Petang semalam aku ke opis kawan lama aku di Bukit Beruntung. Dia ajak aku bincang hal perniagaan. Dia minta aku datang dalam pukul 4:30 ptg tapi aku kata elok kita mulakan perbincangan selepas solat Asar. Dia kata eloklah tu dan bolehlah aku berjemaah di surau kat opis dia. Aku kata mungkin aku nak ke masjid sebab aku belum pernah solat di masjid Bkt Beruntung.
Aku bertolak dari KL pukul 4:10. Antara sempat dan tak sempat aje sampai sana utk solat berjemaah. Bila aku sampai di Plaza Tol Bukit Beruntung baru pukul 4:35 ptg. Belum masuk Asar lagi masa tu.
Sebaik aku parkir depan bangunan rumah kedai di mana terletaknya pejabat kawan aku itu, dia telefon bertanya aku di mana. Aku kata aku ada di depan opis dia lalu dia meminta aku naik ke tingkat 3 - surau opis dia. Semasa aku melangkah nak naik tangga opis dia, aku mendengar azan dari surau dia. Kuat dan jelas sebab ada pembesar suara. Seluruh opis dia boleh dengar. Sebaik aku sampai ke tingkat 2, dia dan seorg lagi rakannya yg juga kenalan aku menyambut aku. Rakannya itu adalah bekas pengurus di salah sebuah sykt minyak terbesar di Malaysia ini. Mereka terus mengajak aku ke surau.
Tingkat 3 itu aku lihat dikhaskan utk surau dan bilik wudhu. Besar suraunya. Utk jemaah lelaki saja ada 7 saf w/p menyerong kerana bangunan itu tak dibina mengikut arah kiblat. Di dinding surau ada surat dari JAIS mengesahkan arah kiblat di surau tersebut.
Selepas kawan aku tu dan beberapa org lain mengerjakan solat sunat, muazin pun iqamat. Kawan aku yg juga pemilik sykt bergerak ke hadapan utk menjadi imam. Baguslah bos jadi imam dan para pekerja menjadi makmum.
Selesai solat, salah seorg dari jemaah mengambil kitab tafsir Ibnu Katsir lalu membaca beberapa mukasurat - sambungan dari apa yg dibacanya hari sebelumnya (kata dia).
Usai majlis taklim, kami ke bilik mesyuarat. Selain kawan aku dan rakannya ada seorg lagi rakan mereka. Beliau baru saja tiba dari Pahang utk mesyuarat tersebut. Bekas Pengarah di salah sebuah jabatan kerajaan. Kira bos besar jugalah beliau ni dulu.
Kawan aku ni seorg Ir. Dia membuka sebuah sykt juruperunding kejuruteraan sejak lebih kurang 10 tahun yg lalu setelah bekerja lama dgn org. Setiap tahun tak kurang 10 buah projek yg dilakukan oleh syktnya. Ikut kiraan kasar aku setiap projek dia cas antara RM250K - RM300K. Kalau projek yg besar, kosnya lebih lagi daripada itu. Tapi katalah harga yg rendah tu. 10 projek dah dapat RM2.5 juta setahun. Dan kalau dia dah buat kerja ni 10 tahun, kira ajelah pendapatannya.
Selain dari firma juruperunding, dia juga ada 2 buah sykt lain yg menjalankan perniagaan ICT dan macam2 lagi. Pendek kata, duit tak habis makanlah kawan aku ni.
Semalam mereka berbincang dgn aku pasal peluang2 yg kami boleh terokai bersama. Ada beberapa bidang yg kami setuju utk bekerjasama kerana sykt mereka dan sykt aku mempunyai kelebihan masing2 yg kami boleh sama2 menafaati.
Bagi aku, kawan aku itu contoh seorang yg beruntung di dunia (kaya raya) dan insyaAllah beruntung di Akhirat (sediakan surau yg besar dan selesa utk kakitangan dan berjemaah bersama2 bila masuk waktu solat).
Aku kalau dapat jadi macam dia, syukur alhamdulillah. Tapi kalau dapat jadi mcm Tan Sri Syed Mokhtar lebih2 lagilah syukurnya ..... ngeeeee
cop!
ReplyDeleteyes, akhirnya setelah sekian lama, dapat jugak nomot 1!
ReplyDeleteanyway, bagus betul kawan yb tu. org islam macam ni la yg kite mauuuu~
ReplyDeleteSaya selalu impikan ada usahawan melayu islam sebegitu (kaya raya, opis bertingkat2, dan dia sendiri jadi imam). Alhamdullilah, ada rupa rupanya!
ReplyDeleteuntung dapat bos camtu...yang tetap mengutamakan solat berjemaah dan ilmu agama dalam kesibukan kerja dunia...
ReplyDeleteAssalamualaikum YB..,
ReplyDeleteAlhamdulillah ada lagi Boss seperti beliau...semuga akan ada ramai lagi Boss/usahawan islam yg macam beliau....Insyaallah...aaminnn
Saya Doakan YB pun bagitu juga suatu hari nanti...Insyaallah...aaminnn.
patutlah dia kaya raya...
ReplyDeletegadisBunga,
ReplyDeleteOpocot.
Tokojut den ... hehehe
gadisBunga no 2,
ReplyDeletetahniah di atas kejayaan dpt nombor 1.
Cuba kekalkan pencapaian ini utk 3 kali berturut2
gadisBunga no 3,
ReplyDeleteItulah sejuk hati saya berjumpa dgn dia semalam. Dulu semasa saya ke opis dia kami pernah juga berjemaah di surau tapi tak besar mcm skrg dan tak semua pekerja dia berjemaah bersama.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteHarap2 lebih ramai lagilah usahawan Melayu Islam yg macam itu.
Selain dapat memberi peluang pekerjaan kpd anak bangsa, dapat juga sama2 mendalami ilmu agama di waktu pejabat.
jedi,
ReplyDeleterezeki kakitangan dia. Dengan cara itu saya rasa dia dapat melahirkan pekerja yg berdedikasi dan amanah.
azmnor,
ReplyDeleteWaalaikum salam Bro.
Alhamdulillah ada lagi yg mcm itu. Teringat saya kisah di dalam buku Chef Li mcmana dia berjumpa seorg ahli perniagaan yg kaya raya di Indonesia yg merupakan seorg kiai besar.
Terima kasih mendoakan saya. Amin.
Semoga azmnor pun mengikut jejak langkah seperti ini.
macm daddy ziyad juga. x sangka ada bos y sebegini.
ReplyDeletemoga jadi tauladan pada bos2 syarikat yang lain, juga jabatan kerajaan.
Anaa,
ReplyDeleteOrg kaya yg bersyukur. Benarlah firman Allah, "Jika kamu bersyukur, nescaya Kami tambah nikmat kami."
ofs kwn YB tu atas golden cow kopitiam ke??
ReplyDeletePendek kata, duit tak habis makanlah kawan aku ni
ReplyDeletemakan duit mehhhh? bukan makan donat atau rambutan atau donat atau rambutan
:P
semoga kawan awak KEKAL beruntung dunia dan akhirat.
ReplyDeletetakmo berubah tau!
Tumpang gembira dgr org beruntung...
ReplyDeletezonaku,
ReplyDeleteBos yg begini ada tapi tak ramai. Tambahan pula di sektor swasta kerana dia kena modal menyediakan surau dan masa kakitangannya.
Amin.
kakngah,
ReplyDeleteBetul tu. Kakngah kenal ke dia?
alhamdulillah, bukan senang nak jumpa bos mcm tu kan.
ReplyDeletetakde la kenal sgt cuma mungkin cam la mukanya. dulu keje ofs kat bwh ofs dia la. kitorg yg kt bwh bersolat berpandukan azan dari ofs dia la. hihih!!
ReplyDeleteyb selalu tak jadi imam kat opis yb?
ReplyDeletesorry..sekadar bertanya...
kts no 1,
ReplyDeleteorg cantik makan donat. Org kaya makan duit ... hehehe
Bila duit dah banyak sangat, itu yg tak habis makan. Begitu juga bila donat dah banyak, awak tak lalu nak habiskan semuanya. .... hehehe
kts no 2,
ReplyDeleteamin. Doa yg diucapkan tanpa org itu mengetahuinya, insyaAllah akan dimakbulkan.
Awak takmo dia berubah. Awak juga jgnlah berubah dari awak yg saya kenali dulu .... ahaks
Cik SHiNJU,
ReplyDeleteTumpang gembira pun dapat pahala kot.
- GC -,
ReplyDeleteBetul tu. Itu sebab saya masukkan dalam n3 saya hari ini utk saya kongsikan bersama rakan2 blogger.
kakngah,
ReplyDeleteOh kakngah kerja situ dulu ke? Masa tu dah jadi blogger ke? Kalau tak bolehlah kita jumpa hehehe
Azan dari surau dia memang kuat sampai keluar.
kaklong,
ReplyDeleteSaya biasanya solat di surau.
Masa opis saya di Shah Alam memang saya ajak staf saya berjemaah dgn saya.
Masa di sykt kulit kerang, kami bergilir2 jadi imam.
Bangga saya ada orang Melayu Islam begini, diharap ada juga ahli keluarga kami yang sudah kaya raya tidak lupa diri setelah berjaya.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteBetul tu. Kalau ramai org Melayu Islam yg mcm ini insyaAllah nasib bangsa kita akan lebih baik lagi.
Ramai ahli keluarga awak yg telah berjaya. Semoga mereka juga akan menjadi contoh yg boleh dibanggakan.
salam semua..saya staff pekerja di syarikat berkenaan.mmg tiap kali tiba waktu solat, pekerja lelaki di wajibkan solat berjemaah dan mendengar tafsir Al-Quran lepas solat asar.amalan ini dah lama dipraktikkan agar kita semua x lupa suruhan agama iaitu solat berjemaah..
ReplyDeleteWaalaikumus salam Wan Chik,
DeleteAlhamdulillah bagus amalan itu. Tambahan tetap istiqamah sehingga sekarang. Semoga kalian semua diberkati dan dirahmati Allah