dan cuba masak.
ReplyDeleteAlaaaa kesiannya tak pernah makan cendawan busut. Ini antara nikmat hidup di Malaysia - cewah.
DeleteKalau nak cari tu bolehlah ke kawasan antara penghujung LATAR dgn Bukit Rotan. Kalau takde org jual masa awak cari tu, lajak ajelah ke Pasir Penambang utk beli ikan dan udang sebagai ganti ... hehehe
en yunus, ada ke lagi sekarang? saya dah lama tak makan. gaul dgn kunyit n garam, goreng...fuhhh.
ReplyDeleteKalau nasib baik lalu kat situ ada orang jual tepi jalan. Tapi sekarang dah semakin mahal sebab mereka pun dah pandai naikkan harga ...... huhu
Deletesalam tuan...
ReplyDeleteklu ikut pnglmn saya cri cndwn busut n dr keci k ada 4 jenis yg sy prnh dpt 1.cndwn busut akar pnjg 2. cndwn busut kaki pelanduk jenis kecil dan pendek 3. cndwn busut kaki pelanduk jenis sedang n agak tinggi (kesemuanya biasa tumbuh bnyk dan berkelompok) nomb 4 paling special cendawan busut jenis TAHUN ia bersaiz besar batangnya sja boleh mncpai saiz spt lobak n payungnya bersaiz besar sdkt dr piring /kecil sdkt dr pinggan n biasanya tumbuh sekitar 3@4 kuntum shj.teksturnya agak liat.tp secara peribadi keenakan cndwn busut tidak boleh menandingi keenakan cendawan GONDRONG. bg saya klu ikut ranking kelazatan cendawan adalah:
1. gondrong
2.busut
3.pipikan
4.minyak
5.kukur
6.telinga monyet
7.*****x ingat nama biasa tumbuh pd batang pokok nangka warna oren
waalahualam.