Monday, January 9, 2012

Dulu Ibubapa Aku Buat Kerja-Kerja Ini Tetapi Sekarang ....

Aku dibesarkan di dalam keluarga yg susah. Kami golongan miskin bandar. Masa aku kecil dulu kalau susah pun bukan ada bantuan BR1M mcm sekarang.

Abah aku kerja sebagai tukang kebun dgn sebuah sykt pelebur bijih timah dari England. Sykt itu ada banyak tanah dan rumah2 banglo yg mereka sewakan kpd pegawai dagang asing. Antara sykt yg menyewa banglo2 tersebut ialah Dunlop, Lipton dan Robinson. Sewa banglo tersebut kalau tak salah aku lebih dari RM2,000 sebulan. Satu jumlah yg amat tinggi bagi aku (mind boggling) yg miskin ini. Gaji abah aku setahun pun tak sampai sebanyak itu!

Selain menjadi tukang kebun dgn sykt bijih, abah aku buat part time menjadi tukang kebun di rumah mat salleh yg menyewa banglo2 tersebut. Setiap hari dia kena menyapu daun2 yg gugur (ada banyak pokok kat rumah mat salleh ni), siram bunga dan bersihkan longkang. Seminggu sekali atau 10 hari sekali dia memotong rumput.

Bila aku sekolah petang atau pada hari Sabtu aku dan adik kembar aku akan tolong abah kami sapu daun atau sapu rumput kalau dia potong rumput.

Ada seorg supervisor abah aku menegur kami dgn katanya, "orang mendayung di air, korang mendayung di darat."

Memang kelihatan seperti kami berdayung apabila kami menyapu kerana penyapu itu diletakkan batang kayu supaya kami tak perlu tertunduk2 bila menggunakan penyapu lidi tersebut.

Untuk menambah pendapatan keluarga emak aku pula kerja mencuci dan membersihkan di rumah mat salleh. Lebih kurang seperti pembantu rumah sekarang ini.

Itu kisah kami dulu.

Sekarang, keadaan dah berubah.


Kami pula yang menggunakan khidmat pembantu rumah dari Indonesia dan tukang kebun dari Bangladesh.

Ibrahim sedang memotong rumput di laman rumah kami

16 comments:

  1. Salam YB..,

    bagitulah pusingan hidup ini..yg pasti Allah menguji kita dalam berbagai-bagai cara...Allahua`lam

    ReplyDelete
  2. lepas ni ibrahim lak buh entry dlam blog dia. hihihihi

    ReplyDelete
  3. itu lah lumrah alam namanya..
    kita kalau boleh tak nak menyusahkan anak2,sbb kita dah terasa susahnya kita dan mak ayah kita dulu...

    ReplyDelete
  4. Marina Monroe,

    Alhamdulillah hidup sekarang tak susah mcm dulu. Anak2 sekarang tak melalui semua ini. Itu membuat ada masanya saya risau mereka tak menghargai apa yg ada.

    ReplyDelete
  5. azmnor,

    Wsalam Bro.

    Hidup ini ada masa di atas dan ada masa di bawah. Harap2nya kalau dah di atas taklah turun semula ke bawah.

    ReplyDelete
  6. AiTotYati,

    Org mcm Ibrahim tak kuasa nak berblog bagai... hehehe

    ReplyDelete
  7. kaklong,

    Memanglah kalau boleh kita tak nak kasi anak2 susah mcm kita dulu. Tapi kalau tak susah langsung takut mereka tak menghargai nikmat yg ada.

    Itu sebab saya tak bagi manja sgt anak2 saya.... hehehe

    ReplyDelete
  8. jedi,

    Alhamdulillah ada kemajuan. Antara 'enabler'nya ialah pelajaran.

    Ilmu itu penting.

    ReplyDelete
  9. Kat rumah saya, suami belikan mesin rumput kat Lan(budak yang memotong kat rumah kami) bila rumput kami dah naik dia akan potong, kami hanya perlu beli minyak dan bagi duit rokok dan minuman je hari hari lain dia bawa bawak balik mesin tu dan pergilah memotong kemana dia suka jadi dapatlah dia duit tambahan.

    ReplyDelete
  10. sharifah rosidah,

    kat tempat kami ini ramai pemotong rumput yg menawawrkan khidmat mereka. Jadi tak perlu beli mesin rumput sendiri.

    Ibrahim ni kami sudah gunakan khidmat dia sejak kami pindah ke rumah ini. Bila dia rasa rumput di laman tu dah agak panjang dia akan datang. Kadang2 belum panjang pun dia dah datang. Nak cari duit lebihlah tu! hehehe

    ReplyDelete
  11. Saudara Yunus Badawi,

    Syukur, itu anjakan 360 darjah.Semoga anak-anak akan meneruskan baton momentum yg tuan pacu,

    ReplyDelete
  12. ujang kutik,

    Alhamdulillah semua tu ketentuan daripada Allah. Kalau dulu ibubapa saya yg bekerja di rumah org, sekarang kami dah mampu menggunakan khidmat org lain pula utk membantu kami.

    Zaman anak2 esok mungkin scenario akan berbeza. Kita harapkan yg terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
  13. kts,

    dulu saya org susah. Tak pernah rasa makan cokelat m nasir dan benda2 mewah yg lain spt donut.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails