Pagi ni aku nak berkongsi sikit apa yg aku kutip dari ustaz yg mengajar kami di surau. Kiranya nak berkongsi pengetahuan tentang ilmu agama.
Di dalam kita melakukan amal hendaklah kita melakukannya sebagai seorang hamba. Maksudnya kita melakukannya tanpa mengharap ganjaran kerana itulah yg selayaknya bagi seorang hamba.
Tapi jika kita melakukan amalan laksana seorg tukang gaji, kita sentiasa mengharapkan imbuhan atau gajaran. Bila kita sembahyang kita hendakkan pahala. Jika kita puasa, kita hendakkan pahala. Jika kita berzakat dan bersedekah kita mengharapkan Allah akan gantikan duit yg kita sudah keluarkan itu dgn jumlah yg lebih banyak. Semua amalan yg kita lakukan kita nak pahala. Hatta, jika kita solat berjemaah kerana nak dapatkan pahala 27 kali ganda itu adalah ciri2 mentaliti orang gaji!
Bagi mereka yg berjiwa hamba pula mereka melakukan semua amalan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Jika Allah memberi ganjaran di atas amalan itu, mereka bersyukur. Jika Allah tidak memberi sebarang ganjaranpun mereka redha kerana selaku hamba mereka tak berhak mempersoalkan apakah ganjaran yg patut mereka terima.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia akan membalas setiap perbuatan hamba2Nya dgn balasan yg setimpal. Jika kita buat baik, insyaAllah akan diberi pahala. Begitu juga sebaliknya.
Bagi mereka yg berjiwa hamba, pahala bukanlah perhitungannya. Yang penting ialah mencari dan mendapatkan keredhaan Tuhannya. Sebab itulah Rasulullah s.a.w bersolat malam sehingga bengkak2 kaki w/p dosa2 baginda telah diampunkan Allah kerana baginda mahu menjadi hamba yg bersyukur.
Semoga kita diberi hidayah dan kekuatan utk menjadi hamba Allah yg ikhlas di dalam setiap perbuatan dan amalan.
insyaallah...keredhaan Allah itu sering menjadi AIM hidup hamba..
ReplyDeleteAlhamdulillah... tiada yg lebih besar nilainaya daripada mendapat keredhaan Pencipta kita.
Deleteitulah selayaknya kita..
ReplyDeleteBetul tu. Jangan nak lagak lebih2.
DeleteKalau kita nak hitung nikmat Allah yg kita terima memang tak terhitung.
kewajipan manusia hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. terima kasih YB atas perkongsian ni.
ReplyDeleteTapi kita sering melawan. Apa yg Allah suruh kita tak buat tapi yg ditegah kita lakukan. Aduyai.
DeleteSama2. Semoga perkongsian yg bermanafaat.
Thanks YB..
ReplyDeletesaya rasa saya belum lagi sampai tahap tu...masih berusaha memperbaiki diri
Sama-sama jedi.
DeleteSaya suka suka dan bangga dgn pengakuan awak. Memang bukan senang utk mencapai tahap itu. Saya sendiri pun masih berusaha memperbaiki diri dan membetulkan niat setiap kali hendak melakukan sesuatu.
Takut nak cakap lebih2 sebab sayapun masih terlalu jauh untuk ke arah itu.. huhu...
ReplyDeleteBanyak ujian dan rintangan utk mencapai tahap itu tapi selagi kita berusaha, insyaAllah Dia akan memberi kita jalan.
Delete*tak tau nak komen apa* gulp!
ReplyDeletetak perlu komen. Cuba fahami dan amalkan sudah cukup bagus.
Deletesaya masih lagi ditahap orang gaji.. lom lagi naik pangkat jadik hamba.. huhu..
ReplyDeleteAnaa tidak keseorangan. Ramai di antara kita termasuk saya ni yg masih di tahap org gaji.
DeleteKalau masih di tahap org gaji, cuba menjadi org gaji yg rajin dan berdedikasi. Jgn jadi org gaji yg melawan atau cuba lari. Dgn Allah kita nak lari ke mana? huk huk huk
Yb selagi kita bernama manusia memang itu lah sifatnya, tapi sedaya upaya sedang mencuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan tentang ganjaran nya, inshaallah cuba tetap cuba, terima kaseh share entry yang jarang2 kita fikirkan ini.
ReplyDeleteSelaku manusia biasa tak salah mengejar ganjaran dan pahala tapi jika kita renung dan fikirkan dalam2, mencari keredhaan Allah adalah jauh lebih tinggi martabatnya dari mencari pahala semata2.
DeleteTerima kasih kembali kerana sudi membaca n3 ini dan berkongsi pandangan.
key word......ikhlas....
ReplyDeletetepat sekali.
DeleteKeikhlasan itu sukar dilihat atau dinilai oleh manusia. Hanya si pelaku dan Allah saja yg mengetahui.
nk share kat fesbuk yek yb
ReplyDeleteCadangan asal nak letak di blog ini aje sebab sebahagian yg baca blog saya juga mengikuti fb saya. Tapi kalau awak rasa ada faedahnya di share di sana nanti saya buat. Mungkin esok pagi.
Delete