Friday, January 13, 2012

Memberi Hutang Lebih Baik Daripada Memberi Sedekah

Dua malam lepas ustaz yg mengajar di surau kami memberitahu jika kita memberi hutang kepada orang lain pahalanya 7 kali ganda daripada kita memberi sedekah. Aku pernah dengar perkara ini cuma tak tahu berapa kali ganda.

Ada beberapa orang jemaah bertanya kpd ustaz kenapa pula memberi hutang itu lebih besar pahalanya dari memberi sedekah sedangkan memberi hutang itu kita akan mendapat semula duit kita.

Ustaz menjelaskan orang yg meminta sedekah biasanya akan meminta daripada semua orang yg ditemuinya, samada kenal atau tidak. Kalau dapat, dapat. Tak dapat, dia pergi kepada org lain. Tetapi bila seseorang mahu meminjam iaitu berhutang dengan seseorang biasanya dia akan fikir dulu masak2 siapa orang yg boleh dia minta pinjaman tersebut. Dan biasanya org ini akan hanya pergi berjumpa dgn org yg dia rasa boleh memberi hutang itu. Org yg berhutang ini biasanya sangat berhajat untuk menggunakan duit itu bagi membeli sesuatu keperluan atau melunaskan sesuatu bayaran. Dalam kata lain, org tidak akan berhutang kalau tak desperate.

Maka memenuhi hajat org yg nak berhutang itu satu amalan yg murni dan besar ganjarannya di sisi Allah kerana kita memenuhi hajat saudara kita. Sesiapa yg memenuhi hajat saudaranya di dunia, Allah akan penuhi hajatnya samada di dunia mahupun di Akhirat kelak.

Mendengarkan penjelasan ustaz tersebut aku teringat kepada seseorang yg meminjamkan sejumlah besar wang (berpuluh2 ribu ringgit) kepada kawannya yg terdesak. Kawannya sekeluarga telah melabur di dalam satu perniagaan sehingga satu keluarga masuk skim itu. Isteri kawannya itu telah menggadaikan barang kemasnya dan jika tak dapat dibayar dalam masa sehari dua dari tarikh tersebut, barang itu akan lupus. Mereka telah cuba meminjam dari seorang hartawan tetapi tak dapat. Nak pinjam daripada saudara mara, mereka pun bukan senang sangat. Akhirnya dgn berat rasa, mereka berjumpa dgn kawannya ini. Kawannya boleh saja menolak permintaan tersebut tapi kerana melihat yg meminta diberi hutang itu betul2 berhajat dan berjanji akan membayar semula hutang tersebut beberapa bulan kemudian iaitu selepas suaminya mendapat wang ganjaran pencen kerajaan, makan dia pun berilah hutang tersebut.

Dengan wang itu maka dapatlah mereka menebus barang kemas si isteri yg berharga puluhan ribu.

Tak lama selepas itu, kebetulan umur bersara kakitangan awam dinaikkan setahun lagi. Maka suami org yg berhutang itu pun sambunglah setahun lagi. Org yg berhutang itu pun serba salah kerana tak dapat nak bayar hutangnya pada masa yg ditetapkan. Mereka datang berjumpa si pemberi hutang dan meminta lanjutan setahun! Sementara itu mereka telah mengumpul duit anak beranak dan memulangkan dahulu sebahagian kecil dari hutang tersebut.

Si pemberi hutang dgn rela menerima sebahagian wangnya dan sanggup menunggu setahun lagi.

Akhirnya setahun kemudian apabila suami org yg berhutang tersebut menamatkan perkhidmatannya dgn kerajaan, mereka telah membayar hutang tersebut. Malah mereka telah dengan rela hati memberi lebih dari jumlah yg dipinjam. Walaubagaimanapun, orang yg memberi hutang tersebut tak mahu mengambil satu sen pun duit lebihan tersebut kerana dia tahu org yg berhutang itu bukanlah orang senang.

Bila aku tahu kisah ini, aku sebak memikirkan masih ada orang yg berhati mulia seperti ini. Orang seperti ini lebih mementingkan persahabatan dari mengambil untung dari segi kewangan. Semoga Allah menyampaikan hajatnya bila dia berhajat suatu hari nanti.

21 comments:

  1. masa ni la kita boleh tahu orang yang beri pinjam tu kedekut ke tak..hihi.. orang yang nak pinjam selalu akan mintak dari yang dia tahu ada lebihan...

    ReplyDelete
  2. salam YB..

    terharunye sy membacanye..xde org semulia itu utk menghalalkan puluhan ribu duit yg dipinjam..

    tapi..hutang memang wajib dibayar..

    kdg2 sy pon serba salah naka bg pinjam duit kat org..krn apabila kite memerlukan..dia xdpt membayarnye...dan ada org yg sanggup menipu utk meminjam duit..sy penah terkena..hehhe

    ReplyDelete
  3. pinjam 2 juta bang!...boleh?
    heheheh!

    ReplyDelete
  4. sebab nak pinjam..yb dah tukar rumah baru la hari ni...hehehehhe!

    ReplyDelete
  5. cantik umah baru yb.sejuk mata memandang.
    i nak pinjam moto adam je.bole tak?
    ptg ni u anta kat school aqid.okeh.hehehehe

    ReplyDelete
  6. siapa pulak nak bagi hutang kat aku ni...?

    ReplyDelete
  7. Anaa,

    Betul tu sebab org pinjam ni biasanya agak besar jumlahnya dibandingkan dgn org minta sedekah. Kalau org kedekut jgn haraplah nak bagi pinjam. Dia laburkan duit tu kat ASB lagi untung katanya.

    W/p dia minta dari org yg ada lebihan tapi tak semua org yg ada lebihan tu sudi bagi pinjam. Kebanyakan akan beri pelbagai alasan.... huhuhu

    ReplyDelete
  8. memang mulia betul si pemberi hutang tu ya...

    ReplyDelete
  9. cikceriacorner,

    Wsalam.

    Dia bukan halalkan duit itu terus tapi dia sanggup melewatkan masa utk membayar balik hutang tu kerana org yg berhutang tu sambung kerja setahun lagi sebelum pencen. Yang beri hutang tu kalau mahu boleh saja ambil duit lebihan yg diberi oleh org yg berhutang tu sebagai 'ganti rugi' duit dia tak dapat digunakan utk tujuan lain spt pelaburan atau simpan di tabung haji yg memberi faedah.

    Bila saya jumpa org2 yg hati mulia mcm ni saya tersentuh.

    Kalau takut kena tipu oleh org yg nak berhutang, beri saja sedikit kpd dia. Kalau dia bayar balik, memang masih rezeki kita. Kalau dia tak bayar balik, anggaplah itu sedekah dari kita. Berlapang dada dan insyaAllah kita akan dapat rezeki yg lebih baik.

    ReplyDelete
  10. kaklong,

    Kalau 2 juta rupiah bolehlah saya cuba gagahkan .... hehehe

    ReplyDelete
  11. kaklong,

    terpaksa tukar rumah ni sebab malam semalam rumah lama dah ramai sangat org pakai sehingga melebihi had. Tak boleh nak baca dah n3 kat situ .... huhuhu

    ReplyDelete
  12. syida,

    Ambil semangat nak pilihanraya ni rumah kenalah cat biru ... hahaha.

    Mcmana nak hantar ke sekolah aqid sebab skrg ni hujan lebat? hehehe
    Bawa aje aqid dtg sinilah.

    ReplyDelete
  13. Panglima Muda,

    Along bila2 masa boleh bagi pinjam ... hehehe

    ReplyDelete
  14. cikgunormah,

    Dia ni jenis lebih mementingkan kawan2 yg memerlukan dari mencari keuntungan dunia. Saya tahu dia keluarkan simpanan dia di Tabung Haji utk membantu kawannya itu.

    ReplyDelete
  15. ha..yg ni sah dapt lebih 7 kali ganda pahala.

    masalahnya berapa ramai sipiutang nak bayo balik utangnya ??


    ...ada org utang kat IE..buat derk aja...apa citer ??

    ReplyDelete
  16. ikan emas,

    insyaAllah dia dapat tu. Kalau Allah nak beri lebih dari itu pun tak jadi masalah bagi Dia.

    Memang ada org hutang yg tak bayar balik. Saya pun terkena juga. Tapi kata org, "dia tak kaya, saya pun tak miskin sebab hutang tu."

    Redha ajelah. Kita teruskan hidup.

    ReplyDelete
  17. tak nak dlm rupiah!
    nak dalam ringgit malayasia...
    heheheh!

    ReplyDelete
  18. kaklong,

    Kalau dalam ringgit saya pun takde sebanyak itu. Saya pun nak pinjam banyak tu (kalau boleh nak lebih lagi) utk projek saya seterusnya.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah makna nya masih ada lagi orang2 yang bersifat begini di Malaysia. Maklumlah bukan senang nak bagi kenkawan berhutang silap2 hari bulan sipemberi hutang terus dimusuhi oleh mereka2 yang berhutang dengan dia.

    ReplyDelete
  20. sharifah rosidah,

    Masih ada lagi tapi tak ramai. Maklumlah ada sebahagian org yg masa nak berhutang lembut gigi dari lidah tapi bila time nak bayar mcm2 alasan. Akhirnya org yg memberi hutang pula dibuat mcm musuh.

    Tapi saya difahamkan org yg berhutang tu pun org yg baik suami isteri. Cuma mereka terdesak kerana pelaburan mereka lebur.

    ReplyDelete
  21. InsyaAllah terus berdoa semoga org yg berhutang membayar semula hutang....biasanya org yg selalu memberi hutang ini rezekinya tidak putus.....tp org yg selalu berhutang biasanya selalu merasa tidak cukup....yg penting kita mengharapkan kekayaan di akhirat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails