Thursday, January 19, 2012

Pemanis Muka

Semalam emak Adam tegur aku, "apa kat pipi kanan abang tu - atas sikit dari bibir tu?"

Aku pun gerakkan jari telunjuk aku ke kawasan muka aku yg dikatakan itu.  Belum sempat aku menjawab soalan emak Adam dia menyambung, "Jerawat ya?"

"Ish bila pula jerawat ni tumbuh?" kataku dalam hati.

Jari aku menekan2 biji di pipi aku. "Ha'ah macam jerawatlah," kataku masih cuba nak cover line.

Kalau anak bujang atau anak gadis tumbuh jerawat di pipi orang kata tanda nak kahwin.  Lepas kahwin hilanglah jerawat tu.  Tapi setahu aku takdenya hilang jerawat tu w/p lepas kahwin.  Itu semua nak buat pemanis cakap aje.

Orang yg dah kahwin mcm aku ni bila tumbuh jerawat takkan petanda nak kahwin lagi!

Mungkin jerawat tu sekadar pemanis muka  ......  hehehe

24 comments:

  1. orang yg mukanya tak manis sahaja perlukan pemanis muka .. tapi abang tak kata awak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org hati mulia mcm abg tak akan mengata org lain hehehe.

      Saya tak perlukan pemanis muka tu tapi dah ianya datang sendiri nak buat mcmana? ngeeeee

      Delete
  2. Kakcik yang dah lebih separuh abad usianya ini masih ada lagi jerawat yang ingin tumbuh... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah buat Kakcik sentiasa kelihatan manis .... hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Setiap kali period keluar jerawat ke? Mahu hancur muka kalau mcm tu .... huhuhu

      Delete
  4. Kenapa komen pertama saya tak masuk ni, baru je saya beritahu tak pernah ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pertama tak masuk yg ini masuk kira ok jugaklah. Ada org mcm kaklong tu langsung tak boleh masuk komennya. Kesian dia .... huhuhu

      Delete
  5. ada perancangan nak tambah lagi 1 ke YB??hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rancangan lain pun banyak yg tak terlaksana lagi ... .wakakaka

      Delete
  6. saya setuju dengan tuan al-lavendari... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau org yg muka manis akan bertambah seri .... ngeeee

      Delete
  7. petanda jiwa masih muda tu.. manis tu ada lagi.. keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba2 abang terasa muda 10 tahun bila awak cakap mcm tu. Manis di muka takpe ada lagi. Jangan manis di kencing ... huhuhu

      Delete
  8. nak kata datang bulan yb ni lelaki...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan? Kalau bukan nak datang bulan, nak datang apalah agaknya? ...... hehehe

      Delete
  9. Agaknya apa yang ada dalam hati tu macam melonjak jer nak kata betul. Jerawat petanda nak kahwin lagi. Betulllll.....

    *memang pemanis mulut saya nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yehaaaa! Bukan setakat melonjak tapi terlompat2 ... hahaha

      Mulut manis tapi perkataan biar masin .... wakaka

      Delete
  10. huhu...memang ada gaya nak kahwin lagi nih...hehehe...(habislah saya kalau emak Adam baca ni..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcamanalah agaknya gaya org nak kahwin lagi tu? Cer kabar sikit? ..... hehehe

      Tahu takut dgn emak Adam. Petang nanti saya bawa dia pergi UiTM ambil Atikah.

      Delete
  11. muka dah manis jadik tambah manis la ekkk.. eh bukan dah ada tahi lalat pemanis ke kat muka tu.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik saya dah berpunya. Kalau tak ramai yg nak tackle .... hahaha

      Tahi lalat saya biasa aje yg kat muka ni. Tak cukup besar utk jadi pemanis .... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails