Wednesday, January 11, 2012

Cepat Bayar!

Sedang aku mengadap laptop aku ni tiba2 Adam datang dan berkata, "Cepat bayar!"

Di tangannya aku lihat bil TNB. Pembaca meter baru baca meterlah tu.

Aku ambil bil itu dan lihat jumlah yg perlu dibayar. Mak ai. RM317.65.


Tapi kira oklah sebab sebelum ini pernah beberapa kali lebih dari empat ratus ringgit. Bila anak2 yg di universiti dan matrik tu bercuti, bil biasanya akan naik sebab mereka on komputer 24 jam huhuhu.

Aku lihat bil api kali ni ada macam2 pula info tambahan. Antaranya:

1) Pengambilan pelajar baru Uniten
2) Cas Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
3) Subsidi Bahan Api Oleh Kerajaan Persekutuan

Perkara kedua tu kalau tak salah aku bersamaan 1% jumlah bil elektrik. Ianya baru diluluskan oleh Parlimen.

Perkara ketiga tu aku lihat mcm kes baja subsidi cap dacing aje. Tapi aku tak nampak kat mana pula pengurangan bil aku dari jumlah RM184.98 itu. Sekurang2nya bil Syabas kita semua dapat potongan RM13.22 utk 20 m3 yg percuma itu.

Oh ya. Adam masih duduk dekat aku ni suruh aku bayar bil itu cepat. Ada bakat jadi pemungut hutang budak ni .... huhuhu

31 comments:

  1. adam bijak!






    kaklong bulan sedikit jer..
    klu tak cecah rm50 keatas..tu pun sebab seminggu tak ada kat rumah..heheheh!

    ReplyDelete
  2. saya belum ada anak lagi untuk mengutip hutang macam ni sekali. tapi Adam memang ada bakat untuk jadi ceti. harapnya tak sampai tahap Along la ye hehe.

    saya tak pernah bayar bil letrik. eh pernah, tapi itu sebab dorang dah hantar notis nak potong terus sebab bil melebihi certain amount tak ingat berapa. strict betul skrg, nak potong cepat je suruh bayar, nak refund balik berbulan-bulan lamanya. pening acik terus esok cari office TNB nak bayar hutang yang TIDAK disengajakan lambat bayar. ater suami teman tu busy mengalahkan YB, eh kebetulan sama pulak macam encik YB empunya blog ini hehe.

    ops terpanjang sudah.

    ReplyDelete
  3. waktu musim panas ni bil letrik umah saya boleh cecah 100 sebab on ekon lama2

    tapi kalau musim ujan lebih kurang 40ringgit jer

    ReplyDelete
  4. pecahan dia makin hr mkin byk kan YB..kiraan br ni lau ditelek2 mcm xde mengutamakan rakyat jer...semua nak kena caj

    ReplyDelete
  5. kaklong,

    Budak skrg cepat belajar sbb terdedah kpd mcm2. Tadi masa saya cuba tukarkan bil TNB tu dgn bil Syabas dia kenal. Dia nak bil yg ada "zass"... mungkin dia nak cakap lambang TNB yg ada mcm petir tu.



    Sikitnya bil kaklong. Untunglah mcm tu.

    Seminggu takde kat rumah tu termasuklah 2 hari kat JB tu kan?

    ReplyDelete
  6. Bayar segera yb.. nanti susah pula nak online haha!

    ReplyDelete
  7. farrah,

    Dari kecil lagi Adam tahu kalau dapat bil tu kena bayar cepat2. Nanti farrah dapat anak mungkin dia pun mcm tu kalau dia tengok ayahnya bayar bil cepat setiap kali terima bil.

    Sykt2 utiliti skrg mmg cukup cekap bab potong memotong bekalan bila lambat bayar. Mentang2lah monopoli... huhuhu.

    Suami farrah kerja apa yg sibuk mengalahkan YB tu? ngeee

    Takpe komen panjang2 pun saya suka. Komenlah lagi lain kali.

    ReplyDelete
  8. rumah sy dlm 30 rggit lebih je. mujur anak masih kecik, kalau dah besar mcm adam, mesti merasa kena suruh bayar hutang. hhehe

    ReplyDelete
  9. kalau PR kalah di Selangor lepas PRU 13 March nanti, tak dapat lah saya pakai air free lagi. ~haha

    ReplyDelete
  10. takyah aar pasang aircond. baru kurang bil tu. eh. lupa.org kaya mesti kena psg aicond selalu.

    kan?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum YB..,

    bil TNb rumah saya selalunya antara RM40 ke RM 80...OK lah tu tapi ingatkan juga anak-anak supaya berjimat...

    anak saya yg bongsu kalau tinggal kat rumah sorang pasang semua lampu macam kenduri pulak....kita lah yg bengkok membayarnya...

    apa nak kat SABAR jer laa..

    ReplyDelete
  12. banyaknya .. awak masak guna dapur elektrik ke ?

    ReplyDelete
  13. bil saya bulan ni 90++.selalunya 30++ je.

    ReplyDelete
  14. bil saya bulan ni 90++.selalunya 30++ je.

    ReplyDelete
  15. Bagus lah Adam ni, dia tak nak Ayahnya tangguh2 kan bayaran memang cerdik budak budak sekarang ni walaupun dia bukan faham sangat babahaa

    ReplyDelete
  16. ~mrs azmi~,

    Betul tu. Kalau musim panas air cond on lebih lama. Kena pula mcm saya yg sentiasa ada org di rumah. Kalau mcm awak, mungkin air cond on sebelah petang dah malam saja.

    40 ringgit tu sikitlah kiranya.

    ReplyDelete
  17. KSWSK,

    GLC kan berlumba2 utk mencapai KPI mereka yg antaranya ialah keuntungan. Itu sebab dah untung berbillion ringgit pun masih nak naikkan tarif lagi... huhuhu

    ReplyDelete
  18. relevan Sokmo,

    Lama lagi tarikh akhir utk membayar bil itu iaitu 10/2/12. Tunggulah sampai hujung bulan satu ni baru bayar. Jgn takut masih boleh online lagi .... hehehe

    ReplyDelete
  19. Cik SHiNJU,

    untungnya duduk dgn emak ni....

    ini yg jeles ni

    ReplyDelete
  20. -GC -,

    RM30 aje? Sikitnya. Itu kadar utk navy ke?

    Tunggulah anak awak tu besar sikit lagi nanti. Jgn lupa buat n3 kalau dia suruh awak bayar bil .... hehehe

    ReplyDelete
  21. Daddy Ziyyad,

    Entah2 kerajaan baru beri lagi banyak jumlah air free tu sbb nak ambil hati pengundi.

    Kita tunggu manifesto kedua2 pihak masa pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  22. kts,

    nak jimat lagi lampupun tak usah pasang. Main raba dalam gelap aje. Bukan tak biasa raba meraba ni kan? hahaha

    ReplyDelete
  23. a ah.. banyaknya bil letrik...
    adam suh bayar immediately sebab dia tahu bapak dia manyak luit.. kehkeh..

    ReplyDelete
  24. azmnor,

    Waalaikum salam Bro.

    RM40 - 80 tu kira ok sangatlah tu. Memang pandai berjimat.

    Anak2 kita ni ramai yg kurang peka tentang pembaziran tenaga. Mereka buka semua lampu utk hilangkan rasa takut katanya. Anak saya boleh cakap baru berapa sen aje ..... huhuhu

    ReplyDelete
  25. al-lavendari,

    Guna dapur gas bang. Kalau guna dapur elektrik mahu 500 sebulan .... huhuhu

    ReplyDelete
  26. mMoOnN aAlLeEaA,

    Kalau semua org berjimat mcm Lea rugilah TNB .... hehehe

    ReplyDelete
  27. sharifah rosidah,

    Adam tahu kalau dapat bil aje mesti ayahnya kena bayar. Jadi dia terus suruh ayahnya bayar.

    Lain kali nak minta dia suruh emaknya pula bayar.... hehehe

    ReplyDelete
  28. Anaa,

    Itulah kan. Dah cuba berjimat tapi bil tetap tinggi ... huwaaaa.

    Bukan sebab ayahnya banyak luit tapi sebab ayahnya sedang online semalam. Kan ayahnya bayar guna M2U ... ngeeeee

    ReplyDelete
  29. bukan berjimat yb dah duduknya 2 org.yang 90++ tu pun keluarga dari kuching ramai dtg hari tu.lea kalau suami takde g outstation, semua lampu kat umah bukak yb.takut punya pasal.

    ReplyDelete
  30. mMoOnN aAlLeEaA,

    Kalau duduk berdua aje mmg tak banyak guna elektrik. Bila dah ramai mcm kami ni yg bilnya tinggi sebab tiap2 bilik pasang kipas dan lampu. Lepas tu komputer sorang sebijik.

    Lea buka semua lampu utk langkah keselamatan juga tu. Oklah tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails