Aku ke pasar tani Sabtu lepas menemankan emak Adam membeli sarapan. Bagi peluang dia rehat hujung minggu dari ke dapur. Kalau hari2 biasa dia sentiasa ke dapur utk memasak apa salahnya beli sarapan di hujung minggu kan? Barulah isteri rasa dihargai..... cewah. Tambahan hari Sabtu tu kami ada jemputan majlis kahwin di tiga tempat. Kira tutup dapur di rumah utk hari itu.
Dalam banyak2 makanan yg dijual di pasar tani itu aku lihat ada satu kuih yg dipanggil kuih salah bikin. Kalau dah salah bikin tak usahlah nak dijual .... hehehe
Bila aku tengok posternya bukan salah bikin tapi salabikin. Lebih bijan lebih sedap!
Sebelum korang tanya rasanya mcmana biarlah aku beritahu aku tak belipun kuih tu .... hahaha
Dah pergi buat kerja tu. Aku pun nak sambung kerja ni.
nama kuih tu catchy , menyebabkan orang nak rasa
ReplyDeleteItu salah satu strategi perniagaan. Kalau nama yg org susah ingat, kurang tarikannya.
Deletesalabikin tu gabungan nama laki bini kot.
ReplyDeletesalamah dan robikin. wakakaka
Pandailah awak.
DeleteSalamah tu Jawa, Robikin tu mat salleh kot ... hehehe
kalau salah bikinlah yang selalu di jual .. kalau betul bikin, makan sendiri.
ReplyDeletePatutlah ada makanan yg dijual tu tak sedap .... huhuhu
DeleteHahaha...macam2 nama kuih kan...? Tapi tu salah satu dari cara mengiklan... kita tertarik untuk cuba..
ReplyDeleteKreatif org yg boleh memikirkan nama2 seperti ini. Macam juga kuih batang buruk .... hehehe
Deletetak jadi nak tanya..he he
ReplyDeleteItulah saya tulis awal2 sebab mesti ramai yg akan tanya mcmana rasa kuih tu. Minggu depan kalau saya ke pasar tani tu lagi, mungkin saya akan beli... ngeeee
DeleteAlahai yb baru nak tanya macam mana rasa kueh tu sekali tengok ayat
ReplyDeletekat bawah tu terus potong stim.
Maaflah kalau saya potong stim.
DeleteMinggu depan saya cuba beli dan rasa. Lepas tu bolehlah saya beritahu rasanya supaya awak boleh stim semula .... hahaha
Apsal tak beli..? Kalau tak, boleh bagitau macam mana rasa kuih tu...
ReplyDeleteNak cepat hari tu. Lagipun dah beli mcm2 makanan. Takut tak termakan .... hehehe
DeleteHoho ayat yang nakal dari sahabat maya saya ni, tapi serius cubalah nak tau juga rasanya.
ReplyDeleteoopsss not intended that way. Cuma menyambung frasa yg awake gunakan.
DeleteOk kalau ada lagi minggu depan, saya nak beli.
Perusahaan keluarga.. sangat2 sedap.. boleh jengah kmkr.com.my.. sbnrnya mmg dinamakan cmtu.. asal kuih ni sbnrnya buah rotan.. kalau buah rotan, ramai yg xdpt makan sbb kdg ada yg gigi tak kuat mcm org2 tua, atuk2.. design leper supaya snang utk dimakan.. hehe.. mmg sedap, tak percaya, cubalah ;)
ReplyDelete-jpc8485