Friday, January 20, 2012

PTPTN

Semalam aku ke pejabat PTPTN di KL Sentral.  Aku tak pergi seorg diri tapi sekeluarga - well almost sekeluarga.  Selain aku, emak Adam, dan dua org abg2 Adam pun ikut sama.  Yang takde cuma Haikal dan dua org kakaknya kerana mereka semua ada kelas/kuliah.

Tujuan aku ke sana bukan nak bayar hutang PTPTN.  Org yg ada hutang pun ramai yg tak bayar.  Aku takde hutang dgn PTPTN sebab aku tak pernah menerima pinjaman daripada mereka.   Masa aku belajar di universiti dulu PTPTN pun belum wujud lagi.

Dulu org kata kerajaan banyak duit.  Masa itu pelajar yg cemerlang diberi biasiswa.  Kalau biasiswa daripada gomen seperti JPA dan Kementerian Pelajaran tak perlu bayar balik.  Cuma kena berkhidmat dgn gomenlah.   Ada di antara kawan2 aku yg menerima biasa gomen dulu kini mereka dah berjawatan tinggi di dalam kerajaan.  Ada juga yg dah berhenti dan buat bisnes sendiri.

Aku yg biasiswa MARA kena cari kerja dgn sykt swasta setelah kami tamat pengajian.

Dah ke laut pula aku ni.

Tujuan kami ke PTPTN semalam ialah untuk membuka akaun simpanan SSPN utk anak2 aku yg nombor 4 - 6 tu.  3 org yg besar dah terlambat sebab mereka sudah di IPTA.

Semasa aku sampai di pejabat PTPTN dan ingin mengambil nombor giliran, polis bantuan yg bertugas suruh aku isi borang dulu.   Aku beritahu dia aku nak buka akaun utk 3 org anak aku.  Diapun beri aku 3 borang.  Untuk mempercepatkan proses mengisi borang aku suruh Haizam isi borang dia sendiri dan Hazwan pula isi borang utk Haikal.  Aku isi borang utk Adam.  Aku yg siap dulu sebab bahagian atas borang itu maklumat tentang ibubapa.  Jadi aku boleh isi dgn cepat sebab semua maklumat itu ada dalam kepala aku.

Bila dah siap baru polis bantuan itu beri aku nombor giliran.  Kenalah tunggu giliran pula.  Bila tiba giliran aku, akupun berilah ketiga2 borang tersebut.  Kerani yg di kaunter mengambil borang2 tersebut dan setelah membelek2nya, meminta aku duduk di kerusi menunggu kerana dia nak proses permohonan aku tu.


Kerani yg baju biru tu yg proses permohonan aku

Sementara menuggu permohonan siap diproses, aku suruh emak Adam membawa anak2 ronda2 di KL Sentral sebab dia dan Adam tak pernah ke sana sebelum ini!  Orang KL tak pernah pergi KL Sentral.  Kesian.

Akupun tunggulah kerani tu proses permohonan aku.  Lama juga dia nak proses tu.  Aku rasa proses itu akan lebih cepat jika pihak SSPN menyediakan hanya satu borang utk orgramai yg membuka akaun utk lebih dari seorang anak dalam satu masa.  Tak payahlah isi 3 borang,  kemudian kerani SSPN pun nak kena masukkan maklumat tentang ibubapa yg sama tiga kali.

Aku berharap simpanan ini dapatlah membantu perbelanjaan anak2 kami ini bila mereka ke universiti kelak.  Manalah tahu masa itu PTPTN dah tak cukup dana utk memberi pinjaman ..... huhuhu

19 comments:

  1. bagus2!! sy belum buka akaun untuk emran lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah buka awal. Simpan sikit2 tapi dilakukan setiap bulan, nanti bila Emran besar dah ada cukup utk buat sambung belajar. Masa tu tak tentu ada biasiswa atau pinjaman .... huhuhu

      Delete
  2. Menabung untuk masa depan anak2...bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain itu boleh dapat potongan cukai pendapatan ,..... hehehe

      Delete
  3. buat kat bank pun bole la yb.
    i buat kat cimb setiawangsa tu je.

    ReplyDelete
  4. Memanglah boleh buat kat bank tapi emak Adam nak tengok KL Sentral .... hehehe

    ReplyDelete
  5. kalau orang yang dibagi pinjam sekarang ni masih liat nak bayo balik memang ada kemungkinan masa depan ptptn ni susah nak bagi pinjaman kat generasi akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan itu tak boleh ditolak kerana ada yg berhutang itu seperti memusuhi PTPTN bila diminta bayar balik hutang mereka... huhuhu

      PTPTN kena lebih agresif memungut hutang

      Delete
  6. dah setahun tapi PTPTN masih belum pulangkan baki yang Ai terlebih bayar.

    nazak sangat kot dana PTPTN sampai tak mampu nak pulangkan duit Ai.
    kalau PTPTN pulangkan baki bayaran ug PTPTN terlebih potong tu, lepas juga duit nak bayar yuran pengajian master saya sem depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak kena rajin buat follow up kalau nak duit tu balik. Biasalah kalau kita kurang bayar atau tak bayar mereka kejar bagai nak rak tapi kalau kita yg terlebih bayar, lambatlah ... huhuhu.

      Yati buat Master skrg ditanggung oleh KPM ke atau dana sendiri?

      Delete
  7. bukak SSPN tu kat maybank pun boleh kan YB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Maybank dan beberapa lagi bank lain memang boleh.

      Hari itu kami saja ke One Stop Centre mereka kerana emak Adam nak tengok KL Sentral ... ngeeeee

      Delete
  8. Salam YB,

    AY pun tak pernah sampai ke KL Sentral tu....ha!..ha!...dan, banyak lagi tempat2 kat KL ni yang AY belum sampai...kalah orang kampung!

    Buat masa sekarang ni, sedang membayar balik hutang PTPTN En. Amir (anak kedua)...dah dekat nak habis pun. Anak yang bongsu tak ambil PTPTN..:-) biaya sendiri saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Yan.

      Biasalah tu kan. Org dari jauh dah sampai tempat2 mcm tu kita yg org KL tak pernah pergi lagi. Selain KL Sentral emak Adam belum pernah naik ke atas Menara KL! Setakat pergi kat bawahnya aje .... huhuhu.

      Baguslah selesaikan hutang En Amir tu. Bila dah selesai tak risau lagi. Jgn pasal hutang, susah bila kita meninggal dunia nanti. Kalau mampu, biaya sendiri pun ok juga. Berilah peluang kpd yg lebih memerlukan.

      Delete
  9. Nasib baik saya dah buat SSPN sewaktu baru diperkenalkan kalau tak mesti kena beratur macam yb juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyaklah simpanan utk anak awak tu sebab dah lama buat simpanan. Bagus tu.

      Dulu saya tak rajin nak buat sebab kalau dapat pinjaman PTPTN utk anak2 alhamdulillah. Kalau tak dapat pun rasanya saya masih mampu. Tapi skrg kalau nak dapat pinjaman PTPTN tu kena ada akuan SSPN. Selain itu boleh dapat potongan cukai. Jadi eloklah buka .... ngeeeee

      Delete
  10. Yb, memang pun dari segi duit alhamdulillah masih mampu infact sampai buat MBA pun kami yang tanggung, macam yang yb cakap lah boleh dapat potongan cukai tu yang terpaksa juga buka SSPN.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails