Minat Baca Novel? - Kat Sini Ada Novel Murah-Murah
Semalam aku sekeluarga ke Karnival Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam. Kami pergi dgn dua buah kereta kerana semua anak2 kami dan emak Adam pergi. Kereta aku keluar dari rumah dulu dan sampai dulu manakala kereta yg dipandu oleh Hazwan singgah mengambil Atikah di UiTM.
Semalam aku sekeluarga ke Karnival Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam. Kami pergi dgn dua buah kereta kerana semua anak2 kami dan emak Adam pergi. Kereta aku keluar dari rumah dulu dan sampai dulu manakala kereta yg dipandu oleh Hazwan singgah mengambil Atikah di UiTM.
Selepas saja bulatan Seksyen 15 tu aku tengok kereta sudah banyak diparkir di tepi2 jalan. Aku terus masuk ke perkarangan komplek Karangkraf. Parking di sebelah dalam tu banyak lagi sebab hanya kereta2 tertentu diberi kebenaran masuk. Kalau korang nak bawa kereta masuk, buat2 macho supaya RELA tak tahan.
Sebenarnya emak Adam yg bersemangat nak ke sana sebab dia dah mula membaca novel semula. Tujuan dia nak cari dan beli novel pada harga diskaun.
Novel2 lama ini dijual dgn harga RM3 saja sebuah.
Novel terkini pula diberi potongan 30%
Emak Adam bersama Shahriah Abdullah - penulis novel dan peserta Master Chef. Beliau seorg yg peramah dan seronok berbual dgn beliau.
Penulis novel cinta yg prolifik dan kreatif - Anis Ayuni. Jejaka ini pun nak baca novel juga ke? hehehe
Bagi pelajar2 yg mendapat Baucar Buku 1Malaysia berjumlah RM200 dari kerajaan dan tak tahu nak beli apa, bolehlah gunakan baucer tersebut di sana. Jangan jual baucar tu sebab anda boleh dipenjarakan. Tak berbaloi kena penjara sebab dua ratus. Kalau beratus juta ringgit tu takpelah juga.
Selain dari buku2, majalah dan novel terdapat juga gerai2 lain termasuk oleh ATM. Budak ini mencuba memegang senjata. Ini bukan senapang air dik!
Rasa2 nak tukar kereta baru, di sana ada gerai kereta
Kalau lapar ada gerai2 makanan
Jadi apa tunggu lagi? Bolehlah ke sana. Pameran dibuka dari pukul 9 pagi - 9 malam mulai semalam sehingga esok (26 Jan - 28 Jan 2012).
YB..memang minat baca novel dulu..sekarang ni dah kurang..dah tukar buku dah..he he.
ReplyDeletekalau beratus juta ringgit pun..jangan la sampai meRELAkan diri masuk penjara YB..he he
Baguslah bertukar arah kpd membaca buku2. Tapi skrg ini musim org baca novel sejak banyak novel dijadikan filem dan drama.
DeleteSaya lihat org2 yg kapur beratus juta ringgit tu senyum aje bila dijatuhkan hukuman penjara. Tak rasa malu sikitpun .... kira relalah tu kot ...
yb, karnival ni sampai bila???
ReplyDeleteSampai esok (Ahad)
Deletetak dapat nak pergi, badan tak berapa nak sihat lagipun suami bz sikit minggu ni
ReplyDeleteKalau badan tak berapa sihat elok jgn pergi sebab ramai sangaaaatttt orang di sana semalam. Hari ni pun dijangka ramai juga
DeleteTak sempat pergi, masih dikelantan tapi booth U n I pun ada disitu. Kami dipelawa oleh Karangkraf untuk menyertai nya.
ReplyDeleteKami lihat juga booth U n I tu. Haikal sempat bergambar di situ dgn patung Upin. Kalau awak ada kan boleh jumpa .... huhuhu
Deletesaya tak gi! heheh~
ReplyDeleteAjaklah geng2 awak pergi sana. Yang ramai saya tengok kat sana org pompuan terutama gadis2.... ngeeee
Deletekalu pegi nek bas x boleh ker?? hehe
ReplyDeleteNaik bas pun boleh sebab ada bus stop kat situ...
DeleteCuma saya tak tahu bas no berapa
Pendapat saya, novel keluaran Karangkraf masih kategori termurah berbanding lain2 publisher...
ReplyDeleteCuma saya jer yang dah lama tak beli. Wahhh seronoknya dapat berada di tengah kelompok novel. I jeles okeh!
Memang novel Karangkraf agak murah jika dibandingkan dgn novel terbitan publisher lain. Tapi jika ada karnival mcm ni harga novel itu dapat potongan tambahan. Selain novel yg RM3 dan RM5 ada juga novel yg dijual 6 buah dgn harga RM50. Peminat novel mmg teruja betul saya lihat pada hari Jumaat tu.
DeleteJanganlah jeles. Ajak cik abg ke sana hari ni.
YB... kita baru tadi berkesempatan untuk menjengah ke sana...
ReplyDeleteBanyak tak beli novel? Emak Adam beli sampai sedozen .... hehehe
Delete