Saturday, February 18, 2012

Apam Gula Hangus Emak Adam

Emak Adam terkenal dgn apam gula hangusnya.  Dah ramai org yg menempah specialty dia tu.  Semalam guru besar sekolah agama tempat Haikal belajar menempah 50 biji apam tersebut utk majlis anniversarinya yg ke 30.  Emak Adam tolong buatkan dan memberinya percuma kepada ustazah.  Dah banyak jasa ustazah itu mengajar anak2 kami di sekolah agama itu.

Pagi ni ada sikit lagi adunan apam itu.  Emak Adam kukus utk sarapan pagi sementara menunggu laksa Johornya siap.

Ada apam yg ditaruh kismis di sebelah bawah acuan tu dan ada yg kosong saja.  Kalau nak letak kismis, biasanya akulah yg jadi tukang letak tu.  Satu acuan 3 biji kismis.

Apam yg telah siap dikukus


Ramai juga jiran2 dan saudara mara yg meminta emak Adam mengajar mereka membuat apam itu.   Setakat ini dia tak keberatan mengajar atau memberi resepi apam tu.  Dia kata ilmu eloklah dikongsi bersama.

Aku cadangkan pihak Muslimah di surau mengadakan kelas belajar memasak.  Bolehlah emak Adam ajar  sesiapa yg berminat.  Orang lain yg pandai masak masakan lain pun boleh mengajar juga.  Tak mestilah kalau di surau itu belajar ilmu agama saja.

23 comments:

  1. Sedap tu apam gula hangus saya suka sangat, untung yb mak adam ni macam2 kemahiran dia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apam gula hangus emak Adam sedap dan gebusss. Bukan saya yg cakap tapi ramai org lain yg puji. Itu yg diapun semangat nak buat. Baru aje dia siap buat apam tu utk bawa ke rumah jiran yg nak buat kerja kahwin esok. Mereka bergotong royong sediakan door gift. Apam tu utk makan org yg bergotong royong tu .... ngeeee

      Delete
  2. Salam,
    Nak ! Tak pernah rasa ni ! Apasal dipanggil "hangus"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Dato'.

      Silalah singgah pondok kami kalau nak rasa. Ada buat lagi tadi utk dibawa ke rumah jiran. Dipanggil hangus sebab gulanya dihanguskan sehingga berwarna perang dan dimasukkan ke dlm adunan.

      Delete
  3. rajin suami emak adam ni menolong ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong sikit2 aje. Tadi Haikal tolong bancuh adunan gunakan mesin dan saya seperti biasa tolong letakkan kismis.

      Delete
  4. salam YB. kalau rajin share la resepi ni dlm notes fb YB :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Tot.

      Saya kena tanya emak Adam dulu resepi tu sebab dia takde tulis dalam buku. Dia main hafal kat dalam kepala aje ..... ngeeee

      Delete
  5. assalamualaikum - tulis la resepi kat sini - barulah kita boleh buat jugak macam mak adam buat...nak gi makan kat KL jauh noooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam sonata.

      Mcm saya beritahu TotYati saya kena tanya emak Adam dulu resepi tu. Kalau dia beritahu dan beri kebenaran nanti saya turunkan kat sini. Emak Adam segan saya promote masakan dia....

      Bukan jauh sangat pun Melaka - KL tu. Malam tadi kami ke Serkam makan ikan bakar. Pergi petang balik malam.

      Delete
  6. betul, luas kan peranan surau dan kelas memasak pasti menarik ramai dan manfaatnya meluas bila masakan itu dikongsi dengan seramainya. saya diantara yang ingin datang belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cadangkan kpd Pengerusi atau AJK surau. Kelengkapan memasak kat surau tu pun ok rasanya.

      Kalau takde kelas tu, kenalah buat kat rumah .... ngeeee

      Delete
  7. nak mintak resepi boleh? ke resepi rahsia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau emak Adam kasi, takde masalah saya nak berkongsi dgn org lain. Tak rahsia sebab dan ramai org yg minta dan dapat resepi ni dari emak Adam.

      Delete
  8. Ass salam En YB
    lain posting...resepi apam gula hangus lah ek...Boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Puan hazeleyed.

      InsyaAllah akan saya usahakan. Kalau tak cepat, lambat .... ngeeee

      Delete
  9. betul tu, selain belajar agama apa salahnya belajar masak masak jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma bagi cadangan. Terpulanglah kpd AJK surau utk menerima atau menolak cadangan itu ... ngeeee

      Delete
  10. Waaahh... bestnya dapat memasak ni.. Ina sebenarnya sgt2 minat nak cuba resipi2 baru ni.. tapi skang ni baby Najlaa tgh buat perangai.. sampai nak masak maggi pun payah ya amat..

    Bila laa agaknya dapat berguru dgn mak Adam lak ye.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kalau kecil lagi memang menguji kesabaran. Tapi itulah antara nikmatnya berkeluarga.
      Kalau sampai nak masak maggi pun tak sempat kenalah minta bapak budak2 tu yg tolong masak. Kalau dia tak pandai masak, suruh dia jaga anak masa Ina masak .... hehehe


      Kalau nak berguru datang aje ke rumah Paman. Tapi jgn lupa bawa sekali pengerasnya - seekor ayam panggang Kenny Rogers ... hahaha

      Delete
    2. Hmmm... masalahnya Paman, si kecik tu tak nak dgn Abah dia... nak juger dgn Mummy.. bawak masuk dapur.. mula2 diam.. lama2 kepanasan, meraung lagi.. sabo jelaaa.. nak harap Abah dia masak.. hmm.. tu yg payah tu..

      pengeras ye.. boleh saje.. Ina bawak yg lebih sedap daripada Kenny Rogers.. Kenny Rogers, ayam dia skang macam dah kureeenng je rasa nya.. ahaks..

      Delete
  11. Baca blog YB ni mmg saya makin kagum ngan mak Adam. Pagi2 dh buat apam gula hangus..sambil tggu laksa Johor masak plak tu. Hissshhh....kagum betul saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surirumah sepenuh masa mcm emak Adam mcm2 dia boleh buat di rumah. Selain memasak, membasuh dan mengemas rumah dia juga rajin menanam bunga.

      Janganlah kagum sangat kerana dia membuat perkara2 yg dia suka.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails