Hari ni baru 17hb. Kalau kerja gomen seminggu lagi baru dapat gaji. Kalau kerja swasta, bergantung kepada bos. Yang baik tu Jumaat depan dah bagi gaji. Kalau tidak, kenalah berjimat sampai hujung bulan. Bulan lepas kebanyakan pekerja dapat gaji awal. Akibatnya bulan ini terasa peritnya .... huhuhu
Ada atau takde duit, makan tetap kena makan. Biasanya kalau masa2 begini, mee segeralah menjadi makanan ruji. Kalau bujang takpelah makan maggi hari2. Kalau ada anak yg sedang membesar tak elok bagi makan mee segera ni. Orang kata nanti tak pandai.
Tadi masa aku temankan emak Adam ke pasar ikan2 gred A dan udang tak berapa laku. Maklumlah bulan tua. Nasib baik aku baru dapat bayaran utk projek aku. Bolehlah beli udang yg besar ibu jari kaki. RM38 sekilo. Biasanya harganya dalam RM45.
Lepas beli udang, emak Adam beli rangka dan kaki ayam.
Anak2 kami suka yg takde isi sangat ni. Kalau beli ayam yg banyak isi mereka tak berapa suka. Jimat sikit belanja ... hehehe. Lagipun tak boleh boros sangat sebab orang kerja sendiri ni 'bulan tua' nya tak kira masa.
kaki ayam buat sup sedap....
ReplyDeleteKat rumah ni pun sup kaki ayam mendapat sambutan oleh anak2 saya. Kalau emak Adam tak masak sendiri, kami beli di Kg Baru.
Deleteanak anak sya cuma ika yang suka makan daging ayam, yang lain lain kurang
ReplyDeletejadi ayam adalah kurang naik di rumah gayanya
Kalau mcm tu tak risaulah harga ayam naik sekali pun. Jaranglah Eja ke KFC ek?
Deletebulan tua pun YB masih mampu beli udang besar ibu jari kaki... kalau saya hanya mampu beli kaki ayam je tu..
ReplyDeleteOrg kerja sendiri mcm saya ni tak tentu bila bulan tuanya. Kalau ada bayaran dari client, kira bulan muda. Kalau takde alamat gerhanalah .... huhuhu
DeleteMaggi mee pun dah mahal sekarang ni YB..hehehe
ReplyDeletezaman sekarang ni, bawak RM100 gi pasar, dapat apa sangat..saya selalu terbayang macam mana mereka yg take home income nya <2000 sebulan dgn anak 4-5 orang....huhuhu
Memang hampir semua barang naik harga sekarang ni. Maggi kalau nak murah tunggu ada diskaun.
DeleteBetul tu. RM100 ni dah mcm kecik aje. Tadi beli udang 2 kg dan sotong dah habis RM84. Itu belum beli yg lain.
Org yg income <2000 sebulan dgn anak 4-5 boleh dikategorikan sebagai miskin terutama yg tinggal di bandar2 besar. Kenalah cari pendapatan tambahan.
bulan saja tua tapi yb tetap muda kannnssss :P
ReplyDeleteSaya tetap muda bila ada duit ... hahaha
Deletekaki ayam ROCK!
ReplyDeleteBahagian yg paling rock yg kat tengah2 tu.... yg kami panggil pentol ...hehehe
DeleteJadi boss selalunya makan tak kesah bulan muda ke tua yb, nampk sangat yb ni merendah diri orangnya ya. Tapi saya memang kesian kalau tengok orang ada anak ramai dan gaji pun kecik memang sentiasa
ReplyDeleteKena berjimat dan bulan pulak pada pandangan mereka sentiasa tua.
Itu bos yg kaya raya. Saya ni baru nak belajar berniaga. Payment pun banyak yg client lambat bayar.
DeleteAnak saya yg di UIAM tu beritahu ada kawannya yg susah bila makan nasi hanya ambil kuah saja sebab tak mampu. Kawan2 nak tolong tapi dia tak nak. Sampaikan makcik cafe tu suruh dia ambil lauk free pun dia segan. Kesian org yg macam tu. Saya tahu keadaan mereka sebab saya pernah melaluinya.